Bismillah
Untuk rakan-rakan pelajar seperti saya, saya pasti anda tahu bagaimana mencabarnya proses penulisan tesis/ laporan dan tugasan.
Masa dalam tahun akhir pengajian kejuruteraan di UM dulu, pensyarah kami sudah mula menitik beratkan hal plagiarism (atau bahasa mudahnya menyalin hasil penulisan orang lain dan mengisytiharkan sebagai milik sendiri).
Jabatan saya masa tu mula menguatkuasakan penghantaran tugasan secara hard copy dan juga soft copy di dalam cd supaya salinannya boleh disemak menggunakan aplikasi tertentu.
UM menggunakan perisian Turnitin dan plagiarism disemak pada kadar yang tertentu dan telah ditetapkan. Kalau tak silap saya, maksimum yang dibenarkan adalah 30%. Lebih dari itu, plagiarism dianggap serius dalam penulisan kita.
Tapi Turnitin ni mahal. Pensyarah saya mencadangkan agar menggunakan perisian Viper untuk kegunaan sendiri. Keberkesanannya hampir boleh dipuji. Kita boleh semak kadar plagiarism dalam tugasan kita sebelum dihantar dan laporan tu pun boleh dicetak dan ditunjukkan kepada pensyarah.
Kepada adik-adik siswazah dan rakan-rakan pasca-siswazah, anda boleh muat turun Viper secara percuma. Jangan copy-paste. Tak genuine dan merendahkan kualiti penulisan ilmiah kita.
All the best!
Muat turun di sini
Salam sayang,
Dhiya
terima kasih atas perkongsian ilmu.
ReplyDeleteTERIMA KASIH..
ReplyDeleteViper sudah tidak available ye?
ReplyDeleteTerima kasih.maknanya viper ni kita check sahaja every chapter sebelum dihantar kepada sv yer.
ReplyDeletesaya dah cuba. tapi tak boleh. kenapa ye..harap dapat bantu
ReplyDeletekena bayar ke
ReplyDelete