Bismillah...
Setiap tahun, inilah tarikhnya. Inilah detiknya. Tidak pernah berubah.
Di sebuah kampung yang serba kekurangan, emak menanggung jerih payah melahirkan dan membesarkan saya. Abah pula bersengkang mata dan bermandi keringat mencari sesuap rezeki buat habuan sekeluarga. Hidup kami bergantung pada musim. Kalau hujan memanjang, sedikitlah wangnya. Panas terik sangat pun tidak betah untuk bekerja. Boleh jadi pening kepala.
Tapi itu semua bukan alasan emak dan abah untuk tidak mengotorkan kaki turun bekerja. Demi melihat anaknya seimbang semua aspek, semua halangan ditolak ke tepi. Pada mereka, anak ini tak akan mewarisi kesusahan yang mereka hadapi!
Seperti kanak-kanak yang lain, saya disekolahkan genap pada usia enam tahun. Tadika KEMAS itu masih kukuh menerima pelajar demi pelajar, generasi demi generasi hingga ke hari ini. Sekali sekala saya pulang ke kampung, tadika itu masih saya lewati. Kelihatan tapak permainannya yang usang dan ada pagar yang rompong. Saya tersenyum. Di situlah saya bermain dan berkejaran dengan rakan sebaya. Di situlah lengan baju saya tersangkut pada papan gelongsor dan saya tersangkut padanya sambil menangis. Kelakar :p
Masuk Tahun Satu di sekolah rendah, saya seperti kanak-kanak lain. Emak menyediakan saya persiapan yang cukup serba serbi. Anak bongsulah katakan~ Baju sekolah kebangsaan tidak berkongsi dengan baju sekolah agama walaupun hanya warna kain yang menjadi beza. Dua pasang baju sekolah kebangsaan, dua pasang baju sekolah agama. Itu belum kira kasut, stokin, beg, buku-buku dan pelbagai 'rempah ratus' persekolah yang mengikut trend ketika itu. Semua kehendak saya emak dan abah turuti tanpa gagal.
Pakaian saya dibasuh tangan oleh emak. Kainnya licin sentiasa bergosok. Kemas dan nampak terjaga.
Setiap tahun selama enam tahun lamanya emak dan abah tidak pernah gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Pergi sekolah dihantar, balik sekolah dijemput. Berhujan dan berpanaslah abah menunggu dan menghantar saya dengan motor Yamahanya itu.
Pernah suatu ketika dalam darjah lima, saya menghadiri kelas malam Bahasa Inggeris Cikgu Safri. Lebih kurang pukul sepuluh malam kelas itu pun tamat. Abah menjemput saya dengan motornya. Sampai di satu bukit, motor abah rosak. Saya disuruh turun. Abah menolak motor itu. Saya hanya mengekor dari belakang tanpa mengerti pengorbanan seorang ayah. Sungguh, saya sangat bodoh ketika itu. Kalaulah saya tahu susahnya abah ketika itu, pasti saya tidak akan membiarkan abah menolak motor itu sendirian!
Dan sebagai hadiahnya, saya dengan tidak pernah gagal akan memberikan mereka tempat pertama dalam kedudukan peperiksaan akhir tahun, pada setiap tahun. Setiap kali majlis penyampaian hadiah, sayalah yang paling cemerlang. Tidak cukup menjadi yang pertama, hadiah-hadiah kategori lain pun saya sapu semua. Setiap kali tamat majlis, hadiah saya tidak cukup dibawa hanya dengan dua tangan ini. Tangan emak dan abah pasti membantu. Pada waktu itu, hadiah alat tulis, buku-buku latihan sungguh memberi makna tanpa saya mengerti isi hati emak dan abah. Pada mereka, syukurlah saya sudah ada buku latihan. Jimatlah sedikit perbelanjaan mereka. Tetapi masih, saya dangkal dan bodoh. Ini hadiah, bukan apa yang emak dan abah beli.
Tamat sekolah rendah dengan jayanya. Keputusan UPSR 5A membawa saya ke Seri. Biarpun kecewa kerana tidak terpilih untuk ke MRSM atau sekolah berasrama penuh, tetapi kata emak saya turutkan. Terima sahaja tawaran Seri. In Shaa Allah di situ ada permulaan yang baik.
Persiapan saya tiada yang kurang. Baju sekolah semua dijahitkan nama supaya tidak hilang. Kainnya dari jenis yang mahal. Emak tidak mahu pakaian anaknya yang mahal dan sempurna itu bertukar dengan orang lain. Walaupun emak tidak pernah duduk di asrama, tetapi emak seperti arif benar selok belok sekolah berasrama. Barang-barang saya semuanya lengkap. Dari baldi, gayung, hinggalah ke cawan dan termos air panas. :) Persiapan saya sangat sempurna sesempurna emak dan abah.
