الله اكبر! الله اكبر! الله اكبر ولله الØمد
Alhamdulillah.
Inilah hari untuk semua kaum Muslimin meraikan hari kemenangan. Selepas sebulan Allah melarang kita makan dan minum atas prinsip puasa, hari ini Allah melarang pula puasa dan disuruhNya kita bertakbir membesarkannya sambil meraikan nilai mujahadah berpuasa.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali saya termasuklah sahabat handai KISAS, Universiti Malaya, dan ramai lagi. Tidak dilupakan saudara mara yang berada di seluruh Malaysia.
Ucapan selamat hari raya juga ditujukan khas buat seluruh komuniti blogger yang saling menyokong antara satu sama lain, saling menjadi tunjang idea dan pendapat bersama. Lebih tiga tahun saya dalam bidang penulisan blog secara serius, saya dapati komuniti blogger telah membentuk satu koloni yang sangat utuh tali persahabatannya. Nasihat, teguran dan motivasi yang dikongsikan biarpun secara maya sangat membantu dan saya akui rakan-rakan blogger yang saya kenal boleh dikatakan baik-baik belaka.
Istimewa ucapat selamat hari raya dan terima kasih kepada guru-guru dan para pensyarah di laman ilmu yang pernah saya singgah. Terima kasih buat Ustaz Malik dan Dr. Azuan yang sudi mengirimkan SMS ucapat selamat hari raya kepada saya. Ini sungguh satu ingatan yang sangat berharga. Untuk makluman, Ustaz Malik dan Dr. Azuan adalah pensyarah saya di Universiti Malaya yang sangat saya segani.
Akhir kalam, sekali lagi ucapan selamat hari raya kepada semua yang sudi ke laman Dari Diri Dhiya. Maaf lahir dan batin. Semoga Aidilfitri ini memberi rahmat dan keceriaan yang berpanjangan.
عيد مبارك ! كل عام وانتم بخير
Ikhlas dari:
Dhiya Dahlia
Dari Diri Dhiya
No comments