Bismillah...
15 & 16 Disember 2012-
Awana Genting Highlands Golf and Country Resort
Trip kali ini lebih kepada tuntutan kerja. Saya ke sini di bawah kapasiti seorang staf yang perlu menghadiri satu program di sini. Akibat kecewa tak dapat turut serta dengan YES ke Cambodia, saya syukur kerana masih punya peluang untuk 'merayap' walaupun hanya dalam Malaysia :)
Tetapi seperti yang saya ceritakan tempoh hari di sini, pergi ke suatu tempat untuk berjalan dan bekerja adalah sangat berbeza. Di resort ini, saya menghuni Superior Deluxe Room seorang diri. Memang tak bahagia. Masa senggang saya hanya dihabiskan menghadap laptop menyudahkan laporan. Tidak ada bersiar-siar (melainkan bersiar dalam bilik mesyuarat dan di kafeteria untuk makan!)
Pun begitu, saya rasa saya sangat wajar untuk menikmati peluang ini. Usia perkhidmatan saya baru mencecah setahun lebih. Saya dianggap junior dan tidak pandai melakukan kerja. Apabila mereka meletakkan tanggungjawab ini kepada saya, saya menganggap ini adalah peluang terbaik untuk saya membuktikan kebolehan saya. Sekali lagi hanya saya seorang sahaja peserta perempuan malah sayalah ahli paling muda di situ. Dan ya, semuanya telah terbukti dan kami semua gembira dengan program ini!
Kan saya dah cakap, saya boleh!
|
Pakej korporat. Mewah bukan main duduk seorang :) |
|
Pemandangan yang cantik dari dalam bilik saya. |
|
Cantik! |
|
Selesai sesi pertama malam tu, saya bersiar-siar di sekeliling kawasan hotel. |
|
Night view @ hotel lobby |
|
Pipit Uban Room |
|
Cantik betul view kolam renang pada waktu malam ni! |
|
Tower Hotel- Lif untuk naik ke bilik |
|
Hari kedua: Pemandangan waktu pagi. Udaranya memang super segar! |
|
Pemandangan dari tingkat 14! |
|
Sesi kedua- Bos, tolong habis cepat. (Bisik saya dalam hati) |
|
Syukurlah program berjalan dengan agak kasual. Boleh juga tumpang gelak |
|
Pemandangan tengahari. Sebelum check-out |
|
Padang golf |
|
Alhamdulillah, dua hari di sini- Cuaca sangat baik. Setitik hujan pun tak turun :) |
|
Bye! Terima kasih kepada Carol dan Valyn atas perkhidmatan unggul yang kalian berikan kepada saya. |
Terima kasih juga kepada semua jurutera-jurutera senior atas tunjuk ajar dan pengalaman yang dikongsikan. You inspire me a lot!
Bak kata seorang Ir. yang sangat berpengalaman: You are really a gem, Dhiya.
Terima kasih atas pujian. Saya akan bekerja dengan lebih kuat lagi!
Salam Sayang,
Dhiya
wah bestnya akak boleh jalan jalan sekali . hihi .
ReplyDeleteBut trust me, jalan sorang sorang is like takda kawan or takde orang nak kawan dengan kita. hahaha!
ReplyDeleteBelajar rajin-rajin, letak cita-cita dan capai cita-cita. Insya Allah you can move even far!