“SEGALANYA MUNGKIN BLOG CONTEST” - (Ari Wedding Couture, You’re My Wedding Inspiration!!)


Bismillah

Kepada B2B sekalian, saya yakin one of the main concern in our wedding plan adalah konsep busana, pelamin dan hantaran.
Saya pernah lihat beberapa orang rakan yang hampir 'pecah kepala' untuk semua yang saya cakap tadi, demi hari bahagia mereka. Macam biasa, masa tu saya masih single and happy go lucky, jadi saya hanya lihat sahaja. Tiada perasaan atas apa yang mereka rasa. (Ok, part ni memang kejam. Sekarang adalah masa untuk say padan muka kat diri sendiri)

Berbalik kepada track asal, saya mula bergiat aktif dalam aktiviti survey persiapan perkahwinan ni semasa saya di Korea dulu. Masa tu lah baru saya faham 'kesakitan' rakan-rakan saya tu. Dan bahagian yang paling kritikal sekali semestinya busana dan pelamin.
Masa saya survey tu, saya banyak terjumpa gambar-gambar dan bridal activity dari Ari Wedding Couture ni dan ia tidak mengambil masa yang panjang untuk mencuri perhatian saya!
Memang sekali pandang sahaja saya dah rasa suka dengan rekaan busana dan pelaminnya. Lebih menarik, hiasan hantaran mereka pun tak kurang hebatnya. Masa tu- Dari rasa tak yakin (eh betul ke aku nak kahwin ni~), terus rasa terinspirasi. Sangat yang amat!

Bila adanya blog contest ni, saya rasa macam Allah dah beri jalan untuk saya mendekati Ari Wedding Couture. Rasa macam kebetulan pula- 3 bulan lepas syok sendiri je dengan Ari Wedding Couture ni, tapi hari ni siap dapat ambil bahagian dalam blog contest yang ditaja oleh Ari Wedding Couture. Bagi saya, bukan nak kejar sangat hadiah dari blog contest ni tapi nak tunjuk betapa terujanya saya dengan 'kebetulan' yang Allah dah rancang ni.
Maka tanpa ragu lagi, saya pasti akan ke Pameran Pengantin Malaysia yang akan diadakan di Wangsa Walk minggu hadapan sambil singgah NZ Curry House tempat wajib masa zaman belajar dulu. Hoiih~
To be frank, saya bukanlah peminat tegar pink pun, (and of course the groom also won't like that!) tapi I just fall in love with the design. Untuk orang yang tak berapa kurus dan tak berapa gemuk macam saya ni, pastinya saya nak sesuatu yang terbaik untuk tampil yakin. After all, design ni saya rasa cukup sopan sebab loose (or we can make it loose) kat bahagian pinggul. Memang setakat ni Ari Wedding Couture betul-betul memberi inspirasi dan keyakinan terhadap saya :)
Ini antara contoh busana (of course, same design) yang saya suka. Macam saya cakap tadi, saya bukanlah peminat tegar pink. Masih boleh bertoleransi dengan warna lain yang ada dalam dunia ni. Haha! Tapi memandangkan saya bukanlah orang yang cerah sangat, saya suka memilih warna selamat yang lembut. Tapi (ish nak ulang berapa kali daaa), saya memang sukaaaa design dress macam ni sampai saya dah tak kisah apa jenis pun busana pengantin lelaki (sampai hati, pentingkan diri).
Tapi bagi saya, groom's outfit pun masih buat saya dan pemakainya gembira. Tak terlalu padat, dan yang penting saya sangat jatuh cinta dengan busana tradisi pahlawan Melayu dahulukala ni. (Melting)
Ari Wedding Couture juga tampil dengan kekuatan dalam menghasilkan costume made bride shoes yang sedondon dengan busana. Heh. Melihatkan koleksi kasutnya yang pelbagai, terasa nak cuba satu persatu. Keterujaan tu semakin bertambah sebab saya memang tahu, saya sangat perlukan kasut tumit tinggi sebab saya bukan orang yang tinggi lampai. Ingat, tampil yakin di majlis kita adalah sangat penting~

Hantaran pun nak beria-ria?