Tingkatan satu, 1A1 As-Syafie. Rakan baru, guru baru, suasana baru, mata pelajaran baru. Sekali sekala saya menelefon emak dan abah menggunakan telefon awam di kawasan sekolah. Apabila petang dan waktu riadah, saya bergegas ke sekolah untuk mendapat giliran telefon awam. Kadang-kadang saya bernasib tidak baik. Sampai sahaja giliran saya, telefon sudah tidak boleh digunakan. Wang sudah penuh di dalamnya. Adakalanya saya kehabisan syiling. Maka tiga- empat hari jugalah saya tidak dapat menelefon emak dan abah.
P1, saya mendapat nombor 3 dalam kelas. Entah nombor yang ke berapa dalam tingkatan. Oh, baru saya sedar persaingan itu ada seninya. Saya mulai sedar Seri mengumpulkan manusia sebaya saya yang sama-sama hebat. Mereka juga bijak dan pandai.
P3 akhir tahun, saya berjaya mendapat nombor satu. Begitulah setiap peperiksaan. Pesaing saya bukan calang-calang orang. Mereka juga hebat. Khairuddin Arshad, Nabila, Asiah, Ema, Hazirah, Aini, itu antara big gun yang selalu menyaingi saya. Tetapi saya masih ingat dan sangat ingat, walaupun kami bersaing hebat, tapi kami tetap berkawan rapat.
3A1 Ibnu Haitam di Tingkatan 3. Perjuangan PMR sungguh enjoy. Saya masih ingat dengan jelas betapa saya dan rakan-rakan sangat gembira melalui hari-hari itu. Terasa tiada tekanan. Semuanya gelak ketawa. Ilmu ditimba terasa mudah untuk difahami. Saya punya raka-rakan yang baik dan menggembirakan. Yan, Olin, Nabila, Dayah Talib dan ramai lagi.
Hari keputusan PMR diumumkan. Saya gementar. Cuti hujung tahun sungguh tidak tenteram. Saya pernah bermimpi mendapat keputusan 8A 1B. Saya takut! Pagi itu emak yang menghantar saya ke simpang luar untuk menunggu bas ke sekolah. Ya, saya mengambil keputusan peperiksaan saya sendirian. Tidak berjanji dengan sesiapa. Emak lepaskan saya dengan penuh doa dan redha. Di dalam beg ada sebuah telefon bimbit tua pemberian abah. Moga-moga boleh digunakan untuk berkongsi apa jua berita.
Sampai di sekolah, cikgu-cikgu tersenyum semuanya. Khabarnya Seri mencatat keputusan cemerlang. Saya jadi tak keruan. Sampai di bilik guru, saya lupa adegannya. Tetapi saya diberitahu yang saya salah seorang penerima 9A. Macam mimpi. Saya tak tahu samada untuk gembira atau apa. Memang itu yang saya minta. Tapi saya tidak pernah menaruh harapan tinggi. Emak. Abah. Ini semua berkat usaha mereka berdua yang mengajar saya erti redha. Disekolahkan dalam keadaan seadanya. Saya tahu emak dan abah 'sakit' untuk memenuhi kehendak saya. Pernah saya berkehendakkan kasut sukan, emak belikan. Kadang-kadang saya inginkan wang tambahan, datanglah abah menghantar barang RM30- RM40. 'Kalau tak cukup, telefonlah lagi' Itu pesan abah sebelum pulang. Saya menangis melihat kelibat abah pulang.
2003, saya bertukar sekolah. Kali ini lebih jauh- Terletak di luar Pahang.Cita-cita ingin menjejakkan kaki ke sekolah hebat termakbul juga akhirnya. Bermodalkan 9A itulah saya melangkah bangga masuk ke halaman sekolah yang dipanggil kolej itu. Dapat berada dalam aliran sains, di sebuah kolej sungguh membanggakan. Tidak membanggakan saya sangat. Tapi biarlah emak dan abah pulang ke kampung dengan dada kembang, anaknya dapat masuk ke sekolah hebat.
Setiap Sabtu atau Ahad, abah akan datang melawat saya. Di bawah pondok di depan rumah pengetua, saya akan menunggu abah dengan setianya. Tidak lama menunggu, abah akan datang memandu sambil membawa bekalan nasi bungkus untuk saya. Itulah rutinnya.Kami makan sambil berjenaka. Pelajar lelaki yang lalu lalang akan pelik melihat saya yang bertudung labuh manja dengan seorang lelaki tua yang biasa-biasa saja. Rasa seperti mahu menjerit, inilah ayah saya. Manusia yang bergolok bergadai harta demi melihat saya pergi sebegini jauh.
