Satu Hari Suntuk di Melaka- Malam


Sambungan...

Ini agenda terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Memang saya sengaja pilih untuk menaiki River Cruise pada waktu malam, tapi tidaklah lewat malam sangat. Usai solat Maghrib, saya terus mencari jeti River Cruise. Cis, sesat juga dibuatnya!
Antara pemandangan cantik yang sempat diraka.. Inilah sebab utama kenapa saya memilih untuk menaiki River Cruise pada waktu malam. Lampu-lampu yang memancar menghasilkan efek yang sangat cantik!
Waktu ni lebih kurang dalam pukul 7.30 malam. Good job, Nikon!
Ini baru sedikit. Saya agak boleh dapat lebih lagi sewaktu berlayar nanti :)
Disebabkan tersilap jalan, saya terpaksa berpusing-pusing di sekitar Dataran Pahlawan untuk mencari tempat letak kereta. Satu masalah di sini ialah kebanyakan jalan adalah jalan sehala. Jadi sekali kalau dah terlajak, terpaksalah buat satu pusingan tawaf lagi. Sabar eh~
Akhirnya saya meletakkan kereta berdekatan dengan Menara Taming Sari (sekali lagi) dan memilih untuk berjalan. Waktu malam tidaklah sepanas siang. Jadi tidaklah tertekan sangat. Huuu
Ini jalan menghala ke jeti River Cruise. Agak ke dalam sikit. Iyalah, nama pun jeti. Mestilah dekat dengan sungai.
Kaunter tiket. Alhamdulillah tak berapa ramai orang sangat. :)
Semasa menunggu bot. Dewasa dengan MyKad, RM10!
Perjalanan bermula! Sehala ini kami diberi peluang sepenuhnya untuk menikmati pemandangan. Seperti yang saya cakap tadi, pemandangan waktu malam adalah sangat cantik kerana dihiasi lampu-lampu yang berwarna warni.
Kami melewati hotel, motel dan restoran. Kelihatan beberapa pasangan Mat Salleh menikmati candle light dinner di tepi sungai sambil melambai mesra ke arah kami.
Menikmati pemandangan malam dengan angin yang bertiup. Syukur tak ada setitik hujan pun! Cuaca sangat baik.
Funfair
Bawah jambatan pun cantik~
Di satu kawasan bangunan tu, terdapat banyak lukisan seperti graffiti. Rupanya lukisan itu adalah jalan cerita sejarah Melaka yang telah dilukis oleh pelajar dari UiTM. Kreatif dan menarik. Tapi disebabkan malam, saya tak dapat melihatnya dengan jelas.
Sewaktu berpatah balik untuk ke jeti, barulah kami diberi penerangan oleh pemandu bot tentang segala apa yang kami nampak dan lewati sepanjang perjalanan. Bagus. Bnayak juga info baru yang saya dapat daripada penerangan pemandu tu. Sangat informatif dan membantu terutamanya pengunjung luar. Ini gambar kincir angin berdekatan dengan kubu yang ada meriam yang saya ceritakan sebelum ini.
Dan sekali lagi, pemandangan waktu malam sangat awesome! Jadi jika anda merancang untuk menaiki Melaka River Cruise, silalah menaikinya pada waktu malam! RM10 sangat berbaloi. Perjalanan mengambil masa 45 minit dan anda akan dijamu dengan pemandangan yang sangat menarik :)

Tamat pelayaran, terus saja ke agenda kedua. Malam makin larut dan memang hanya ada dua agenda sahaja.

Makan!

Udang mentega
Sotong goreng tepung. Owwh! Eh alamak, pari bakar tak sempat snap lah.
Di mana lagi kalau bukan di Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Duyung. Huuu!
Perancangan asal adalah untuk ke Umbai, tapi mengenangkan tuntutan masa sangat menekan, saya pilih mana yang sempat sahaja.
Hah, siapa yang berhajat besar, bolehlah membuat tempahan bagi mengelakkan kekecewaan. Ini saya kongsikan nama dan nombor yang boleh anda hubungi kalau-kalau nak makan besar di Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Duyung.
Rating: Makanan ok dan boleh tahan (7/10). Layanan pun sederhana sahaja. Bila dah ramai orang, adatlah kalau lambat sikit-sikit (7/10). Suasana memang padat. Dah nama pun tempat terkenal. Harap pengunjung bersabar. Harga boleh tahan juga mahalnya. Dua orang makan, kami kena +-RM70. Tapi puas hati lah kalau dikenangkan balik apa menu yang kami makan! (Alamak, resit tak tau letak mana lah~) Kami sempat tengok seorang makcik ni buat bayaran dengan wang RM50 yang berlipat-lipat. Setelah diperhatikan dengan teliti, bayaran makanannya mencecah RM1000. Aaaaaaaaa! (-.-)
Alhamdulillah.

Cukup empat siri cerita. Fuuuh! Penat!

Kesimpulannya, melanconglah. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Sungguh Allah jadikan dunia ini luas terbentang untuk kita kutip setiap satu ilmunya sebagai hikmah.

Tunggu cerita perjalanan saya lagi nanti.

Salam sayang,
Dhiya Dahlia

No comments