Bismillah
Mari report duty setelah bercuti!
Sungguh, hujung-hujung tahun begini, saya memang agak kurang motivasi untuk bekerja. Ramai colleagues saya bercuti hingga selepas Tahun Baru 2013 nanti. Pejabat sangat sunyi dan sejuk.
Sejak minggu lepas saya 'diganggu' oleh seorang setiausaha sebuah syarikat kejuruteraan yang asyik mendesak saya berbuat sesuatu untuk bosnya.
It's something administrative and non-technical issue. Nak sijil lah, nak validate something dengan CIDB lah. Ok, saya mungkin boleh tolong. Tapi disebabkan dia asyik mendesak dan hingga satu tahap, Jumaat lepas dia mengajar saya bagaimana untuk MENIPU - Maka saya terus rasa culas nak membantu.
Pagi ini, belum jam 9 lagi, direct line saya sudah berdering. Dia lagi. Saya jadi sakit hati. Katanya dia nak datang dan jumpa saya dan bos saya berkenaan hal ini. Datanglah~ Sampah!
Saya dah terangkan awal-awal- Perkara ni kalau boleh dibantu pun, jangan expect boleh dapat on the dot. Jangan fikir tekak sendiri sahaja. Cuba fikir apa rasanya kalau dia yang berada dalam kasut saya. (Atau memang dia akan makan kasut saya sekejap lagi)
Hujung tahun ni juga saya mula rasa down balik apabila bercakap hal kerja. Sebab tu sejak kebelakangan ini saya kerap menulis tentang kerja. Oh saya tahu kerenah dan sikap seorang demi seorang manusia dalam dunia ini memang berbaza. Dalam bekerja pun memang ada turun dan naiknya. Cuma saya rasa sudah demotivated dengan persekitaran dalaman yang sangat tidak membantu.
Sikap pilih kasih, lambakkan kerja kepada orang lain, pentingkan diri dan macam-macam lagi sikap orang tak bertamadun telah menjadikan saya juga di customize sedemikian rupa. Saya benci dengan sikap saya sekarang kerana saya tahu ini bukan saya yang sebenar. Saya tak mahu bertopeng lagi. Dan kerana itu saya sedang merancang career development yang lain. Titik.
Hujung tahun- Tiada gaji awal (macam sektor kerajaan tu), jauh sekali bonus untuk meraikan pencapaian diri. Sekarang baru saya rasa kebenaran cerita yang senior saya beritahu dulu. Walau baik macamana pun performance kerja kita, belum tentu lagi kita dinilai sebagai cemerlang. Maka berhati-hatilah dalam bertindak dan bijaklah mendengar dan menilai pujuk rayu orang lain yang minta tugas mereka diselesaikan oleh kita.
Down and demotivated,
Dhiya
No comments