Alhamdulillah. Hari ini Dari Diri Dhiya meraikan ulangtahunnya yang pertama!
Dialah teman bicara saya, dialah pendengar setia saya. Dari Diri Dhiya tidak pernah tidak selalu ada bersama saya berkongsi rasa.
Ini bukan pengalaman pertama saya menulis. Sebelum kelahiran DDD, saya menulis dalam sebuah blog ungu untuk beberapa tahun. Kehidupan kampus dan projek tahun akhir saya banyak terpahat di situ. Malangnya saya terpaksa berhijrah atas sebab-sebab tertentu. Alhamdulillah DDD kini mengamalkan penulisan yang lebih sederhana, ilmiah dan selamat Insya Allah.
Semoga DDD terus maju dan menjadi wadah perkongsian yang bermanfaat buat saya dan mereka yang membacanya juga.
Ilmu yang sedikit, dikongsi bersama. Moga Allah menilainya sebagai sebahagian dari amalan kebaikan. :)

Untuk Kamu Juga
DDD berkongsi tarikh lahir dengan salah seorang sahabat saya.
Ehem. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya.
Doa saya buatnya tidak pernah putus siang dan malam. Namanya sebaris dengan insan-insan penting dalam hidup saya.
Semoga dia terus matang dan berani dalam meniti kehidupan sebagai hamba di bumi ini.
Sejauh mana pun kita melangkah, kita harus sedar bahawa setiap denyut nadi kita berada di bawah taklukan Allah. Bila-bila masa pun boleh dijemput kembali. Semoga hari ini menjadi hari titik tolak untuk kita menjadi insan yang lebih baik.
Kita tidak tahu apa yang Allah akan berikan atas pengorbanan dan mujahadah ini. Tetapi kita perlu tsabat dan yakin bahawa janji Allah itu pasti. Kita melepaskan sesuatu yang kita cintai pergi, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik lagi!
Sekali lagi, saya mendoakan agar sahabat saya ini dipelihara Allah atas jalan juangnya. Perjalanan ini tampak payah, kerana saya juga melalui jalan yang sama- Semoga Allah menilai pengorbanan kami dengan sebaik-baik pengorbanan dan dihadiahi dengan anugerah dan rezeki dari pelbagai arah.
Tahniah. Selamat ulangtahun yang ke 20-an!
p/s: Jangan juang mana yang mudah? Tiada!
No comments