Jam 4 petang tadi, saya dah siap-siap menggalas beg. Cik Mar hanya mampu menggelengkan kepala.
" Amboi Dhiya...Kalau bab balik, kamu la yang paling jaguh! " Usiknya.
" Mestilah~ Saya datang pagi pun taat, Cik. Tak pernah lambat. " Saya 'membela' diri.
Tapi dah nama pun Cik Mar, dilepaskannya kami semua tepat jam 4.30 juga. Haih~ Apa boleh buat. Tak cukup tanah saya melangkah mengejar masa. Tiket bas yang dibeli 2 hari lepas bertarikh hari ini, jam 5.30 petang. Kalau lambat, balik jalan kakilah di tepi- tepi Lebuhraya Karak tu jawabnya.
Itu belum dikira lagi lautan manusia yang sesak tak terkata. Maka saya terus-terusan berasa pelik, mengapa bilangan manusia dan kenderaan di kota mega ini akan meningkat setiap kali Jumaat tiba.
Tren pula sungguh lemah lembut pergerakannya hari ini. Di luar hujan lebat. Aduh, saya di dalam tren sudah pecah peluh. Bimbang sangat kalau terlepas bas untuk pulang ke kampung!
Tapi syukurlah. Saya selamat tiba 15 minit sebelum bas bertolak. Bekalan berbuka puasa cukup sekadar sebuku roti dan bar coklat serta air. Nama pun musafir. Haruslah tiada ayam percik dan roti John di dalam bas ekspres, kan?
Sementara menunggu pintu bas dibuka, saya didatangi oleh seorang wanita dalam usia 40-an.
" Adik, kalau tiket bas hilang, macamana ye?" Dia seperti berbisik.
" Erm...Tak pastilah kak. Tapi akak mungkin boleh pergi ke kaunter tiket tu. " Saya membalas.
" Adik dah beli tiket? Akak punya tiket yang harga RM21 tu . Akak tak tau bas apa. "
" Sini banyak kaunter tiket, kak. Saya tak tahu yang mana satu harga RM21." Saya sangat keliru waktu itu.
" Sebenarnya akak dah terlepas bas, pukul 12. 30 tadi...Er, Adik...Boleh pinjamkan akak RM10 tak? "
" Maaflah kak, saya dah nak naik bas ni. Lagipun saya tak ada duit RM10 sekeping." Ada bunyi pentingkan diri mungkin. Tapi betul, bas sudah mula menerima penumpang naik.
" Tak apalah, pinjamkan akak RM50 pun tak apa."
Terbeliak mata saya di situ. Tangannya memegang botol air mineral itu terus saya terbayangkan asid yang dibuat main simbah-simbah sejak kebelakangan ini. Hati saya meneka sesuatu yang tidak kena dengan kakak itu.
" Maaf, kak. Saya naik dulu. Bas saya bertolak jam 5.30. "
Dia saya terpaksa tinggalkan. Bohonglah saya bersifat sebegitu kejam. Ada kasihan jauh di dalam. Tapi saya menghidu sesuatu yang pelik. Allah Maha Mengetahui. Allah juga sudah lorongkan saya jalan keluar apabila pintu bas terus saja terbuka sebaik dia menyatakan hajatnya untuk meminjam wang saya.
Di dalam bas, saya terus berfikir. Siapa dia? Mengapa? Bagaimana? Dan banyak lagi. Allah, peliharakan kami!
Saya tiba tepat jam 8.00 malam. Abah dan akak yang menjemput saya. Melihat wajah abah, jiwa saya selalu bergetar sebak. Tapi abah sudah sihat sebenarnya. Semoga terus sihat dan dirahmati, Abah!
Sesampai di laman rumah, Emak menunggu di buaian. Abah pula sudah bersiap-siap mengambil wudhu' untuk ke masjid. Katanya rugi kalau tak merebut pahala terawih. Aduh, terkena batang hidung sendiri! Tapi tak apalah, terawih berjemaah kan tidak wajib... (><)
'Pusingan kedua' berbuka puasa pun berlangsung. Hidangan yang ala kadar, tapi demi Allah itulah yang didambakan. Air tangan Emak tetap sedap dan menyelerakan biarpun hanya lauk kampung yang biasa-biasa saja! Ajaib sungguh kuasa Allah!

+++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s: Along
Ya, saya kini di desa. Mengambil peluang cuti hujung minggu untuk bersama keluarga. Suasana tenang ini sangat membahagiakan. Hidup di kota mega itu memang benar-benar mengejar wang dan kehidupan. Sekali sekala sunyi malam di desa ini membuatkan saya berfikir untuk terus kekal di desa sebagai gadis pingitan. Tapi apalah yang saya dapat kalau usaha tak setimpal dengan apa yang dicita. Pengorbanan itu harus ada. Cumanya jangan berhenti muhasabah dan bersyukur. 'Selalu check pathway kita'- memetik kata-kata senior sekolah dulu.
Oh hee~ esok majlis membeli belah bersama famili untuk persiapan raya. Insya Allah, tahun ini semuanya sederhana seperti tahun-tahun dulu juga. Moga ada kejutan yang lebih lagi tahun ini. Insya Allah.

apapun niat makcik tu yg penting selamatkan diri dulu kalau dah ada tanda2 yg mencurigakan.
ReplyDeleteseronok balik kg kan..