Bismillah...
Masih dalam fasa menyesuaikan diri dengan orang baru. Tapi dek hati yang tak tertahan-tahan untuk menulis, saya gagahkan juga.
Selepas menikmati cendol di Taiping, kami memilih untuk pulang ke KL melalui jalan lama sambil menyinggah di beberapa destinasi yang dirasakan menarik. Kami memang tak mahu melalui Lebuhraya Utara Selatan sebab bosan dan mengantuk. Hahah.
Jalan kampung yang kami lalui ni memang sangat mendamaikan. Kiri kanan disajikan dengan pemandangan desa yang sangat indah. Kami menghala ke Kuala Kangsar. Hew~ Tak pernah dalam hayat saya ke Kuala Kangsar walaupun pernah jatuh cinta dengan orang Kuala Kangsar.
Kali ini agak teruja sebab saya betul-betul nak tengok Istana Kenangan dan beberapa tempat menarik lain di situ.
Tapi nasib tak menyebelahi kami sebab muzium ini sedang ditutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan.Tak apalah. Tengok dari luar pun dah puas hati. |
Baca info menarik tentang Istana Kenangan di sini. Terima kasih, sumber :) |
Berhampiran dengan istana tersebut juga terletak Masjid Ubudiyah yang sangat cantik. Namun saya tak berpeluang untuk masuk dan kami hanya singgah di kawasan letak kereta untuk mengubahsuai rancangan kami yang seterusnya. Iyalah...Memandangkan Kuala Kangsar tidak seperti yang kami harapkan, jadi perlulah tukar sikit perancangan tu. Tak ada rezeki lah katakan |
Insya Allah, saya berhajat untuk datang lagi dan bersolat di sini suatu hari nanti. Semoga Allah makbulkan :) Baca lagi tentang masjid ini di sini. |
Jam besar Kuala Kangsar |
Selepas bersiar-siar di kawasan ini beberapa ketika, kami terus menghala ke destinasi seterusnya. Destinasi yang diputuskan semasa di Masjid Ubudiyah tadi- Kembali ke Lumut untuk membeli hasil laut. Sekurang-kurangnya ada juga buah tangan untuk dibawa pulang ke KL. Kan?
Tunggu.
Salam sayang,
Dhiya
No comments