Bismillah...
Wake up, D...
Lama sangat berehat.
CNY yang lepas, banyak sangat terima undangan majlis perkahwinan. Dan saya memilih untuk menghadiri majlis rakan sekelas semasa di UM dulu.
Seronok juga berjuang dalam kesesakan lalu lintas, ya~
Ok jom balik ke track asal. Pengajian akan bermula dua minggu dari sekarang.
Rindunya kampus!
Dalam masa yang sama, berdebar juga. Tapi demi azam dan cita-cita, saya bertekad untuk meneruskan perjuangan.
Malam tadi berpeluang untuk buat sedikit audit untuk program pengajian yang sedang saya ikuti sekarang. Nampak macam dah tak banyak subjek sangat. Er...Memang tak banyak pun. Yang tinggal hanyalah cabaran-cabaran di kiri dan kanan perjalanan.
Insya Allah
Allah sedang merencana sesuatu yang lebih bermakna dalam tahun ini.
Semoga Allah redha
Salam sayang,
Dhiya
No comments