Bismillah...
Sekali bah, sekali pantai berubah.
Banyak yang berubah lewat minggu ini. Dari segi disiplin dan gaya hidup peribadi hinggalah ke rutin harian sosial saya. Saya kurang pasti mengapa ini terjadi- samada disebabkan orang lain atau memang saya yang memilihnya. Tetapi inilah jalan yang saya temui paling sesuai dengan naluri saya.
Benar. Saya selalu gagal dalam menegakkan pendirian diri. Saya sering tewas dengan hasutan nafsu sendiri. Selama ini pun, ada banyak fasa perubahan yang saya tewas dan tersungkur sebelum tiba pada objektifnya.
Kenapa?
Kerana saya lemah. Kebergantungan saya denganNya hanya sekadar pada perbuatan tetapi tidak pada penghayatan. Ya, saya sedar itu memang kelemahan saya!
Setiap hari saya memasang azam melangit untuk menjadi yang terbaik supaya saya memperolehi imbalan terbaik, tetapi saya masih gagal untuk mencapainya.
Gagalkah saya?
Saya Tidak Gagal
Saya pernah rasa putus asa untuk semua ini. Tetapi Dia selalu memujuk dan membelai saya dengan janji-janjiNya yang bukan dusta itu. Bukti sudah di depan mata. Sudah banyak- bukan satu atau dua. Apakah saya masih cuba menafikan kuasa ketuhanannya?
Tidak. Saya tidak gagal kerana janji Allah agar jangan kecewa dan berputus asa- Syurga adalah balasannya.
Sudahlah. Dunia tidak layak untuk ditangisi! Teruskan melangkah tanpa henti. Semoga semakin jauh dengan luka dan duka ini. Optimislah, Dhiya!
p/s: ...
p/s: ...
No comments