Separuh Jiwa

Bismillah...

Sukar sungguh mencipta rela minggu ini. Bekerja di hujung-hujung minggu yang begitu hampir dengan cuti lebaran benar-benar menjadikan saya seorang yang 'separuh jiwa'!
Di saat orang lain berpusu-pusu membuat persiapan, saya hanya memandang dari kaca bangunan, tingkat 40 bangunan tinggi ini. Adoi!
Lebih mengharukan, minggu ini saya berada dalam team petang. Berbuka puasa terlepas, terawih berjemaah pun melepas. Memang syahdu~

Tapi sisi baik semua itu telah menjadikan saya seorang yang 'alah bisa tegal biasa'. Dua minggu sudah begini, saya rasa ok. Paling tidak, saya bekerja. (-.-)

Minggu ini akan jadi minggu yang paling sibuk. Kerja itu sudah pasti. Kereta saya mesti diperiksa sebelum menempuh jalan jauh menuju ke desa. Kalau tak sempat diperiksa, saya mahu bawa pulang Elis saja. Biar Baby K tinggal dengan ayahnya!!! (ada berani~?)
Beli belah raya masih di peringkat perancangan. Semuanya dek kerana kekangan masa. Haish! Mencabar sungguh menjadi seorang Dhiya nih!

Untuk emak dan abah tercinta, tunggu kepulangan Dhiya! Rindu sebak ini bukan rahsia lagi. Tapi biarlah ia dipendam menjadi apa yang dinamakan diam. Sesungguhnya apa yang tak terucap itu bukan ertinya tiada.

Sayang mak dan abah~

p/s: Oh!

No comments