Travelog Dhiya: Kembali ke Lumut untuk Sesuatu


Bismillah...

Sebenarnya,semasa di rumah Along haritu, Along ada beritahu kami tempat untuk membeli hasil laut yang murah dan banyak pilihan di Lumut tu. Jadi antara sebab kami kembali ke sini adalah untuk pergi ke kedai yang Along ceritakan tu.
Nak merasalah katakan~

Kedai Hasil Laut Jamilah. Kata Along, kedai ini akan menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung dalam skala ramai. Kadang-kadang dua hingga tiga bas datang menyerbu kedai ini. Pada pemerhatian saya, hasil laut yang dijual memang banyak dan menjadi salah satu faktor mengapa pengunjung gemar ke mari.
Satu lagi, kedai Hasil Laut Jamilah ni memberikan kebebasan kepada pengunjung untuk memilih. Tak ada jurujual yang mengikut ke mana kita pergi. Kalau nak apa-apa baru panggil, dan barulah mereka akan bantu. Memang la best sebab kita bebas untuk melihat dan memilih.
Dan mereka tak lokek untuk melabur welcoming remarks macam bunting ni untuk menarik perhatian pengunjung. Dan menurut Along, memang yang datang ke sini selalunya rombongan cikgu-cigku atau kakitangan kerajaan. Oh sudah pastilah mereka membeli dengan skala yang banyak. Berapalah untuk Kak Jamilah ni~
Kedai Hasil Laut Jamilah ni terletak berdepan dengan Blue Bay Resort. Ada dua kedai, dan salah satunya adalah kedai Kak Jamilah ni. Saya sangat cadangkan anda untuk ke sini sebab selain harganya yang murah, pemilik kedai ni juga sangat ramah dan senang diajak bersembang dan bercanda. Silap haribulan boleh dapat diskaun lagi. Datang ye... (Jadi duta Kak Jamilah pulak dah~)
Ingat lagi tak dengan satay ikan kegeramaran saya tu? Saya cuba cari di kedai Kak Jamilah ni, tapi tak ada. Jenama lain adalah, tapi saya takut rasanya tak sama dengan apa yang saya dah rasa. Jadi saya paksa diri untuk kembali ke kedai dekat dengan jeti (yang kami pergi sebelum ini) untuk membeli lagi satay ikan tu. Haha

Kedai Perusahaan Hamid Ali nama kedainya. Kedai ini pun menjual banyak hasil laut seperti ikan masin, ikan bilis dan banyak lagi. Saya dah tak pandang yang lain sebab aim saya hanyalah satay ikan yang saya nak beli dan bawa balik ke KL.
Ikan pekasam. Beli jugalah buat awasan masa bulan puasa nanti, dan ya...Memang sangat berguna :)
Inilah satay ikan yang saya dambakan sangat tu. Saya tak tahu di kedai mana agi ada jual satay ni. Yang saya tahu, saya kembali ke kedai yang sama selepas 2 hari hanya untuk mendapatkan jenama yang saya mahu. Gigihnyaaaaa~
Produk lain yang dijual. Kebanyakannya 3 paket untuk RM10. Berbaloilah.
Tu ha. Nampak tak kanopi Perusahaan Hamid Ali? Di dalam kedainya ada banyak produk laut untuk anda pilih. Puas hati.
Banyak juga kedai-kedai lain untuk anda singgah. Tapi saya tak sempat pula untuk memanjangkan kaki ke kedai lain sebab dah dapat satay idaman hati.
Kawasan Jeti Pangkor nampak sangat 'sakit' dengan suasana jerebu yang agak teruk. Rasanya baru dua hari lepas kami ke sini dan menikmati Pangkor yang indah, nyaman dan tenang. Ini nak bernafas pun azab :(
Lengang je kan.
 Ok kami dah selesai membeli belah di Pangkor. Kami akan terus ke Kuala Lumpur sebab dengar berita radio, katanya jerebu agak teruk di Seri Manjung dan sekitarnya. Jom lari! Harap-harap Kuala Lumpur masih sihat.

Tinggal satu lagi entri untuk travelog Perak ini- Tentang perjalanan pulang kami yang sangat tak sihat. Tak ada pemandangan indah langsung melainkan cuaca jerebu yang sangat menyakitkan jiwa dan raga. Harap anda tak bosan.

Salam sayang,
Dhiya

No comments