Sambungan...
Sesi petang, kami ke Taman Mini Malaysia. Dengan bayaran masuk sebanyak RM10, saya ingin meluahkan rasa kecewa apabila tidak banyak tempat yang boleh dilawati. Hanya rumah tradisi Malaysia sahaja dibuka untuk lawatan manakala rumah tradisi Asia ditutup sepenuhnya untuk
renovation.
Semua maklumat tersebut diperolehi setelah saya membeli tiket. Mereka sepatutnya memaklumkan pelawat terlebih dahulu. :( Tapi apa boleh buat, bayaran telah dibuat. Tapi saya harap pihak pengurusan lebih telus dengan pengunjung di masa hadapan.
|
Rumah Selangor |
|
Bagus juga boleh tahu nama-nama rempah ratus ni. Esok lusa kalau jumpa bakal mertua, tidaklah kaget sangat :p |
|
Ini sajalah hiburan di sini. Rumah-rumah negeri di Malaysia. |
|
Dalam pada kecewa tu, saya terjumpa ini. Siapa tak kenal ni, jangan berangan nak kahwin gadis desa. Ini namanya congkak. Permainan tradisi orang Melayu yang rasanya sehingga kini masih relevan. Sempat juga saya duduk bersila dan main congkak ni satu pusingan. Hahha! Menang ok, menang! |
|
Pintu masuk bukan main gah lagi. Tapi apa yang ada di dalam tidak segah di luar. Banyak renovation dan rumah tradisi Asean kelihatan terbiar. Kalau begitu, saya cadangkan tempat ini ditutup sepenuhnya untuk proses ubahsuai menyeluruh. Tidaklah pelawat kecewa dan gigit jari... |
Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk ke Taman Buaya Ayer Keroh. Harap-harap ini tidak mengecewakan. Namun ternyata saya tersilap percaturan. Dengan bayaran masuk sebanyak RM10, sekali lagi saya rasa tertipu. Taman buaya ini semacam tak terjaga. Rumput panjang dan nampak terbiar!
Malu sungguh rasanya nak ambil gambar banyak-banyak di sini. Instead of gambar buaya, saya lebih rela mengambil gambar-gambar miniature ini untuk dibuat kenangan :( Bayaran RM10 itu juga membolehkan saya menumpang surau di situ untuk menunaikan Solat Asar. Jadilah...
|
Tadi dah jejak tempat ni... |
|
Ini pun dah jejak. Bezanya tak ada cendol je... |
|
Argh. Ini hari hari pun saya lalu kalau nak ke tempat kerja |
|
:( |
|
Ini |
|
Ini |
|
Dan ini, semuanya boleh didapati di Kota Mega! |
|
Takut juga kalau terkilan nanti. Nah, tiga ketul telur buaya. Saya sarankan agar Taman Buaya ini diceriakan lagi dengan aktiviti-aktiviti lain. Buaya pun bosan sampai tidur aja kerjanya :( |
Petang yang kecewa.
Bersambung...
No comments