DIY: Simpulan Reben Kecil


Bismillah

Ini ha...
Taaaaak siap-siap lagi. Buat sambil main-main, memang macamtu lah~
Sekarang pun tengah rehat sekejap sebab saya sedang dalam proses menyiapkan diri secara mental dan fizikan untuk kembali ke kampus. Pengajian Msc saya akan disambung semula dalam masa terdekat.
Ni tak berapa perfect sebab termasuk dalam 15 pcs kumpulan percubaan. Tapi saya tak kira. Dah lekat kat bunga telur nanti, lawa je~
Reben ni saya nak letak di pangkal net yang bubuh telur tu, supaya tak nampak kosong sangat. Ini hujung-hujung pun boleh buat sebab boleh gam dengan hot-melt adhesive sahaja. Untuk warna ni, saya kena siapkan 300 pcs sebab bunga tisu warna ni ada dalam lebih kurang banyak tu.

DIY ni memang best. Best laa kalau tak rush~ Cuba kalau lagi dua-tiga bulan punya majlis. Memang tak bermakna lagi semua ni! Saya? Ohoi...Rahsia. Yang pasti, memang bukan dalam dua-tiga bulan ni.

Tempahan diterima?
Ada juga yang email saya tanya boleh ke nak tempah reben ni sahaja. Jawapan saya boleh. Tapi saya prefer COD (Temerloh, KL dan Bangi di kawasan tertentu dan tertakluk kepada masa saya), sebab tak berbaloi nak pos dan saya tak mahu reben ni terlipat-lipat. Reben satin macam ni, kena kelihatan licin barulah nampak cantik.

Saya punya sendiri pun sedang giat dalam proses untuk disiapkan. Buat benda ni tak perlu fokus sangat macam buat assignment. Jadi saya buat dalam keadaan enjoy je :)

Sebarang perkongsian, idea dan pertanyaan bolehlah diemailkan ke diahalida@gmail.com

Salam sayang,
Dhiya

No comments