Jumaat



Bismillah...

Hari untuk berlagak!
Minggu ini adalah minggu saya bercuti. Minggu berehat!
Tepat pukul 5 petang, saya sudah angkat kaki. Pemanduan saya pun santai-santai sahaja. Cuaca baik. Angin sepoi-sepoi bahasa. Mood memandu sangat baik dan begitu sopan walaupun ada manusia-manusia yang memandu macam halipan. Bolayan. Sementara mood saya sedang baik, buatlah apa sahaja, asalkan jangan disentuh badan kereta saya untuk kemik atau calar~

Sengaja saya mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung. Saya ingin berehat dan bersendiri. Tapi saya terlambat rancang. Hanya hari ini saya baru teringat yang akan ada satu perarakan mengganggu hujung minggu saya yang akan diadakan pada esok hari. Tak kisahlah atas nama politik atau apa, tapi ia memang telah merosakkan rancangan saya :( Banyak tempat-tempat awam akan ditutup untuk memberi peluang kepada laluan perarakan. Ptui, kalian boleh pulangkan balik nilai masa saya?

Jadinya, saya mungkin di rumah sahaja. Nak mandikan Baby K pun jadi culas. 

Stapler bujang tua!

"D, jom pergi kedai alatulis nak? Saya nak beli bullet untuk stapler ni" Kata Elis sambil menunjukkan stapler besar di tangannya dan terus mencampakkannya ke dalam beg tangan saya. Ini memang tabiat 'buruk' yang tidak boleh diubah. Suka sangat menumpang beg tangan orang~
"Boleh juga, D nak beli sampul pos ekspres" Saya menerima pelawaannya.

Sampai di kedai, Elis mengeluarkan balik stapler tersebut dari beg saya untuk mencari bullet yang sepadan dengannya. Dah dapat bullet, tak boleh nak anggar saiz pula sebab tempat letak bullet tu sudah tidak boleh dibuka.

"Beli baru ajelah!" Saya mula bosan melihat gelagatnya yang gigih nak membetulkan juga stapler tua tersebut di kedai alatulis yang serba ada itu.
"Ish kamu ni. Stapler ni elok lagi tau. Besi yang melekat ni boleh dicungkil dengan screwdriver. Nanti elok la. Pasal stapler pun nak bergaduh~" Elis mempertahankan stapler buruknya itu.
"Memanglah! Benda dah rosak. Buat apa beli bullet kalau stapler rosak? Beli je lah yang lain!" Saya mula naik angin :p
"Kamu jangan main-main. Stapler ni ada sebelum kamu lahir. Tahu tak?" Dia mula merepek.
"Tak tahu! Tapi memang padanlah. Stapler bujang terlajak tua. Dah patut sangat menikah dan dapat anak" Saya menyindir.
Dia hanya mencebik bibir.

Kalau tak faham, boleh abaikan. Hati yang tepat mengenai sasaran sahaja akan tahu dan faham. Buat-buat tak faham itu bebal namanya. Grrr!

Tikus

Ini luahan hati salah seorang rakan baik saya yang sedang bertungkus lumus dengan projek penyelidikan Masters di USM:


Nak ketawa ada, simpati pun ada. Kelakar kamu tak pernah berubah, sahabat!

Semoga terus sukses dalam mengejar impian. Anda didoakan!

P/s: Oh ya. Pagi tadi abah menghantar SMS kepada saya membawa berita ada jiran kami yang berniaga di kampung telah ditimpa musibah. Rumah kedai lima sederet telah hangus dijilat api dan semua mangsa tinggal sehelai sepinggang. Paling saya sebak, abah menjawab panggilan telefon saya:
"Abah cari baju-baju lama abah dan sedekahkan kepada mereka. Abah kesian tengok mereka...Itu je yang abah mampu tolong"
Abah, you are really my man! Allah, tolong jagakan lelaki hebat ini untuk saya. Moga saya berjaya menemukan lelaki seperti abah buat menemani hidup dan mati saya. Amin!

Malam makin lewat. Esok ada banyak rancangan yang hendak dilaksanakan. In Shaa Allah, doakan saya dapat menulis lagi, dengan lebih banyak dan menarik!

Salam sayang, 
Dhiya



No comments