"Esok lusa, kamu ada anak, kamu akan hargai momen ini" Kata akak pada saya
Heh~ Jangan ingat saya belum berkeluarga, saya buta hati soal anak-anak. Saya juga salah seorang yang melihat mereka membesar. Saya juga turut mengalirkan air mata menghadapi jatuh bangun yang menyakitkan itu.
Hampir empat tahun berlalu. Ketika itu Nabiha baru belajar bertatih. Hai anak, kalaulah kau tahu betapa sakitnya waktu itu...
Usai kenduri 17 November yang lalu, saya meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak akak. Menggigil sangat nak mandi kolam. Ha, nah!
Mandilah sampai biru.
|
Nabiha. Sekarang umurnya empat tahun. Sekejapnya masa berlalu... |
|
Gambar air je. Kalau nak ditayang gambar bekal segala, mau hang laptop buruk saya ni |
|
Cukuplah melihat senyuman dan gelak ketawa mereka. Saya juga turut senang hati dan gembira! |
|
Melepaskan gian |
|
Selepas berendam dan makan- Makan lagi. Kali ini ke Marrybrown pula~ |
|
Nabiha paling teruja dengan si patung besar ni |
|
Makan! |
|
Ayam Marrybrown! |
|
Lepas tu, melantun-lantun kat sini~ |
|
Eh, masih juga senyum anak teruna sorang ni ye... |
|
Takut! |
|
----(-.-)---- |
Saya tak boleh menulis panjang. Sedang menghadiri satu seminar. :p
Salam sayang,
Dhiya
No comments