Temuduga SPA: Pegawai Tadbir N41


Bismillah
Alhamdulillah

Giliran temuduga saya adalah pada 14 Mei yang lalu. Sepatutnya sesi saya adalah pada jam 3.40 petang. Tapi saya menerima SMS dari urusetia pada jam 9 pagi yang mengalukan kedatangan saya pada sesi yang lebih awal. Apa lagi kan~ Terus bersiap dan pecut kereta. Kebetulan memang semua barang untuk balik ke kampung sudah saya masukkan ke dalam kereta semalamnya. (Ya, saya balik ke Pahang sebaik selepas temuduga!) Peluang untuk awalkan sesi temuduga tu memang sangat bonus bagi saya :)

Campur tolak darab bahagi dengan kesesakan lalu lintas, saya berjaya juga sampai pada jam 11.30 pagi. Temuduga saya pada jam 1.30 petang. Lama kan? Hahaha. 
Dalam tempoh menunggu tu la juga saya menerima satu email menyakitkan hati dari satu syarikat ni yang konon bagus sangat sampai nak tahan-tahan duit bayaran saya. Memang menggigil juga satu badan menahan marah. Dahla sikit jam je lagi nak temuduga- Datang pula manusia pengkhianat ini merusuhkan hati. Memang ujian sangat.
Tapi terima kasih Olin dan Elis yang beri kekuatan dari jauh di saat-saat benteng air mata saya hampir runtuh.

Temuduga saya berjalan dengan baik. Saya malas nak cerita secara detail apa yang ditanya sebab temuduganya hampir sama macam temuduga PTD tempoh hari. SAMA. SAMA SANGAT. Cumanya mereka beritahu yang jawatan ini adalah jawatan kontrak dan perlu melakukan tugas-tugas kesetiausahaan dan juga tugas PTD. Saya maklum akan hal itu.

Selebihnya mereka banyak bertanya tentang projek tahun akhir saya semasa di UM dan projek terkini untuk penulisan sarjana. Semuanya nampak baik. Saya juga dah berikan yang terbaik dan harapnya atas ujian yang berlaku sebelum temuduga itu, semoga Allah berikan yang terbaik jua.
Tapi kalau tak berjaya pun saya tak sedih. Saya tahu saya masih belajar dan perlu fokus untuk habiskan pengajian dulu. Saya akan anggap Allah tak izinkan fokus saya hilang kepada banyak benda. Pengajian Msc. saya hanya tinggal beberapa bulan lagi. Saya tak akan berundur :)

Demikianlah sedikit sebanyak pengalaman saya. Setakat ni saya dah ada 3 kali pengalaman temuduga SPA. Dua kali gagal. Harap yang ketiga ni adalah rezeki di mana-mana. Mungkin rezeki hujung pengajian. Insya Allah.

Bagi yang nak membaca pengalaman temuduga PTD saya, boleh klik link ini. Tapi saya dah tak kongsikan jawapan kepada soalan temuduga tu sebab saya anggap jawapannya anda boleh cari sendiri dan soalan isu semasa tu dah dikira sebagai obsolete. Anda boleh baca isu-isu terkini tahun ini seperti GST, MH370 dan sebagainya.

Semoga memberi manfaat.

Salam sayang, 
Dhiya

7 comments

  1. singgah dari segmen kak mialiana. selamat berjaya dengan temuduga tu. :)

    http://nad2nadzirah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. as salam. semoga dhiya akan dpt jawatan itu n lulus Msc dgn cemerlang. abe kie dtg singgah dari segmen mialiana n jd follower ke 259. tq.

    ReplyDelete
  3. Keputusan dh keluar...boleh lihat di web SPA

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. salam semua,
    dhiya dah try buka website spa td..tapi mungkin ramai sgt org cek so dhiya tak dpt semak lg. dia tulis tiada data. nak kata dapat pun tak, gagal pun tak. hahaha!

    tapi my instinct rasa macam tak dapat sebab komitmen belajar ni sedikit sebanyak menjadi persoalan penemuduga hari tu. Tak apalah. tinggal satu semester je lg.

    tahniah kepada yang berjaya! yang BELUM berjaya, jgn sedih2.
    nanti dhiya cek ok~

    ReplyDelete