Khamis tetap Khamis


Iyalah. Kalau dah namanya hari ni Khamis, tetaplah ia sebagai Khamis sampai jam 12 tengah malam nanti.

Melihat pelbagai status sahabat handai di Facebook, saya mula menjadi 'tak keruan'. Ada yang sudah memulakan perjalanan pulang, ada yang sedang bersiap-siap untuk pulang malah ada yang sudah berada di desa tercinta! Huh!

Saya masih di Kota Mega. Berbaki sehari lagi bekerja. Itu bukan suatu yang enak dalam jiwa saya. Baby K masih belum dibelek-belek keadannya, apatah lagi untuk berjalan-jalan membeli belah. Tidak. Tidak ada masa.

Tadi sewaktu berjalan di tepi-tepi ruang berhampiran rumah, banyak iklan-iklan yang menawarkan jualan tiket bas 'segera' ke destinasi-destinasi tertentu. Pada hemat saya, si penjual itu mungkin beralih niat pulang bersama rakan atau saudara mara menaiki kenderaan sendiri. Itu lebih selesa barangkali.

Destinasi beli belah untuk Aidilfitri yang biasa dikunjungi juga sesak seawal jam 9 pagi. Hu. (Banyak sungguh wang kalian, ye~). Saya berpeluang ke sana sebentar tadi. Sungguh tak sedar jauhnya kaki melangkah dek panjangnya deretan bazar yang dibina sempena perayaan ini. Pelbagai tawaran dan pilihan tersedia, cuma terserah pada iman dan nafsu dalam diri untuk memilih. Semoga tidak tergolong dalam orang yang boros dan membazir.

Saya masih berteleku di depan beg yang masih kosong. Tak tahu apa yang nak dibawa balik, tak pasti yang mana harus ditinggal. Selagi hari bekerja saya belum tamat, selagi itulah saya tidak boleh fokus bersiap untuk pulang beraya.

Ah, tunggulah. Hari ini masih Khamis~ Khamis tetap Khamis!

p/s: Tunggu esok.

No comments