Program Luar


Ahad, 4 Mac 2012


Di saat semua orang masih lena dalam mimpi, saya sudah bangun seawal jam 6 pagi. Kalau lembu dipegang pada tali, manusia diikat pada janji.

Hari ini saya dan rakan-rakan saya ada misi besar- Charity work yang sudah dirancang beberapa bulan lepas sedang menanti hari pelaksanaan.
Setelah semuanya berkumpul, kami bertolak ke destinasi.
Dipendekkan cerita, kerja-kerja bermula seawal jam 8 pagi. Gigih, Dhiya. Bagus!

Seronok juga sekali sekala mengambil bahagian dalam kerja-kerja sosial sebegini. Selain dapat membantu orang lain, saya juga dapat meluaskan jaringan persahabatan. Di saat inilah saya insaf dan benar-benar menghargai Malaysia. Betapa nikmat hidup bersama dalam kepelbagaian agama, bangsa dan budaya diikat melalui kerja-kerja kebajikan seperti ini.

Semuanya selesai lebih kurang 4 petang. Uh. Cuaca panas menyebabkan saya diserang sakit kepala yang teruk. Sudahlah memang sedia demam sejak beberapa hari lepas. :(
Tiba di pejabat, saya sempat juga window shopping di DM. Heeee! Nasiblah. Matlamat tetap perlu dicapai! (1/2 dep to Patrick)

Pulang ke rumah.
Sakit kepala mencucuk-cucuk. Kasihan Yati yang bersusah-payah masakkan roti telur dan mushroom soup yang sedap tu- Tak sampai beberapa minit, semuanya minta dikeluarkan kembali. Saya kalah dan mengalah. Saya terpaksa menangis sendiri. Teringat emak dan abah, tiada tempat bergantung di Kota Mega ini. Hanya Allah yang menjadi peneman sakit saya.
Terima kasih Ain, ubat yang diberikan buat saya tidur tanpa fikir apa-apa lagi. (-.-)

Isnin, 5 Mac 2012

Kerja itu ibadah. Saya gagahkan juga memendu ke tempat kerja. Apalah sangat kesakitan yang sedikit itu. Saya pernah melalui kesakitan yang lebih teruk. Maka ini bukan lagi kesakitan yang boleh dijadikan alasan.

***************************

Terima kasih Allah atas nikmat Iman, Islam dan kesihatan yang terlalu sedikit saya syukuri ini. Jangan tarik nikmat ini, kerana hambaMu ini sedang mujahadah menjadi seorang pejuang agama!

Untuk rakan-rakan baru saya semalam: Terima kasih. Terima kasih atas salam perkenalan yang dihulur, terima kasih juga atas kesatuan hati yang erat dan subur. Saya tak akan serik untuk menyertai kalian lagi. Insya Allah.

p/s: Oh!

No comments