Bismillah
Ini memang cerita best. Saya tak tahu bagaimana ia boleh terjadi. Sungguh tiada perancangan kemas lagi rapi untuk kisah-kisah yang saya akan kongsikan ini.
Tanah Tinggi
Kalau disebut TANAH TINGGI, kita pasti akan terbayang Cameron Highland, Genting dan beberapa hot spots lagi. Dengan iklim Malaysia yang agak panas sebegini, saya secara peribadi sangat gembira kalau dapat berada di tanah-tanah tinggi ini untuk menikmati suhu sejuk!
Dan, ya. Bulan Disember ini seperti hadiah untuk saya. Dalam tempoh sebulan ini sahaja, saya telah menjejakkan kaki ke tiga kawasan tanah tinggi!
3 Disember 2012- Cameron Highlands
Kenduri Ain di Ipoh. Jun lepas kami ke Ipoh juga untuk kenduri Kak Hilal. Tak sangka pula dapat ke Ipoh lagi enam bulan selepasnya. Selesai makan kenduri, kami bergerak pulang ke KL. Dalam perjalanan pulang itulah perancangan kami bermula. Hampir dengan Exit Tapah, kami ternampak ada sign board ke Cameron Highlands dan kami terus keluar dari PLUS melalui Exit Tapah- Untuk ke Cameron Highlands. Keputusan yang sangat gamble dan berani mati!
Mujurlah Sabtu masih panjang. Kebetulan kami pulang dari kenduri Ain tadi pun masih sangat awal. Jadi saya hanya menganggap trip ke Cameron ini adalah sampingan sahaja. Nama kata nak memandu semata-mata untuk ke sini, rasanya macam belum lagi atau memang tak~
Tapi nasib kami tak berapa bagus. Perjalanan kami ditemani hujan renyai. Tapi sekurang-kurangnya saya dapat rasa udara sejuk di sana!
|
Lebuhraya Utara Selatan. Ada AES tak? |
|
All the way up to Cameron Highlands! |
|
Kan? Exit Tapah akan membawa anda ke Cameron Highlands. Anggaran masa perjalanan adalah +- 1.5 jam lagi. Boleh tahan. |
|
Arrow dia buat semua orang teruja~ |
|
Hutan Lipur Lata Iskandar. Terletak antara Tapah- Cameron. Tepi jalan je. Waktu kami sampai di sini, jam menunjukkan pukul 4 petang. Memang ramai orang. Di tepi-tepi jalan tu ada orang buat barang-barang kraf dan hasil seni dari orang peribumi tempatan. |
|
Dah sampai!!! |
|
Oh ye. Brinchang ada pasar malam setiap Sabtu. Kami bernasib baik. Walaupin hujan, tapi kami gigih beli raincoat dan redah pasar malam tu. |
|
Kaktus! |
|
Sayur segar yang buat saya rasa bersemangat nak makan sayur (la sangat~). Cantik oh! |
|
Heh. Tapak kaki kami ada kat Brinchang! |
|
Kereta depan tu je la kawan kami selama dalam perjalanan. Sama-sama perlahan, sama-sama laju. |
|
Naik atas hanya untuk menikmati makan malam di sini. Hebat kau, Dhiya! Agak susah nak cari makan kat tanah tinggi ni. Selepas gigih mencari, kami jumpa (Pak Nik) Nik Ikan Bakar dan Tomyam. Ok lah kan...Ada juga makanan Melayu buat anak tekak yang kelaparan ni. Tapi ehem, servis agak lambat. |
|
Pemandangan malam |
|
Selesai makan malam, kami bersiap untuk pulang. Haish. Jauh lagi perjalanan ni. Pekan di sini biasa-biasa sahaja. Tapi saya terfikir- Siapa yang kerja kat sini, memang boleh jimat duit! Encik Bakal Suami, mari kita settle down di sini nak? (Oit~) |
|
Sejuk ok |
|
Sempat jugalah grab ini buat kenangan. |
Uhu! Gambar saja dah buat entri ini panjang meleret. Ok, siri 2 (#2) akan menceritakan destinasi tanah tinggi saya yang seterusnya! Tunggu!
Salam sayang,
Dhiya