Indeed, it is very true!
Di hari raya ketiga, akhbar KOSMO! sudah ribut-ribut mengetengahkan isu nikah kahwin. Celik biji mata, saya yang terus membaca KOSMO! Online dan terus rasa tidak lagi mengantuk.
Apabila ke kedai surat khabar, KOSMO! sudah habis licin dibeli. Kata abang kedai tu, KOSMO! macam pisang goreng pagi ini. Yang membelinya pula semua anak-anak dara. Barangkali yang tak boleh kahwin dek menunggu pujaan hati cukupkan wang hantaran~
Bila isu ini diutarakan, saya selalu jadi panas hati dan emosi sendiri.
Saya sangat setuju dengan senario kini yang terlalu mengagungkan wang hantaran dari memartabatkan wang mahar.
Walaupun tidak semua ibu bapa atau pihak pengantin perempuan mengenakan wang hantaran yang nilainya tidak masuk akal, tetapi stigma masyarakat yang melihat nilai wang hantaran berkadar terus dengan kedudukan, jawatan, taraf pendidikan serta rupa bakal pengantin perempuan sungguh sukar dielak.
Pada telahan mereka (yang mungkin benar dan mungkin juga tidak), seorang wanita yang taraf pendidikannya tinggi mesti punya kerja yang baik. Apabila berkerjaya, mesti citarasanya juga tinggi. Jadi calon suami yang ingin mendekatinya haruslah mempunyai kemampuan ringgit dan sen yang baik untuk memenuhi kehendak si calon isteri.
Makin tinggi taraf pendidikannya, makin tinggilah wang hantarannya.
Adakah semestinya begitu?
Ya, mungkin betul, tapi ia tidak boleh dijadikan sifir dan formula khusus untuk menilai seorang gadis. Bagaimana pula dengan kedudukan agama, nilai budi, dan keperibadiannya?
Mengapa tidak ini yang dinilai dahulu?
Bukankah ini juga elemen penting yang lebih wajar ada dalam setiap diri anak gadis sebelum disunting?
Apa guna juga kelulusan akademik tinggi melangit hingga lebih dari menara gading, tapi mengajinya merangkak-rangkak (jauh sekali untuk bacaan berlagu)... Apa gunanya bangun malam mengulangkaji pelajaran untuk 4 rata yang terlalu didamba, tapi tahajjud jarang sekali dahi bertemu sejadah. Malah fardhu Subuh yang wajib pun terkandas dan hanya dibuat seawal 10 pagi.
Sumber |
Tapi sebagai sebahagian daripada 'mangsa' situasi yang sedang menghadapi masalah yang sama, saya tidak 100% menyalahkan kedua calon pasangan, keluarga dan stigma masyarakat semata-mata.
Banyak faktor lain yang menyumbang kepada isu ini terutamnya isu harga barang yang tinggi dan keperluan vs kehendak yang hampir sama dan tidak boleh dibezakan!
Adat vs Ibadat
Tahukah kita bahawa wang hantaran itu tidak wajib dan dianggap sebagai hadiah pemberian ikhlas dan mengikut kemampuan dari pihak pengantin lelaki kepada pihak perempuan?
Pada pengamatan saya, apa yang menjadikannya kelihatan wajib adalah apabila perkara itu dibincangkan secara terus terang dan disertakan dengan penetapan nilai sewaktu majlis pertunangan yang biasa menjadi adat di kalangan orang Melayu kita (termasuklah di tempat saya). Ia telah menjadi seperti janji yang mesti ditunaikan!
Setakat yang saya biasa lihat dan dengar, kawan-kawan saya yang telah melepasi fasa ini menerima paling banyak RM10,000 hingga RM12,000 wang hantaran dan rata-ratanya adalah pemegang ijazah. Itu baru hantaran.
Bagaimana dengan kendurinya?
