Serabut


Ya Allah...

Sejak kebelakangan ini saya sangat down dan rasa seperti mahu jatuh tersungkur. Saya tidak ada semangat dan momentum seperti sebelumnya. Bangun pagi saya agak lewat, disapa lemah seluruh badan dan kepala yang memberat.

Semangat saya bagai dirobek dan dibuang ke tengah lautan. Kaki saya tak mampu berdiri apatah lagi hendak melangkah. Setiap apa yang di depan semuanya masalah.:(

Saya tak pasti apa puncanya. Tapi yang jelas, emosi saya terganggu dengan isu kerjaya saya. Eh. Tidak. saya gembira dengan apa yang saya lakukan sekarang, tetapi tidak dengan pihak pengurusan. Mereka yang racist dan mengamalkan favoritism. Ini bukan penelitian saya seorang. Saya bercakap bukan dengan angin. Ya, ramai lagi bercakap tentang perkara yang sama!

Hingga pernah sekali, Elis menegur saya:

Dia: "Sejak kebelakangan ni kamu cepat sangat naik angin"
Saya: "So?"
Dia: "Dan kita juga kerap bergaduh la, terasa hati la..."
Saya: "Nak apa sebenarnya?"
Dia: "Ha, tengok. Tu mulalah nak baran tu!"

My bad. Saya sedar akan perubahan pada diri saya. Cepat marah. Silap sedikit pun saya akan cepat melenting. Saya salahkan diri saya juga. Iman senipis kulit bawang. Senang dihasut iblis, kalah dengan pujukan syaitan :(
Tapi tidak bolehkah emosi saya sedikit dihormati? Ini tidak. Semuanya macam api dicurah minyak. Saya marah, lagi diajak lawan bercakap. Dipaksa-paksa ke sana kemari buat bahan peneman. 
Ketahuilah, orang yang sedang marah seharusnya dibiarkan bersendirian dan diam. Itu yang saya mahu sebenarnya. Saya perlukan masa untuk bersendiri. Keluar selepas waktu bekerja bukan cara saya untuk menenangkan diri. Itu hanya terapi sementara- Makan makan dan makan. Saya tak suka cara itu. Titik

Entahlah. Kalau setiap hati saya bercakap tentang ini pun, belum tentu dan hampir pasti tidak menyelesaikan konflik. Walk the talk. Itu yang penting.

Saya merancang untuk berpindah ke sekitar Bangi supaya lebih dekat dengan kampus kelak. Tapi kontranya, saya mungkin terpaksa berulang alik agak jauh untuk ke tempat kerja. Sementara untuk mendapatkan kerja baru, itulah yang ada dalam fikiran saya. Saya tidak boleh sewenang-wenangnya melepaskan kerjaya ini (walaupun sakit jiwa) jika saya tidak punya pekerjaan lain. Kalau tidak, saya tidak mampu untuk menanggung hidup saya sewaktu belajar nanti. Saya tekad- Bekerja sambil belajar dan belajar sambil bekerja akan menjadi dua perkara yang sama dan seimbang!
Kuala Lumpur terlalu padat dan tidak sesuai untuk saya lagi.

Sekarang saya sedang berfikir bagaimana untuk menghadap bos untuk maklumkan kepada mereka yang saya sudah tidak perlukan SSB lagi. Apa yang saya mahu adalah Isnin- Jumaat, 8 pagi- 5 petang. 
Percubaan pertama telah dibuat hujung tahun 2012 yang lalu. Pengalaman saya, sebaik berita itu saya sampaikan, mereka kelihatan terancam dan benci dengan saya. Pada mereka, budak ini seperti ada agenda tersembunyi.
'Dia tidak seperti mahu berkhidmat lama di sini. Apa tujuan dia menyambung pengajian?' Lebih kurang begitulah persepsi mereka.
Saya akan mendaftar Febuari ini. Saya hanya akan maklumkan kepada mereka sebaik semuanya bermula. Semoga selepas itu cepatlah saya dimurahkan rezeki dengan pintu kerjaya yang lain! Amin!

Sedang sibuk memikirkan rumah di Bangi oleh Kak Ruby dan Abang Mizi, akak pula masuk jarum menawarkan saya trip ke luar negara. Sungguh mengada-ngada! Nak dilepaskan, macam rugi pula~ Nampaknya melayanglah wang untuk dibuat bayaran tiket dan pasport serta visa. $ $ $ $ $ $
In Shaa Allah, akan ada entri khas tentang hal yang satu ini.

Mari kita selesaikan satu persatu. Yang serabut-serabut ini perlu dileraikan. :)

- Kerja sehabis baik. Biar ia menjadi ibadat yang membiakkan pahala. Tingkatkan sabar. Allah akan beri ganjaran
- Kursus Ir. Gary pada 6 dan 7 Febuari. Mujurlah ada Kak Ru menolong
- Daftar pengajian pada 15 dan 16 Febuari. Sila lengkapkan borang MyMaster
- Kursus pendek Prof Teo pada 25 Febuari
- Kursus panjang Prof Teo 26 dan 27 Febuari. 3 hari berturut-turut. Semoga hilang barang 3-4 kilo berat badan
- Kalau panjang umur, 28 Febuari terus terbang ke sana. Jangan lupa ganti cuti/ mohon cuti/ buatlah apa yang patut

Cukup dulu perancangan hingga Febuari. Mac akan datang penuh misteri. Saya sendiri pun tidak tahu apa nasib saya. Samada masih di KL atau sudah berpindah ke Bangi. Samada masih perlu bekerja SSB atau tidak. Samada masih bekerja di situ atau tidak!
Semuanya bakal menjadi lebih hectic bermula Febuari nanti. Saya berdoa Allah sentiasa memberi peluang untuk saya bersama emak dan abah di kampung. Ya Allah, mereka adalah kekuatan saya :)

In Shaa Allah, semoga ini adalah jalan terbaik yang saya pilih.

Salam sayang, 
Dhiya

No comments