2013



Bismillah...

2012 telah meninggalkan kita. Setahun lagi usia dunia meningkat. Setahun lagi umur kita menua.

Tiada sambutan tahun baru bagi saya. Semuanya masih sama dan serupa selagi saya tidak bertindak dan berubah. 

Tiada ucapan tahun baru untuk sesiapa. Yang berubah hanya nombor. Mentaliti dan sikap akan terus sama kalau tidak disuntik dengan kesedaran.

Tiada azam  baru. Yang lama pun masih tertunggak malah lapuk ditelan waktu. Saya malu dengan diri sendiri. Kegagalan terbesar adalah bukan dengan orang lain, sebaliknya gagal pada diri sendiri. Banyaknya janji yang tidak ditepati.

In Shaa Allah 2013 masih sama. Saya yang masih serupa. Mungkin semangat dan cara persembahan kerja menjadi isu utama dalam dunia kerjaya saya di tahun baru ini. Saya tidak mahu menyesakkan dada dengan hal-hal yang tidak perlu. Saya hanya bekerja untuk hidup, bukan sebaliknya. Pun begitu, kualiti In Shaa Alla masih terpelihara :)

Permulaan 2013 dihadiahi dengan tawaran pengesahan tawaran belajar saya. Alhamdulillah. Semoga Allah memudahkan jalan juang saya yang satu ini. Apabila sudah ada tanggungjawab berganda ini, saya sedar yang usaha juga perlu berganda. Ngeri juga untuk menghadapinya. Tapi mengenangkan itu peluang untuk saya meningkatkan kualiti diri, In Shaa Allah saya akan hadapinya sebaik mungkin!

Huh. Bangganya dapat menulis entri tentang tahun baru. Malunya apabila ia hanya dikongsikan selepas 7 hari tahun baru berlalu!

Salam sayang, 
Dhiya

No comments