27 Ogos 2011
Jam penggera saya setia-tanpa-ingkar berbunyi nyaring tepat jam 5.30 pagi. Pagi Sabtu yang sangat penting bagi saya.
Bersahur ala kadar, kemudiannya saya terus bersiap-siap untuk memandu keluar dari kota mega sebelum orang lain. Tambahan pula ini baru kali kedua saya berani-berani takut memandu sendiri pulang ke desa, semuanya mesti awal dan cepat. Tak mahu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Nanti saya gelabah!
Selesai semuanya, saya terus memandu menghala ke Gombak. Huh! Jam 6.30 pagi sudah menyaksikan kesesakan yang agak teruk. Ada lagi yang lebih awal daripada saya rupanya.
"Pukul berapa kalian semua ni keluar dari rumah, ha?" (><)
Semuanya kembali normal setelah melepasi Tol Gombak. Kenderaan masih seperti biasa. Saya gembira memandu tanpa tekanan dari kereta belakang yang suka 'mencucuk-cucuk' atau yang suka bagi hadiah high beam atau yang suka angkat-angkat jari ni. (sebab pernah terkena~).
Tamat lebuhraya Karak, saya memilih untuk masuk ke jalan lama. Tak sanggup rasanya memandu di Lebuhraya Pantai Timur. Kiri kanannya sangat membosankan. Lapang kecuali ladang-ladang sawit yang menghijau di kiri dan kanan jalan.
Jalan lama yang saya lalui ini lebih santai. Ada rumah-rumah kampung dan gerai-gerai lemang sudah mula didirikan di tepi-tepi jalan. Suasana lebih happening apabila memandu sambil mendengar lagu raya. Betul, tak tipu~ (^^)
Setelah 3 jam lebih perjalanan, saya tiba di rumah. Hu! Baru saya tahu ini rupanya rasa balik kampung untuk beraya. Gembira sambil hati dihias bunga-bunga! Pintu gerbang masuk ke kawasan perumahan digantung banyak banner mengalu-alukan kepulangan anak rantau ke desa. Pakcik-pakcik yang mengawal pintu masuk pun tak menang tangan menerima banyak kenderaan yang masuk. Meriah!
Abah setia menunggu sambil menekuni halaman rumahnya yang bersih itu. Ada saja kerja yang dibuat walau semuanya sudah nampak sempurna. Abah oh abah~
Emak pula di dapur membuat kuih raya sambil 'dibantu' anak-anak saudara yang bertiga tu.
Tanpa rehat. Saya terus ke hulu ke hilir membantu emak dan abah. Petangnya keluar ke bandar untuk membeli barang-barang keperluan. Tinggi harapan, kami kecewa. Kenderaan sangat banyak hingga jalan-jalan kecil di kawasan pasaraya terlalu sesak. Heh! Kami pulang ke rumah dengan tangan kosong.
Selamat pulang, perantau! Moga banyak manfaat yang kita perolehi atas ruang dan peluang bercuti bersama famili. Jangan Syawalkan Ramadhan yang masih berbaki 2 hari ini. Kejar mana yang dapat, jom!
p/s: Penat!

No comments