DIY: Stok Tisu Warna Baru :)


Bismillah

Hai B2B yang membaca blog DDD!
Apa khabar semangat anda?

Saya nak kongsikan stok tisu dengan warna terbaharu yang berjaya dimiliki minggu lepas. Kedua-duanya pun warna kegemaran saya terutamanya yang ungu tu~
Satu bungkus ada 50 helai.
Satu helai tisu boleh dapat 4 kuntum bunga.
Jadi jumlah semua?
.
.
.
.
.
.
Pandai
200 kuntum
Tapi tak tolak lagi kalau jahanam sebab tiris sabar~
Iyalah...Tisu ni agak lembut berbanding crepe paper yang saya guna sebelum ni. Silap langkah, memang senang sangat untuk tisu koyak.
Setakat ni saya boleh tengok je dulu. Masih kemas berikat dalam plastik kedai. Komitmen tugas sebagai pelajar sangat menuntut kesungguhan terutamanya dari segi masa. 
Doakanlah dalam cuti sem nanti saya dapat sudahkan semua kerja yang tertunggak. Bunyinya agak mustahil, tapi saya akan cuba sebaik boleh.

Tempahan?
Tempahan bunga ditutup setakat ini. Tapi stok tisu ni kalau nak beli, kita boleh bincang. Harga memang lebih murah dari Tisu IKEA. Cumanya dalam keadaan saya yang terikat dengan beban belajar, saya harap pembeli bukan dari golongan yang nak guna segera. B2B yang rushing- Saya nasihatkan agar dapatkan di IKEA. Saya ni berniaga sambil-sambilan sahaja. Haha!

Salam sayang,
Dhiya

4 comments

  1. Slm nk tny tisu ni tisu ikea ke ape?sb tisu ikea terhad sgt..blh tlg belikan ke?lambat pon xpe..pape email kt sy farhana_oreno91@yahoo.com tq :)

    ReplyDelete
  2. Salam nana,

    dah email respon ke alamat email nana. cek email ye :)

    ReplyDelete
  3. Salam, saya berminat dengan tisu color dark purple tu.. puas dah cari.. bole tau di mana kedai yg jual color mcm tu?
    pls email to norazreen_03@yahoo.com
    tqvm.

    ReplyDelete