Lembu seekor pun sudah RM2,000 hingga RM3,000. Kalau kenduri di kampung, nasib baiklah sebab semuanya dibuat secara bergotong royong. Cuma kos bahan mentah masakan sahaja yang perlu diambil kira.
Kalau guna catering...Bukankah kadar paling murah sekarang ini RM10.00 untuk satu kepala? Kalau jemputan 1000 kepala...botaklah kepala!
Goodie bag, bunga telur lagi? Hah!
Walimah itu adalah ibadat.
Tapi menu nasi minyak, lauk macam-macam, telur ayam, telur pindang, telur masin dan telur puyuh itu adalah adat.
Saya baru melihat dan terlibat secara dekat dengan majlis perkahwinan rakan sepermainan saya Jun lepas.
Apabila ditebak-tebak, pelamin dan busananya menjangkau kos RM2,000
Jurugambarnya pula dibayar RM1,400
Kad kahwinnya berharga RM0.60 X 1000 keping, itu belum termasuk kos pengeposan~
Siapa boleh congakkan jumlahnya?
Menghebahkan walimah itu ibadat
Tetapi semua yang disebutkan di atas adalah adat.
Saya tak salahkan sahabat saya bulat-bulat. Saya yakin jika saya berada di tempat beliau pun, saya akan cuba sedaya upaya untuk memiliki apa yang terbaik dan terindah untuk momen sekali dalam seumur hidup.
Saya tahu anak muda seperti dia dan saya selalunya masih terikat dengan adat yang dikawal oleh orang tua dan orang setempat.
Stigma atau persepsi masyarakat terhadap kita (calon pengantin), ibu bapa kita, keluarga kita selalunya menjadikan situasi itu menjadi rumit.
Orang Melayu kita (maaf cakap) masih terlalu ambil pusing mulut orang yang bercakap tentang hal-hal yang kadangkala tidak memberi kesan pun kepada kita.
Takut orang mengata
Kedekut
Melanggar adat
Tak pernah dibuat orang
Ah. Mulut orang memang tak boleh ditutup.
Kenduri besar, kenduri kecil- Tetap ada pincangnya
Hantaran sedikit, hantaran banyak- Tetap orang kata
Saya sendiri sedang menghadapi dilema yang sama. Isunya adalah stigma masyarakat dan harga barang yang melampau-lampau naiknya.
Kerja pula hanya kuli biasa. Pemegang ijazah, sarjana, PhD- Sama sahaja. Duduk di KL, nampak mewah. Tapi hakikatnya wang habis untuk sewa rumah bujang yang mahal, minyak kereta untuk ke tempat kerja, dan saman sana-sini.
Pendek kata hidup hari ini semuanya untuk wang!
Tak ramai yang boleh terima pandapat saya. Malah mungkin saya sendiri pun boleh mengkhianati pendapat sendiri.
Nikah dan kahwin adalah dua elemen yang berbeza.
Yang menghalalkan hubungan adalah nikah, dengan 5 rukunnya. Selebihnya adalah optional, bergantung kepada kemampuan kita.
Bukankan mahar (di Pahang) RM22.50 itu adalah yang wajib, sedang RM10,000 itu adalah pilihan berdasarkan kemampuan?
RM22.50, antara yang terendah di Malaysia. Negeri Pahang dikatakan sudah lebih 100 tahun menggunakan kadar ini. |
Ini adalah idea saya sahaja.
Salam sayang,
Dhiya
salam,
ReplyDeleteisu dulu pun dibincangkan dalam kosmo, but at the end of the day, sama je,masyarakat still xberubah. perkara macam ni berbangkit kembali. pada saya kalulah mak bapak wanita dah memang kenal lelaki tu, lelaki tu memang jenis beriman, tak tinggal solat, rasanya xperlu kot letak tinggi2 and let them marriage as soon as possible. life is short and its not worth to wait 3-4 years for a man to simpan duit for marriage while the girl family already know that he's the right person to be their daughter's husband.
just my point of view...thanks