Bismillah
Ingat tak, dulu saya pernah cerita yang saya mengalami alahan kulit kaki yang agak teruk? Alhamdulillah sekarang dah bertambah baik, cuma ada masa-masa dia menggatal tu tak ingat dunia juga, sebab terbabas tak jaga makan.
Semua ni sebab kualiti air di rumah ni yang tak berapa bagus. Kadang-kadang bekalan air putus, jadi kami terpaksa guna air tangki dan air kolah. Itu yang menjadi-jadi sangat tu.
Saya memang paling tak mahu ke klinik. Jadi saya paksa akak ambil ubat di farmasi hospital tempat dia kerja. Pandai-pandai kau lah nak ambil ubat apa, janji ubat gatal~ Gituu. Alhamdulillah krim sapu ni agak membantu. :)
Apabila alergik tu dah mula elok, saya dapati kulit saya jadi kasar. Benci dengan kulit kaki sendiri~ Jadi saya tak fikir panjang untuk menggunakan Bio Oil ni.
Banyak sangat feedback positif tentang minyak ni di internet. Saya malas nak review lagi sebab keberkesanannya memang terbukti. Saya menggunakan Bio Oil sejak tahun 2009 dan sekarang ni dah masuk botol ke tiga. Dalam gambar ada 2 botol je sebab satu botol dah selamat masuk tong sampah :(
Kepada yang mengalami alergik seperti saya,
[1] Elakkan berjalan di tempat miang atau berdebu
[2] Semasa mandi, berus lembut kaki dengan sabun antigerm- Dettol atau Lifebuoy ke~
[3] Tukar stokin atau sarung kaki setiap hari
Semua pun nak cantik dan nampak sempurna, kan?
Salam sayang
Dhiya
No comments