Travelog Dhiya: Pengembaraan Perak Tamat & Jerebu


Bismillah

Kawan-kawan, pengembaraan saya ke Perak telah tamat secara rasminya walaupun cuti masih berbaki sehari lagi.
Baki sehari tu kami putuskan untuk hanya berada di KL, bergantung kepada keadaan cuaca di sana. Kebetulan masa ni jerebu sangat teruk.

Perjalanan pulang kami melalui jalan lama. Malangnya pemandangan kami sangat terhad. Nak melihat jalan di depan pun terhad, apatah lagi untuk menikmati pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Dua hari lepas, pemandangan menghijau buat kami rasa tenang sangat menuju destinasi percutian. Tapi sebaliknya berlaku dalam perjalanan pulang kami.
5.30 petang.
Sawah padi yang dah tak nampak macam sawah dah.
Kenderaan banyak, dan masing-masing memandu perlahan sebab jarak penglihatan yang sangat terhad.
Dulu kami boleh berhenti kat bawah pokok besar tu untuk bergambar.
Tidakkah kita terfikir bahawa semua ini adalah teguran dari Allah?

Perjalanan 4.30 petang dari Lumut dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 10 malam. Pemandangan terhad. Jadi tak boleh nak drift sangat.

Nantikan cerita Travelog Dhiya @ Kuala Lumpur pula.

Salam sayang,
Dhiya

No comments