Selamat Tinggal Ramadhan


Allah.

Cepatnya masa berlalu. Terasa baru semalam saya bersahur untuk hari pertama Ramadhan. Alih-alih hari ini saya sudah berbuka puasa untuk hari terakhir Ramadhan.

Sedih dan risau.

Sedih mengenangkan peluang Ramadhan ini hanya datang sebulan dalam setahun. Banyak peluang keemasan yang Allah ciptakan, tapi mungkin saya lalaikan. Saya ini memang manusia lemah yang selalu menyesal selepas sebuah kesilapan!

Risaunya mengenangkan andai ini adalah Ramadhan terakhir dalam hidup saya. Setahun mendatang, saya belum tahu apa nasib saya di hadapan. Amalan masih dangkal. Iman masih senipis kulit bawang.
Semoga Allah memberi peluang untuk saya dan semua orang memperbaiki nilai dan kualiti diri. Insya Allah.

Andai ini Ramadhan yang terakhir, semoga segala amalan saya dinilai olehNya dengan nilaian yang terbaik. Saya akui terlalu banyak kesilapan yang saya lakukan, tapi hati saya selalu rasa bersalah atas perbuatan itu. Hari demi hari, saya selalu berazam dan berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik. Allah pasti membantu. Amin

Selamat tinggal, Ramadhan. Datang dan jengah kami lagi di musim yang akan datang. Andai ada peluang meminta dari Allah dan terus kedapatan hasilnya di hujung Ramadhan, pasti semua Muslimin memohon kepada Allah agar sepanjang tahun adalah bulan Ramadhan.
Moga hasil tarbiyyah selama satu purnama di madrasah Ramadhan ini akan menjadikan kita hambaNya yang terbaik untuk sebelas bulan yang mendatang.

p/s: Ramadhan, jangan pergi!

1 comment

  1. Insya-Allah, kita berdoa semoga Allah berikan peluang untuk kita bertemu Ramadhan pada masa akan datang.

    Jika ini Ramadhan terakhir, kita doakan semoga ia merupakn Ramadhan terbaik yang telah kita lalui!

    Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitr, Dhiya!

    ReplyDelete