22 Disember 2012


Bismillah

Hari ini SSB saya. Rasanya sejak Disember ni, setiap Sabtu adalah SSB. Penat oh!

Minggu ni pun ramai yang dah ambil cuti sampai minggu depan bersempena Krismas. Yang sambung hingga tahun depan pun ada, siap ambil unpaid leave untuk melancong ke Eropah. Bunyi macam hebat kan? Tapi bagi saya semua tu sampah. Kerja dia ada yang saya kena buat. Tunggu tahun depan, saya tak akan bagi muka lagi!

Hari ni hanya ada saya dan dua orang colleagues sahaja di aras satu pejabat. Sunyi. Dan inilah masa paling efisyen untuk saya fokus membuat kerja. Minit mesyuarat semasa di Genting tempoh hari sudah separuh sempurna. In Shaa Allah Isnin nanti siaplah semuanya. :)

Apabila bosan dan mengantuk, saya naik ke tingkat dua. Oh, di sini lebih meriah. Ramai staf. Ada juga bunyi gelak ketawa.
Saya berjumpa Kak Mah, salah seorang staf senior yang boleh tahan juga rapat dengan saya.

Kak Mah: Hujung minggu ni nak ke mana, D?
Saya: Duduk di rumah je kak. Tak ada plan nak ke mana-mana pun.
Kak Mah: Akak rasa kau ni kena menikah lah. Biar ada suami yang boleh entertain kau. Ada penjaga nak bawak keluar jalan-jalan.
Saya: (Senyum kambing) Tulah kak...Teringin juga sebenarnya
Kak Mah: Akak ada calon, budak muda lagi. Hah, sebaya kau lah! Sebab akak pernah tengok dokumen dia. Selalu datang office kita hal kerja dia. Nampak boleh tahan.
Saya: (Menyesal aku curah minyak) Ok lah kak, D nak turun dulu la. Ada banyak kerja.
Kak Mah: D......!!! Tunggu, aku tak habis cakap lagiiiii!

Dan masa tu saya hanya dengar suara Kak Mah sayup-sayup sahaja. Tak nak meleret lagi. Nanti bukan setakat Kak Mah buat budak tu datang sini hari-hari. Silap kira, mau budak tu datang mintak kerja terus kat sini. (-.-)

Ah, adat bekerja di sini begitulah. Mesti pandai berbasa basi dalam berbual. Emak selalu pesan, kena pandai bawa diri dalam khalayak. Tangan mesti mau ringan bersalam dengan orang. Mulut mau manis menegur. Semua tu kita sebagai anak muda yang kena mulakan dulu. Jangan diam tunggu ditegur. Nanti orang fikir kita sombong. Silap-silap kena reject dari senarai calon menantu!

Jam satu, saya terus angkat kaki. Aras satu sudah gelap. Kami bertiga berpakat untuk pulang serentak dan tutup segala lampu dan pintu kaca depan. Aha. Padan muka! Bos pun tak ada. Jadi aras itu kami yang punya :p

Di rumah, semuanya ok ok sahaja. Saya memilih untuk hanya berehat. Tak mahu ribut-ribut di shopping complex atau taman-taman bunga. Duduk di rumah, menganyam bunga telur untuk majlis tahun depan. Ups~

Delegasi CAFEO Malaysia akan pulang esok. Saya akan pastikan saya dapat satu cenderahati dari setiap seorang rakan-rakan YES saya. Dan saya akan pastikan saya menjadi sebahagian dari delegasi mereka pada tahun depan. O yeah!

Malam- Berehat lagi. Dengar muzik lagu jiwa dan hati. Ah, saya rindukan emak dan abah di kampung. Sudah lama saya tahan air mata ini. Bukan ego atau merajuk. Saya cuma perlukan sedikit perhatian. Setiap malam sebelum tidur, saya akan menangis dan selalu berbisik sendiri meluahkan perasaan. Saya yakin naluri seorang ibu dan ayah membolehkan emak dan abah merasai apa yang saya rasa.

Abah sudah berkali-kali menebak saya dengan soalan nikah kahwin. Setiap kali abah bertanya, setiap kali jawapan saya sama. Dan pastinya selepas itu saya terus masuk ke bilik menyembam muka dan menyeka air mata. Ini bukan perkara kecil dan main-main. Saya punya sebab untuk terus berdiam diri. Saya makan hati dengan isu ini.
Ya Allah, moga ada yang terbaik untuk menjadi peneman saya di sisi. Amin.

Malam yang sunyi. Masih setia menghadap laptop ini sambil melayan rasa hati.

Nanti sampai idea, saya menulis lagi.

Salam sayang, 
Dhiya

No comments