Satu Hari Suntuk di Melaka- Tengahari

Sambungan...

Selepas turun dari Menara Taming Sari, saya memilih untuk bersiar-siar di kawasan sekitar. Banyak juga tempat-tempat menarik :)

Senario biasa di sini. Kadang-kadang saya rasa kasihan apabila pengayuh-pengayuh beca ini yang mendekati pelancong supaya menaiki beca mereka. Iayah...Mungkin itu sahaja sumber rezeki mereka. Tiada penumpang maknanya tiada wang :(. Mereka menjal tenaga, bukan menjual barang. Saya tak tahu berapa kadar bayarannya. Saya memilih untuk berjalan kaki sahaja. Itu lebih jimat. Percutian bajetlah katakan.... Tapi saya lihat ramai pelancong asing memilih untuk menaiki beca. Mungkin kerana lebih selesa dan bagus untuk mereka yang tak berapa tahu kawasan menarik sekitar Malaka.
Bekas gereja yang terletak di atas Bukit St. Paul. Apabila Belanda mengambil alih pemerintahan, bangunan ini dijadikan kubur.
Saya tertanya-tanya juga bagaimana mereka boleh membina bangunan ini di atas puncak bukit yang boleh tahan mengah juga nak mendakinya. Melihatkan struktur dan bahan asasnya, saya dapat bayangkan kerja-kerja pembinaan bangunan ini memang sukar. Batu jenis macamni berat juga, kan? Siapa boleh angkat?
Selepas melawat Bukit St. Paul, saya menuruni anak tangga menghala ke A Famosa. Kota Famosa ini dikatakan dibina mengelilingi Bukit St. Paul pada zaman Portugis. Tapi hari ini hanya pintu gerbangnya sahaja yang tinggal.
Kubu ini terletak di pinggir Sungai Melaka. Bahan asasnya masih batu merah yang kasar seperti binaan gereja tadi. Dan sekali lagi saya kagum dengan perancangan dan strategi binaannya.
Pemandangan  di pinggir Sungai Melaka
Surau ini terletak betul-betul depan bulatan Bangunan Merah. Dah bukan main bergambar sakan kat gereja, takkan gambar surau pun berat tangan nak snap~
Waktu ketika ini menunjukkan jam 12 tengahari.Kenderaan sedang bertali arus munkin sudah ada yang keluar makan tengahari. Panas terik. Cuaca baik. Memang bagus untuk test power lens dan manual setting. Tapi orang cakap sunset lagi cantik terutamanya kalau dari Bukit St. Paul tadi. Owhh!
Bangunan Merah ni nama lainnya adalah Stadhuys. Ianya menempatkan muzium (di bahagian atas). Tapi saya tak masuk pun. Di tepi-tepi bangunan ini terdapat gerai-gerai yang menjual cenderamata.
Tapi AWAS. Jangan sekali-sekali bergambar dengan barang-barang jualan peniaga di sini. Dah terang-terang tertulis larangan mengambil gambar. Kalau nasib tak baik siap la tadah telinga di'sound' oleh tuan punya kedai.
Barang-barangnya terdiri daripada barang cenderamata dan kraftangan. Maaf, saya tak tahu berapa kadar harganya (murah atau mahal) sebab tak berani nak tanya. Nanti kalau dah tanya, letak balik...Sepasal lagi kena tadah telinga.
Kawasan Bangunan Merah ni cantik dan teduh. Ramai orang berehat sambil melihat gelagak orang lain. Di depan bangunan ni juga ada jam besar yang biasa dijadikan landmark. Kalau sesat tak susahlah kut~
Cendol yang terkenal di Melaka! Gigih saya mencari lokasi gerai cendol ini yang dikatakan tersedap. Alih-alih hanya setapak di depan mata. Terletak di tepi Sungai Melaka, berhadapan dengan jam besar yang saya ceritakan tadi. Dari Bangunan Merah, kena menyeberang jalan dan terus nampak gerai ni. Satu-satunya peniaga cendol di situ. Sila jangan sesat. Buat malu je. Rasanya biasa je. Cendol sejati. Yang orang asyik sangat puji sedap tu mungkin sebab dan letih dan dahaga sangat berjalan merata~
Saya nasihatkan kalau nak rasa cendol yang betul-betul cendol, jangan minta tambah apa-apa seperti ais krim. Rasa dan identitinya akan hilang. Dah rasa macam ais krim je. :(
Masuk waktu Zuhur, saya ke Masjid Selat. Ini adalah kali pertama saya ke sini. Masjid ini kelihatan baru dibina. Uniknya, masjid ini menerima angin dari laut yang terbentang luas. Allah! Sangat menenangkan :)
Turut disediakan anjung yang mengunjur ke laut. Bagus untuk mengambil angin dan melihat lautan yang terbentang luas tu!
Lagi pemandangan dari anjung Masjid Selat
Menara azan Masjid Selat
Ramai musafir yang datang bersolat dan berehat di sini. Bersih dan selesa.
Selesai solat, kami makan tengahari. Alamak, saya lupa apa nama kedai ni! Tapi apa yang pasti saya mencari menu  identiti Melaka yang terkenal iaitu asam pedas :) Tak dilupakan juga cencalok. Huuu! Disebabkan percutian ini diisytiharkan sebagai percutian bajet, makan pun hanya ala kadar sahaja. Not bad. Harga pun kurang dari RM20 untuk 2 orang.

Bersambung...

2 comments

  1. Ko pegi bila ni makcik..? hahaha..cendol dia mmg aku teringat lg ni..

    ReplyDelete
  2. aku pergi 31 dec lepas. ambik cuti. mangaruk sangat nak berjalan.

    huuu!

    ReplyDelete