Plat apa selepas WYY 9999?


Baby-K saya perlukan adik. Eh.

Beberapa ketika di kota mega, saya dapati peningkatan kenderaan di jalanraya adalah selari dengan meningkatnya abjad pada plat kenderaan. Kalau tak silap sebelum saya bercuti dulu, Kuala Lumpur sudah mencecah WVU. Dalam tempoh dua minggu sahaja, tadi saya berselisih dengan sebuah Perodua Viva bernombor pendaftaran WVV. Ramainya orang beli kereta ye~

Mengikut satu sumber, nombor plat kenderaan berhuruf WYY 9999 dijangka boleh dilihat di jalan raya pada penghujung 2013. Tapi apakah huruf plat seterusnya? Nombor plat kenderaan Kuala Lumpur dikatakan akan mengalami perubahan pantas ke nombor seterusnya dalam tujuh hingga lapan hari sahaja.
Tanda tanya huruf apa selepas WYY kini masih dalam pertimbangan JPJ.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Nadzri Osman berkata, perubahan plat huruf berkenaan yang biasanya memakan masa paling tidak dua minggu ke nombor seterusnya, kini semakin pantas ekoran penggunaan kenderaan yang semakin meningkat.

Apa yang anda bayangkan? Saya membayangkan WYY 9999 seterusnya akan disusuli oleh WAA 9999 A. Tak mustahil kan?

Er. Adik Baby-K mungkin WBA 9999 Y kut. Pakai dulu yang ada ni. Alang-alang kalau nak angkut yang baru, saya akan pastikan ianya yang paling puas hati dan boleh balik Temerloh macam naik jet. Tak payah nangis-nangis lagi lalu Lebuhraya Karak tu. Uhu!

p/s: Saya sayang Baby-K dan Elis gemok debab. Er...jom Golf lah.

4 comments

  1. maka dengan itu makin meningkat la jumlah ozon yg berbahaya!!!!!!!!!!! huhuhuhu..kesian kt cik padi..

    ReplyDelete
  2. haahaha..xdela..kamu pn mkn beras la mucuk!!!!!!!! ;P

    ReplyDelete
  3. ohai. sila tidur. esok kamu sekolah! plan kita masih di peringkat kertas kerja sedang kertas proposal aku pun masih di peringkat kertas kerja juga. adoyai!

    ReplyDelete