Assalamualaikum...
Fuh! Fuuuuuuuuh (Meniup debu-debu di laman Dari Diri Dhiya ini). Apa boleh buat, terlalu banyak limitasi yang menghalang. Bukan alasan yang dibuat-buat, tapi inilah alasan yang perlu dibuat.
Tipulah kalau saya katakan tidak ingin menulis di sini. Selain kekangan masa, saya juga menghadapi masalah dari segi fasiliti. Insya Allah saya akan cuba atasinya nanti supaya dapat menulis dengan lebih selesa dan bersemangat.
18 hari Ramadhan berlalu, sungguh inilah Ramadhan yang paling mencabar bagi saya. Ramadhan pertama sebagai seorang wanita punya kerjaya di kota mega. Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Iman saya terkadang teruji juga. Kalau tak datang dari sudut ini, ia hadir dari sudut yang satu lagi. Sungguh, Allah tahu saya boleh hadapinya!
Minggu ini saya bekerja normal. Cumanya Isnin lepas saya perlu ke TTDI, bukan di lokasi biasa. Menggigil jugalah memandu kereta dari rumah menuju ke sana. Jenuh belajar selok belok jalan pada malam sebelumnya. Almaklumlah, saya memang takut memandu di kota besar ini. Cubalah sebut sekali bila pernah saya keluar dari universiti kota mega sewaktu belajar dulu dengan memandu kereta? Semuanya atas jasa tren!
Selasa pula, ada peperiksaan yang perlu dihadapi. Susah ok~ Keputusannya akan keluar esok. Semoga lulus dengan cemerlang. Kalau sebaliknya, terpaksalah kemas barang untuk pulang dan tarik beg macam dalam AF tu. (Errr~?)
Esok saya akan pulang ke desa. Rindunya emak dan abah! Tiket sudah dibeli, janji esok tepat jam 'pukul balik' saya akan lesap menuju ke stesen bas! Huuu!
Kemungkinan besar akan berbuka puasa di dalam bas. Tapi tak mengapa, emak dan abah serta si kenit- si kenit sekalian sedang menunggu di rumah. Saya buat 'pusingan kedua' di rumah nanti.
Oh tak sabarnya!
p/s: 30 minit menanti waktu berbuka puasa. Jom rebut pahala!

No comments