Bismillah...
Pagi ini sungguh indah. Terima kasih, Ya Allah!
Walaupun sedikit, tetapi saya tahu Dia Maha Tahu. Saya bahagia dengan ruang dan peluang yang diberikan. Semoga terus kuat, sabar dan mujahadah!
Lebih kurang jam 8.30 pagi, saya ke dapur menyediakan sarapan. Rumah ini sunyi. Memang saya sendirian di rumah. Ahli yang lain pulang ke kampung. Roti telur dengan teh O suam- Cukuplah untuk santapan saya sendiri. Ini sudah lebih dari apa yang diperlukan. :)
Sedang asyik bersarapan, tiba-tiba saya sangat teringat emak dan abah di kampung. Kalau di rumah, kami pasti bersarapan bersama-sama. Riuh rendahlah dapur dengan gelak ketawa kami ditambah dengan gelagat anak-anak saudara saya yang sedang membesar.
Uh...Baru dua minggu tidak pulang, saya mula diamuk rindu!
Seperti yang dijanjikan, hari ini saya menerima tetamu istimewa dari jauh. Kami tidak berjumpa di rumah sewa saya, sebaliknya di sebuah hospital termahal di Kota Mega ini.
Jam 11 pagi, saya sudah bersiap-siap. Habis sejuk satu badan saya-Gemuruh untuk memandu ke sana. Maklumlah, saya bukan seorang yang suka meneroka kota ini biarpun telah hampir 7 tahun menjadi penghuninya.
Semalam saya telah cuba untuk ke destinasi yang dimaksudkan, tetapi saya sesat teruk hingga ke hujung kota. Saya hanya mampu menangis bersendirian di dalam kereta. (TT) Itu memang satu pengalaman yang 'mengerikan' dalam tahun ini. Huu!
Tapi hari ini saya tekad untuk mencuba sekali lagi. Apa nak jadi pun, jadilah!!!
Prince Court Medical Centre
Akhirnya, saya selamat tiba ke destinasi yang dimaksudkan- Prince Court Medical Centre.
Saya jadi pelik dan hairan kenapa saya gagal untuk masuk ke kawasan hospital mewah ini semalam~ (-.-) Walhal ianya tidaklah sesukar mana pun. (Dhiya, perlu tambah keberanian lagi, ni!)
Oh ya...paling istimewa, di tempat letak kereta hospital ni, tidak ada sebuah pun kereta Kancil melainkan Baby-K saya ini. Yang lainnya semua kereta mewah-mewah. Ah, abaikan~
Dia-Kakak Saya
Insan yang dinanti pun sudah lama menunggu di foyer. Alhamdulillah, saya gembira dapat melayan kehadiran kakak kandung saya ke Kuala Lumpur bersempena kursus pendeknya hari ini. Kami bercerita banyak perkara hingga saya terlupa yang saya bukanlah seorang yang expert di kawasan itu. Tapi syukurlah saya tidak sesat. Sekurang-kurangnya kredibiliti saya tidak tercalar di depan akak.
Saya dan akak memiliki personaliti yang jauh berbeza. Pendek kata, kami banyak berselisih idea, pendapat dan prinsip. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kami berjaya menemui titik persilangan yang menemukan persamaan antara kami adik beradik.
Sebagai adik, saya sedar sifat dominannya sebagai kakak kadangkala menindas saya dan seperti banyak yang tidak wajar dan tidak adil. Namun jauh di lubuk hati, dia tetap darah daging saya yang sejati apatah lagi kami dilahirkan hanya bertiga beradik. Walau bagaimana jauh sekalipun terpisah dek berbeza fikrah, saya yakin kami bertiga tetap mempunyai pertalian darah yang erat dan teguh.
Tidak banyak tempat yang saya boleh bawa akak memandangkan kami bertarung dengan masa. Akak harus pulang petang ini juga kerana dia datang bersama rakan sekerjanya yang lain. Atas permintaan saya, kami ke DM sekali lagi dan menyelesaikan separuh lagi bayaran untuk alat yang satu itu. Alhamdulillah, terima kasih Allah! Terima kasih akak! Atas permintaannya pula, saya bawakan akak ke tempat beli belah yang satu itu. Maka 'mengganaslah' kami dua beradik di situ hingga pukul 4 petang. (0.o)
Kiriman salam bertukar tangan. Akak sudah masuk ke kereta jabatan dan mereka menghala terus ke Tol Gombak. Saya hanya memerhatikan jauh kereta itu hilang dari pandangan dan saya pulang semula ke rumah sewa. Kembali kosong... Tak mengapalah...Sekurang-kurangnya rindu saya terubat...
Nah. 11 Mac 2012 saya telah diisi dengan sesuatu yang istimewa. Walaupun hanya dikongsi kami dua beradik sahaja, tapi ianya cukup membahagiakan. Saya gembira kerana dapat memenuhi keperluan akak di sini dan bangga membuktikan kedewasaan saya kepada keluarga.
DDD telah menjadi saksi kepuasan saya menjadi seorang Dhiya. Walaupun tidak sehebat gadis survivor lain, tapi saya hebat dan berada di kelas saya sendiri. Saya yang mencabar diri saya sendiri!
p/s: Dr. Nik Omar Nabil...Ups!
No comments