Kita Ni Cepat Terasa Tak Bertempat~


Bismillah

Kita Ni Cepat Terasa Tak Bertempat~
Sentap tak kena gaya...

Pernah sekali tu
Elis: D, kereta kamu ni berdebu lah
Saya: Oh...Nak cakap saya tak pandai jaga kereta lah kan? Saya tahu lah kereta saya buruk!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Elis: D, saya cuma cakap kereta awak berdebu je. Saya tak ada pun cakap selain dari tu. Kalau saya cakap berdebu tu, maknanya berdebu je lah. Kita boleh hantar ke kedai dan vacum
Saya: ...Eh, ye?

Kan dah malu di situ...
Banyak lagi insiden sebegini yang mengundang sentap tak bertempat ni. Tak kiralah dalam apa juga hubungan- Suami isteri, rakan taulan, jiran tetangga atau apa sahaja.

It's all about how do we interpret the sentence. Kadang-kadang mood tengah baik, kita boleh consider itu sebagai teguran atau ayat basa basi biasa sahaja. Kalau mood tengah swing, memang cepat je nak tangkap yang buruk dulu- Lepas tu melenting tak tentu pasal. Kan?
(Iyakan je sebab saya pun pernah buat macam tu, lepas tu malu dan menyesal sendiri) Haiiiih~

Let's take it as a positive part to improve our life. Sentap sentap ni tak bagus. Hilang seri muka.

Memang susah nak jadi positif ni sebab kadang-kadang orang di sekeliling kita tak membina walaupun dalam diri sendiri dah ada keazaman yang tinggi. Sebab tu saya sagat ingat kata-kata Dr. Jung; - Motivate yourselves and find people that can motivate you! Yeay!

Salam motivasi
Dhiya

1 comment