Bukanlah breaking news sangat~
Sekadar untuk ingatan diri sendiri. Aduh. Sabtu lepas sudah tak berpeluang ke Perpustakaan Negara, Sabtu dan Ahad ini pun nampak gayanya macam tak jejak KL lagi lah....
Laluan sekitar ibu kota ditutup sempena acara berbasikal
KUALA LUMPUR - Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup
dan dilencongkan secara berperingkat sempena acara Kayuhan Berbasikal
OCBC 2013 pada Sabtu dan Ahad ini.
Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd. Noor dalam satu kenyataan
hari ini berkata, polis akan menutup Jalan Ampang (hadapan KLCC), Jalan
P. Ramlee dan Jalan Pinang pada Sabtu ini bermula 12 tengah hari hingga 8
malam.
Manakala pada Ahad ini, penutupan jalan bermula 5 pagi hingga 11 pagi
itu melibatkan Jalan Ampang (hadapan KLCC), Jalan Pinang, Jalan
P.Ramlee.
Turut ditutup ialah Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Bulatan Datuk
Onn, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Tun Ismail, Jalan
Putra, Jalan Raja Laut, Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail,
Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi.
"Kesemua jalan tersebut akan dibuka semula selepas semua peserta berbasikal melalui jalan tersebut,” katanya. - BERNAMA
p/s: Rancang perjalanan anda. (-.-)
No comments