Ohoi~ Mestilah.
Kalau sebut hantaran, mesti dah dapat tangkap yang it's for wedding- which is very special and only happen once in a lifetime. Mana ada orang bawa hantaran masa bertandang hari raya Aidilfitri! Jadi Ari Wedding Couture juga telah memberi inspirasi kepada saya dengan memperlihatkan deko yang cantik, kemas, mewah dan segar.

Tengoklah betapa bijaknya Ari Wedding Couture bermain dengan tema dan warna. For me, I don't mind to pay more (provided you have all the RM, USD, KWN and what so ever) for your big day- As long as they satisfy you in all aspect. Kalau dah macam ni hasilnya...Kenapa kita nak banyak songeh lagi.

Yang paling saya ingat (kalau tak silap saya), hantaran majlis pertunangan Irma Hasmie telah disediakan oleh Ari Wedding Couture. Ye saya yakin sebab masa tu I adore Irma Hasmie very much atas penghijarahannya mengenakan hijab.

Pelamin pun tak nak kalah?!

Haruslah!

Saya faham kalau ada yang menolak untuk bersanding. Saya penah lihat kawan saya sendiri tidak bersanding (atas faktor prinsip peribadi) malah pelaminnya dibina di dalam bilik pengantin!
Pelamin masih dilihat sangat penting dalam majlis perkahwinan kerana dianggap sebagai singgahsana raja sehari. Signifikannya masih jelas dan saya yakin kita cukup bijak untuk menyeimbangkannya dengan prinsip peribadi.

Saya pun setuju dengan rakan saya tu. Tapi cantik perlu tetap cantik. Huuu
Sebenarnya bukan soal nak gah atau tak nak kalah...Kenangan dan emotional attachment tu kena ada. Dan sebab tu I was thinking I still need the dais walaupun kecil dan ringkas. Trust me, it will enlighten the mood. (Eh dah macam pernah kahwin pulak~)
Sejak syok-syok dengan Ari Wedding Couture ni, saya mula rasa saya suka pelamin yang simple macam yang atas ni. Nampak sweet dan tak terlalu padat. (Dah berangan sampai langit ke tujuh dah ni haaa)

Tapi kenapa mesti Ari Wedding Couture?

Sebab idea dia memang buat saya terinspirasi.
Bagi yang masih belum tahu, Ari Wedding Couture adalah vendor atau penyedia perkahwinan yang menyediakan perkhidmatan wedding planner, hiasan pelamin, busana pengantin, solekan/ dandanan dan hiasan hantaran. Lengkap?

Tak cukup lagi?

Paling awesome, Ari Wedding Couture ni banyak terlibat dengan perkahwinan gah, seingat saya perkahwinan Apex dan Irma Hasmie. 

Memandangkan saya punya turn lambat lagi (saja nak buat gelojoh)- Kepada sesiapa yang berminat untuk datang dekat dengan Ari Wedding Couture, berikut adalah peta lokasi butik mereka:
Ari Wedding Couture
Alamat :
No. 10-A, First Floor,
Jalan Wawasan 2/12,
Bandar Baru Ampang,
68000 Wilayah Persekutuan

Hubungi:
03-42877959 (Butik)
017-2230998 (Ari)
011-4358760 (Diba)

Waktu Operasi:
11am - 7pm (temujanji sahaja)
Ditutup pada setiap Isnin dan cuti umum.

Tengok banyak lagi tentang Ari Wedding Couture di:
Sini
Sini
Sini

Last but not least, jomlah kita ke Wangsa Walk hujung minggu ni. Saya sendiri pun akan ke sana walaupun hari tu akan sedikit penat sebab nak uruskan kemasukan pengajian. Entri ni pun ditulis dalam kekalutan mengemas pakaian masuk ke dalam luggage. Sangat multitasking!

Dear Ari Wedding Couture, thank you for being my wedding inspiration!

Salam sayang
Dhiya Dahlia

No comments