Selamat Berhujung Minggu


Bismillah...

Mari lupakan seketika hal ehwal kerja di pejabat. Hari ini hari Jumaat!

Esok saya bercadang hendak ke tempat memori yang saya gemari. Mungkin di sana saya dapat menenangkan hati yang sedikit sebanyak diusik kesedihan ini.
Balik dari situ saya akan ke Giant untuk sesi beli belah. Makan tengahari esok pasti segar dari dapur. Janji (kut~). Hahaha!

Ahad, saya akan ke hospital termahal di Kuala Lumpur. Ada hal penting di sana. Semoga Allah mudahkan laluan saya. :)

Untuk keluarga tersayang: Dhiya rindu.
Buat rakan-rakan yang dirindui: Nurul, Yan, Hidayah, Olin dan Nabila- Dhiya rindu.
Untuk yang jauh: Jauhlah beribu batu, semoga hati kita terus diikat dengan ikatan rendah hati, tapi tinggi Iman dan luhur pekerti. Ini masa untuk refleksi.

p/s: DDD akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang pertama dalam masa terdekat. Anda ada hadiah, kan?

No comments