Rabu, puncak minggu. Semuanya berjalan dengan baik setakat hari ini. Hal-hal di pejabat pun Alhamdulillah semuanya boleh ditangani dengan baik. Hal peribadi juga tenang tak perlu diusik. Cuma yang picisan itu masih seperti di awangan- Antara YA, TIDAK atau MUNGKIN.
***************
Teringat perbualan telefon saya dengan Ijoi, sepupu saya malam tadi:
"Sabarlah Dhiya, hidup ni macam roda. Allah uji dengan kesedihan, esok lusa mesti ada kegembiraan. Lupa ke dengan janji Allah?"
Air mata saya terus mengalir laju. Betapa saya merungut, tetapi mereka yang mendengar terus menyokong saya dengan ungkapan sabar.
Terima kasih, Ijoi. Jumpa nanti 7 dan 29 April. Dhiya mahu berada dekat di hari gembira kamu nanti. Janji.
******************
Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.Semua orang pun akan geleng kepala dengan sikap saya yang sungguh berkira dengan masa pulang. Saya tidak punya masalah untuk datang kerja lebih awal dari waktu yang ditetapkan, tetapi saya cukup bermasalah untuk stay back lebih dari waktu biasa. Maaf. Saya banyak sebab untuk itu, terutamanya isu keselamatan.
Ketika di Lebuhraya Persekutuan, saya terkejut seketika. Selalunya waktu-waktu puncak begini, laluan saya amatlah sesak berbanding laluan sebelah. Tetapi hari ini semua itu berputar 360 darjah. Laluan pulang saya lapang, sebaliknya laluan bertentangan pula yang sesak. Saya hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke rumah.
Alhamdulillah. Allah mudahkan perjalanan saya.
Benarlah: HIDUP INI BAGAI RODA
Hari ini dihimpit sesak, esok pasti lapang terbentang
Hari ini diuji sukar, esok pasti mudah menjengah
Hari ini dipalu duka, esok pasti gembira tercipta.
Bangunlah. Jangan terlalu sedih atas apa yang difikirkan kurang. Setidak-tidaknya kita lebih baik berbanding orang yang jauh lebih malang dari kita.

Bagai Roda- Bersyukurlah.
p/s: 360 darjah adalah satu putaran lengkap. Duka tanpa suka bukan satu edaran sempurna.
No comments