Malam masih muda bagi saya.
Sunyi sebegini, tiba- tiba ada rasa sayu yang menjengah. Saya didatangi rasa hiba dan sedih sendiri. Ramadhan yang hadir akan berlalu pergi. Entah pasti atau tidak saya dapat bertemunya lagi nanti.
Ramadhan musim ini sangat merenggut jiwa. Banyak ibadah yang saya 'korbankan' masanya demi survival kerjaya. Kalau tahun lepas, saya berpeluang berpuasa, berbuka dan berterawih seperti 'orang biasa', tahun ini adalah sebaliknya.
Tuntutan kerja kali ini agak rigid. Saya pernah berbuka hanya sekadar membatalkan puasa kerana masa rehat yang diberi punya limit tertentu. Paling pasti, saya berada jauh dari keluarga yang menjadi tunjang semangat saya.
Emak pernah menangis kerana puasa dan sahur saya yang 'tak tentu hala' katanya. Hakikatnya tidaklah seteruk itu. Saya masih bersahur dan boleh berbuka. Cuma hati ibu pasti boleh meneka ada rintik air mata dalam jiwa saya.
Rasa terlalu sedikit amalan yang saya kerjakan dalam Ramadhan kali ini. Lebih banyak lubang dan pincang tercipta dari benteng dan dinding yang kukuh! Allah!
Ku pohon padamu
Jangan ini ruang yang sempit
Jangan ini jalan yang berduri
Jangan ini Ramadhan yang terakhir.
Allah...
Berkati Ramadhan kami
Jadikan kami hambaMu yang lebih baik
Terbaik dalam yang terbaik.
Terimalah amalan kami
Jangan palingkan kasihMu dari kami
Allah...
Jangan bawa Ramadhan pergi
Ramadhan
Tolong jangan tinggalkan kami!
p/s: Cuti bermula. Masa berkualiti hanya untuk keluarga tercinta!
Jangan ini ruang yang sempit
Jangan ini jalan yang berduri
Jangan ini Ramadhan yang terakhir.
Allah...
Berkati Ramadhan kami
Jadikan kami hambaMu yang lebih baik
Terbaik dalam yang terbaik.
Terimalah amalan kami
Jangan palingkan kasihMu dari kami
Allah...
Jangan bawa Ramadhan pergi
Ramadhan
Tolong jangan tinggalkan kami!
Semoga Allah menilai setiap perbuatan baik kita dengan nilaian setimpal buat syafaat di hari pembalasan kelak. Amin!!!
p/s: Cuti bermula. Masa berkualiti hanya untuk keluarga tercinta!
tak semestinya bulan Ramadhan je kita boleh beramal.. Tiap saat dalam hidup kita adalah amalan jika kita lakukan sesuatu dgn niat kerana Allah S.W.T.
ReplyDeleteSelamat hr raya yg bakal tiba.