Bismillah...
A: Aku nak bernikah la...Dah sampai masanya aku perlukan seseorang untuk lengkapkan hidup.
B: Kau gila? Kerja pun baru setahun dua...Gaji pun cukup-cukup makan. Nak pulak kos hidup sekarang tinggi. Kau nak tanggung anak orang macamana?!
Klise
Biasa kita dengar
Dan hasrat A tu akan lebur menjadi debu dan hilang dibawa angin begitu sahaja.
Dulu saya pun fikir benda yang sama- Walaupu saya seorang perempuan.
Pastinya saya tak mahu suami yang cukup-untuk-tanggung-diri-sendiri-sahaja.
Masa tu pula saya lihat ramai rakan saya yang sedang belajar di luar negara bernikah. Pada saya mereka ini 'gila'.
Tapi tangkai hati saya dijentik dengan janji Allah semasa menghadiri satu ceramah. Masa tu, saya sudah dalam tahun akhir pengajian. Ustaz dari Akademi Pengajian Islam tu betul-betul buat saya rasa kecil, kerdil dan lemah :(
Kalau dah janji Allah, siapa kita hendak menafikannya?
Kena yakin
Yakin
Yakin
Yang Allah akan bantu jalan orang yang sedang menujuNya.
Allah dah janji, dengan bernikah itu- Kalau kita dalam kesempitan, Allah akan beri rezeki. Dan rezeki ini pula bukan dalam bentuk wang semata-mata. Rezeki yang Allah akan bagi tu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan dari mana-mana arah yang dikehendakiNya. Boleh jadi juga rezeki itu dalam bentuk asbab untuk mendapatkan wang dan keperluan hidup seperti pekerjaan yang baik dan sebagainya.
Tiada siapa yang dapat memutuskan rezeki kita. Allah jualah yang berkuasa atas rezeki yang kita nikmati.
Kuncinya: YAKIN.
Kalau rasa down, sedih dan putus asa dengan usaha untuk melangkah ke alam perkahwinan disebabkan alasan kesempitan wang dan takut tidak mampu, baca dan ulanglah ayat ini sekerap yang boleh. Insya Allah hati akan terubat. |
Artikel ini pun saya jumpa semasa melawat salah satu blog seorang sister yang sering memberi inspirasi kepada saya.
Tengoklah. Ayat Allah telah terbukti kebenarannya secara analitikal. Nikmat Allah yang mana lagi yang kita nak dustakan?
Mungkin kita masih curiga dan tidak yakin dengan langkah ke hadapan yang bakal diambil. Tapi yakinlah, kita tak akan melangkah sendiri. Allah akan ada bersama- Selagi kita tidak meninggalkannya.
Pesanan untuk diri saya
Perkongsian untuk semuaSalam sayang,
Dhiya
No comments