Tamat SPM, saya dipanggil untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara di Kem Cahaya Gemilang Cherating. Saya masih ingat, ketika itu Pantai Timur dilanda musim hujan. Sebaik tiba di pick-up point di Temerloh, pegawai bertugas menyuruh kami pulang kerena pusat latihan dilanda banjir. Pulanglah kami anak beranak sambil abah menjinjing beg besar saya yang dipenuhi segala persiapan untuk tiga bulan.
Seminggu kemudian, saya kembali ke pick-up point untuk melapor diri. Kali ini tidak tertangguh lagi. Tinggallah emak abah, rumah yang dikasihi. Tiga bulan menjadi orang hebat, orang kuat! Emak cukup bimbang. Katanya saya bukan orang yang boleh berlasak dan hidup ala-tentera sedemikian rupa. Saya beritahu emak. Jangan bimbang melampau. Saya terima ini dengan hati dan minda yang terbuka. Sungguh saya mahu tahu apa yang ada di dunia luar. Pesan emak hanya satu; Jangan tinggal solat!
Tiga bulan di sana, saya mula tahu banyak perkara. Rakan-rakan baru. Bukan setakat Muslim, saya berkawan dengan pelbagai agama. Saya mula rasa 'terbuka'. Kami berbincang banyak perkara matang. Bukan lagi seperti budak sekolah yang masih hingusan.
Aktivitinya pelbagai. Kebanyakannya apa yang tidak pernah saya lakukan langsung. Kami berkayak dalam tasik buatan. Memanjat tali tinggi dan masuk ke dalam hutan. Gila. Memang gila. Kalau emak tahu, pasti emak susah hati. Sewaktu kecil, jangankan lumpur di kaki, hujan rintik pun saya tak pernah merasa bermain dengannya. Tapi pada usia lepasan SPM, saya buat semua perkara itu. Huu!
Telefon bimbit tidak dibenarkan. Hanya setiap pagi Ahad, kami dibenarkan untuk mengambilnya dari pihak pentadbiran untuk berutusan khabar dengan keluarga. Kadang-kadang kredit saya sudah tamat tempoh. Maka saya menunggu sahaja emak atau abah menelefon saya. Sedih!
Walaupun susah, tidak selesa dan tidak semewah rumah sendiri, tetapi saya menemukan ikatan persahabatan yang akrab hingga membuatkan saya seperti di rumah. Ayu si gadis Charlie, Jiha, Zirah dan Nadia- Mereka antara sahabat baik saya. Sama-sama menjamu selera, sama-sama ke surau dan sama-sama kena denda (-.-)
Pada ulangtahun kelahiran saya, merekalah yang menyanyikan saya lagu selamat di padang kawad seawal jam 6.30 pagi. Mereka sungguh mengharukan :)
Kerana itu apabila tamat tiga bulan latihan, saya menangis kerana terpaksa berpisah dengan mereka. Apa khabar kalian?
Mei 2005, saya ditawarkan pengajian Asasi di Universiti Malaya. Sekali lagi, ini semua tribute untuk emak dan abah. Saya tahu merekalah yang paling bangga tatkala anak bongsunya ini menerima tawaran menyambung pelajaran ke sana. Biarpun tidak berpeluang ke program asasi untuk ke luar negara, tetapi cukuplah saya redha dengan apa yang saya terima. Ini sudah cukup buat emak dan abah gembira.
Inilah tahun permulaan saya hidup di Kuala Lumpur.
Belajar ala-universiti sungguh memberi kejutan. Pensyarah masuk dan keluar apabila cukup masanya. Entah apa yang saya belajar, saya sendiri pun tak tahu. Ini bukan di sekolah atau di kolej. Satu kelas (satu dewan sebenarnya) mengumpulkan lebih seratus pelajar. Bagaimana untuk memberi perhatian- Semuanya terserah kepada diri sendiri.
Saya bersyukur ditemukan Iqa, Nabil, Wawa, Ilham dan beberapa orang lagi yang sangat memberi fokus maksimum terhadap pelajaran. Dengan merekalah saya belajar, menghadiri kelas, makan dan macam-macam lagi. Saya masih ingat, kami pernah pulang dari kelas berjalan kaki dalam keadaan hujan lebat. Sampai di asrama, saya dan Iqa berdiri dalam hujan lebat itu. Alang-alang basah, biar sampai kuyup!Alhasil, kalkulator saya rosak dimasuki air.
