Bismillah...
Destinasi tanah tinggi terakhir saya dalam bulan Disember ini ialah Colmar Tropicale Bukit Tinggi!
Ini merupakan kali kedua saya datang selepas retreat jurutera muda Julai lalu. Ini semua cuti Krismas punya pasallah. Walaupun hanya bercuti sehari, tapi masa yang ada mesti digunakan sebaik mungkin!
It was a really personal trip. Tak banyak gambar yang boleh saya kongsikan di sini sebab hampir semua gambar, ada muka saya. :p Haha!
Tapi saya cuba yang terbaik untuk berkongsi :)
Tiket masuk. RM12 seorang :) |
Kalau dulu saya datang atas tujuan kerja, kedatangan saya kali ini lebih santai dan relaks. |
It was Christmas. Jadi memang tak dinafikan orang ramai dan sesak. Nak berjalan pun macam tak berapa selesa. Tapi adatlah~ Nama pun cuti umum. |
Bagi mengubati kekecewaan, saya pergi kat swan pool ni je :( |
Jadilah~ |
Ini adalah pemandangan dari puncak menara tinjau yang terdapat di sini. Jangan bimbang, bangunan ni ada lif. :) |
Pemandangan kawasan kota unik ni. Memandangkan saya ni sedikit gayat, jadi ini sahaja yang mampu . Huu! |
Ini jalan pulang kami. Fuh~ Sesak dari sebelum Tol Gombak tu. Boleh tahan juga rakyat Malaysia ni meraikan cuti umum . |
Kami memilih untuk makan malam di KL. Mee udang di atas sana sahaja dah RM18. Heh! |
Alhamdulillah. Selesai tiga siri destinasi tanah tinggi saya. Memang sejak bekerja ni, saya jatuh minat pula untuk melancong dan melihat tempat orang. Iyalah, inilah masa untuk menghadiahi diri sendiri dengan sesuatu yang menyeronokkan setelah penat bekerja.
Untuk anda di luar sana, keluarlah melancong! Betullah, Malaysia juga punya tarikannya yang tersendiri.
Terima kasih kepada yang membawa saya ke sini. Jasa anda amatlah dihargai!
p/s: Trip ke Sabah bulan Febuari ni terpaksa ditunda atau dibatalkan terus. Saya ada perkara penting yang perlukan wang dan masa lebih dari kos saya ke sana. Ini soal masa depan. :)
Salam sayang,
Dhiya
No comments