Bismillah...
Salam Jumaat!
Hari ini semuanya baik-baik sahaja. Saya ke pejabat seperti biasa. Semuanya berjalan lancar tanpa gangguan. Itulah aturannya: Orang tak ganggu saya, saya apatah lagi.
Esok SSB saya. Seronok juga dapat outstation sekali sekala. Tapi ayat ni memang buat saya jadi 'panas' sekejap:
"Kalau akak lambat esok, Dhiya buatlah apa yang patut dulu ye..."
Er...Nampak sangat macam dah berniat nak lambat, kan? Grr!
Ok, abaikan.
Tepat jam 5 petang, saya angkat kaki. Tak ingin berlama-lama di pejabat tu. Banyak lagi masa yang perlu digunakan di Lebuhraya Persekutuan tu untuk menempuh kebanjiran kenderaan. Kesesakan lalu lintas adalah perkara biasa di 'tulang' kota itu, apatah lagi pada hari Jumaat.
Hari ini saya 'baik' sedikit. Kenderaan yang menyelit dan memotong barisan pun saya biarkan saja. SMS yang dihantar tak berbalas pun saya pejamkan mata. Bukankah telah terbukti- Ego itu memakan diri? Tinggi melangit sekalipun ia, esok lusa runtuh ke bumi juga.
Belajar jadi baik banyak, Dhiya!
Sampai sahaja, saya berjalan-jalan di pasar malam berhampiran rumah. Perut yang sudah lama tak diisi nasi ini merayu sayu. Ah, bolayan kau! Cukup membeli beberapa biji buah epal, saya terus pulang ke rumah. Tak mahu terus tergoda dengan segala yang macam-macam di situ.
Malam- saya di sini, mengarang ayat yang panjang untuk DDD yang dirindui. Saya menulis bukan untuk tatapan khas sesiapa. Ia lebih kepada idea dan pandangan sendiri. Saya tidak boleh komited menulis diari setiap hari. Maka sebab itu saya rasakan DDD adalah medium paling ideal untuk saya menulis walaupun bukan hari-hari.
Jauh di sudut hati, saya berazam untuk menjadikan DDD bukan tong kosong yang berbunyi kuat tanpa ada isi, sebaliknya DDD akan menjadi satu laman perkongsian yang santai dengan gaya bahasa 'remaja' dan sarat dengan mesej baik yang dikarang dari hati berlandaskan Al quran dan Hadis Nabi.
Saya tahu saya bukanlah terlalu sempurna untuk cita-cita dakwah ini. Tapi saya yakin, Allah akan membantu jalan juang saya selagi niat dan iltizam itu ada dan tsabat di dalam hati.
Mac penuh tarikh istimewa. Tetapi semuanya tampak suram dan belum ada cahaya. Allah tahu yang terbaik. Semoga ada jalan penyelesaian atas kekusutan ini.
p/s: Setiap kesukaran pasti ada bersamanya kesenangan!
No comments