Masih, setiap hujung minggu, saya akan pulang ke desa melawat emak dan abah. Saya bukan orang yang jenis suka merayap di hujung minggu. Selama setahun di situ, saya tak pernah jejak Mid Valley. Hidup saya hanyalah asrama-dewan kuliah-dan balik kampung.
Syukurlah KPM telah memberi bantuan kewangan yang cukup untuk saya. Jadi tidaklah saya asyik meminta dari emak dan abah. Saya tahu mereka sudah banyak berkorban untuk saya.
Setelah tamat setahun, dengan PNGK yang boleh dibanggakan, saya tinggalkan Kolej Ungku Aziz dengan sejuta kenangan. Ada cabaran yang lebih hebat menanti di hadapan.
Julai 2006. Surat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Univeristi Malaya telah saya terima. Ini semua bukan untuk saya. Semuanya dan setiap satunya adalah untuk emak dan abah. Mereka adalah orang yang bertanggungjawab untuk membawa saya sejauh ini. Dengan keringat dan air mata merekalah saya boleh berdiri setinggi ini!
Pengajian selama empat tahun ini benar-benar mematangkan saya. Kadangkala jatuh menangis, kadangkala bersorak gembira. Pada emak dan abah, mereka tidak mahu tahu subjek apa yang saya ambil, berapa markah ujian dan peperiksaan saya. Mereka hanya orang kampung yang tidak mengerti nilai PNGK dan sebagainya itu. Pada mereka, cukup jika saya membawa pulang erti cemerlang yang menggembirakan. Tiada air mata, tiada surat amaran dari univeristi, tiada masalah besar.
Itulah yang saya lakukan. Semuanya berlalu dengan baik sekali.
Semester 2, tahun kedua pengajian. Tahun 2008. Abah dengan bersusah payahnya telah membelikan saya sebuah kereta. Itulah yang saya namakan Baby K, yang saya gunakan hingga ke hari ini. Semua ini untuk saya. Dia mahu lihat anaknya tidak perlu bersusah payah berebut untuk menaiki bas untuk ke kelas. Dia tidak mahu saya demam akibat terkena hujan ketika berjalan kaki menuju ke dewan kuliah. Dan itulah hadiah termahal dan terbesar yang saya dapat dari abah. Saya tahu harapan abah melangit tinggi. Anak bongsunya ini tidak boleh jatuh.
Semester 1, tahun ketiga pengajian. Tahun 2009. Saya dan keluarga didatangi satu ujian yang sangat berat.
Tubuh akak yang berisi hanya tinggal kulit dan tulang. Nadhirah, Angah dan si paling kecil ketika itu, Nabiha yang baru berusia 10 bulan seperti terbiar. Saya pernah lihat Nabiha yang ketika itu belum pun pandai berjalan sedang bermain dengan dakwat pen yang sudah tumpah ke lantai. Tiada yang melarang, tiada yang mengawal.
Bermula tahun itulah, air mata menjadi teman setia saya. Pengajian saya sangat merosot. Jasad saya tidak pernah tidak menghadiri kuliah, tetapi jiwa dan minda saya tidak ada bersama. Saya asyik memikirkan keluarga. Setiap ujian di dalam kelas, saya hanya menjadi loser dengan meniru Kak Hilal atau sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan. Setiap minggu saya akan pulang ke kampung. Wang biasiswa saya habis untuk membeli tiket bas pergi dan balik setiap minggu. Makan dan minum saya entah ke mana. Saya sendiri hilang semangat untuk meneruskan pengajian ini.
Emak seperti mengerti apa perancangan saya- Dia awal-awal lagi memberi amaran; Jangan sekali-sekali minta tangguh pengajian. Teruskan dan jangan undur. Apa yang dimulakan perlu dihabiskan dengan baik.
Saya gagahkan juga. Walaupun terasa berat, saya teruskan juga.
Banyak nota-nota saya ketika itu, tulisannya kembang terkena air mata yang menitis. Sakit. Sangat sakit.
8 Ogos 2010, semuanya kini berakhir. Saya memimpin tangan emak dan abah supaya mereka dapat masuk ke Dewan Tunku Canselor melalui pintu tetamu sedang saya perlu mengikut pintu graduan. Ketika nama saya dipanggil, saya berjalan megah di atas pentas. Empat tahun pengajian ijazah yang penuh ranjau duri kini terbayar dengan biarpun hanya kurang empat minit di atas pentas untuk menerima skrol. Saya gembira. Biarpun PNGK saya biasa-biasa sahaja, tapi saya tetap mahu lihat emak dan abah gembira dan bangga. Pada kedut wajah mereka, pada lesu pergerakan mereka, saya tahu mereka puas. Anak yang dijaga selama ini kini sudah berada di puncak menara gading. Sekurang-kurangnya saya telah menamatkan pengajian ijazah pertama saya dengan sempurna. Itulah yang terbaik saya berikan ketika itu. Graduan Universiti Malaya!
Proses mencari pekerjaan juga bukan jalan yang mudah bagi saya. Banyak air mata yang tumpah. Dipendekkan cerita, setelah dua tahun, di sinilah saya. Seorang eksekutif muda yang masih belajar untuk membiasakan diri dalam dunia kerjaya. Kadang amuk marah saya menjadi-jadi dek sikap manusia yang pelik-pelik. Kadang gelak ketawa saya membuatkan saya gembira dan bahagia berada di tahap ini.
Tapi sungguh, saya tidak berhajat untuk berada di takuk lama ini buat selama-lamanya. Saya mahu menjadi Dhiya yang lebih baik dari hari ini. Peluang yang ada akan saya gunakan sebaik mungkin demi mendapatkan nilai diri yang lebih baik.
Febuari ini saya akan memulakan sesuatu yang baru. Saya bakal menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Teknologi Tenaga. Gementar juga rasanya. Tetapi memandangkan hanya ini jalan untuk saya memperbaiki diri, saya perlu teruskan. Saya tidak mahu selama-lamanya dianggap bodoh dan gagal. Saya mahu tebus semuanya dan buat emak dan abah lebih bahagia. Saya kesal kerana banyak masa saya di sini dan jarang-jarang sekali dapat bermanja dengan mereka lewat kebelakangan ini. Hanya doa saya kepada Tuhan, agar dipelihara mereka berdua dan seluruh keluarga saya di kampung.
Pernah sekali ketika di rumah, saya menyelak langsir bilik abah. Kelihatan abah baru selesai solat asar dan sedang berdoa. Sayup kedengaran:
"Ya Allah, jangan susahkan puteri-puteri aku dengan apa yang mereka tak mampu. Kasihanilah mereka. Jadikan mereka anak dan isteri-isteri yang hebat. Temukan Dhiya dengan seorang lelaki yang boleh melindunginya seperti aku melindunginya sedari kecil hingga dia dewasa...."
Sungguh, ini bukan drama. Saya terduduk di tepi pintu. Air mata saya tumpah. Dada saya seperti dirobek-rebok. Itu rupanya doa seorang ayah. Saya terus berlari masuk ke bilik dan menyembamkan wajah ke bantal. Biar esak saya tenggelam dalam diam...
Untuk 13 Januari tahun ini, saya ingin memanjatkan syukur kepada Allah dan seinfiniti kasih kepada emak dan abah. Tanpa mereka, saya bukan siapa saya hari ini.
Terima kasih, Allah atas setiap denyut nadi dan nikmat iman yang dikurniakan. HambaMu ini bermohon dan terus bermohon agar tidak dibolak-balikkan hati ini untuk jauh dariMu.
Terima kasih, emak dan abah yang melahirkan dan membesarkan Dhiya dengan penuh kasih sayang tanpa sepicing kurang. Terima kasih kerana menjadi emak dan abah yang sempurna dan selalu mengutamakan anak-anak. Emak dan abahlah yang menjadikan siapa Dhiya hari ini. Kerana itu pada ulang tahun kelahiran kali ini, semuanya adalah tribute untuk emak dan abah.
Saya bukan orang senang. Emak dan abah bukan orang kaya raya. Mereka bermula dari bawah dan kerana itu saya juga diajar untuk bermula dari bawah. Tapi permulaan itu lebih bermaruah dan berharga kerana saya belajar untuk lebih menghargai setiap satu pengalaman yang dikutip. Dan benar, pengalaman itu tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ianya satu pelajaran merentas realiti. :)
Allah. Entri yang sangat sangat panjang. Ianya bersempena ulang tahun kelahiran saya yang ke 2*. Terima kasih atas semua yang mengirimkan ucapan selamat dan doa yang indah-indah. Saya berdoa agak kalian juga dilimpahi kebaikan atas doa tersebut. Tiada balasan sebaik-baik balasan melainkan hanyalah doa buat kalian yang mengingati. Terima kasih.
Salam sayang,
Dhiya Dahlia

Dah bace!! Touching lo...nsb baek name ak x tggl..huhu
ReplyDeleteDah bace..touching lo..but nsb baek ade name ak..huhu
ReplyDelete