Hikmah Kembara

Bismillah

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, saya telah dipelawa oleh akak untuk mengikutnya ke Cameron Highland. Ewah~ Mestilah seronok dua ronok kan? Rehlah anjuran jabatan HD akak ni disertai staf dan pesakit. Er, ramai lah juga kan. Memang meriah.
Acaranya mudah. Trip sehari suntuk itu tidak banyak kerenah melainkan perlu menjadi mata-mata kepada anak saudara yang bertiga itu.

Kami bertolak ke HD selepas solat subuh 2 Oktober 2011. Meredah kabus pagi seawal 5.45 pagi memang satu cabaran. Maklumlah, jalan masih sunyi, Ahad pula tu!
Selesai semuanya, kami bergerak ke destinasi. Ah. Perjalanan yang boleh tahan panjang. Aduh sakit pinggang!

Ringkasnya, di sana kami anak beranak memang 'tak berapa nak terkawal'. Akak menggila dengan sayur-sayurannya, anak-anak pula dengan toys yang bermacam warna, saya? Saya hanya memerhatikan mereka. Takut-takut jatuh di luar kawalan~
Tak cukup sehari di sana rupanya. Banyak yang tak tersinggah dan tak tersentuh. Saya berazam mahu menyendeng dengan Olin supaya dia boleh bawakan saya ke sana sekali lagi. Saya mahu bermalam di sana. Oh Olin, tolong dengar rintihan sahabatmu ini!

Untuk pengetahuan, ini kali kedua saya ke sana selepas 12 tahun yang lepas. Kesian kan? Kesian ok~ Suasana banyak berubah. Kalau dulu, memang tak boleh tak berbaju sejuk. Tapi sekarang kami dah tak kisah lagi di mana letaknya baju itu. Suhu tak sedingin dulu, mungkin. Saya sangat berharap untuk ke sana sekali lagi dalam masa terdekat, kalau boleh bersama kawan-kawan pula. Mungkin Olin tahu di mana hot spot yang terbaik untuk dilawati. Hu!

Terdetik juga, trip sehari suntuk ini ada kurangnya. Kami tak dapat menikmati pagi dan malam di sana sedang kami berada di dalam kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik masing-masing. Sungguh, saya berazam untuk kembali lagi!

Namun apa yang menyedihkan, saya masih gagal untuk merakamkan momen indah buat tatapan peribadi sejak kematian Nikon saya beberapa bulan yang lalu. Masih belum mampu membeli yang baru. Mungkin angkut yang diimpikan terus nanti. Tunggu!
Buat masa sekarang, Dari Diri Dhiya pasti kontang dengan gambar-gambar koleksi peribadi saya. Memang menyedihkan. Lihatlah betapa dry nya entri ini kerana tidak ada gambar yang menghiasi. Macam tak ada bukti. Hee~ Tapi apa boleh buat. Tak ada buat cara tak ada. Itu lebih menenangkan hati.

Apa pun, terima kasih kepada penganjur terutamanya akak yang sudi menaja adik akak yang jelita ini untuk turut serta mengikuti perjalanan itu. Walaupun singkat, tapi saya tetap bersyukur kerana dapat mencedok hikmah kembara kali ini. Banyak tempat sudah saya lawati. Alhamdulillah, semua ada nilainya sendiri dalam jiwa saya. Inilah hikmah kembara.

p/s: Maaf tak ada gambar. Sedih ok~

4 comments

  1. JOm!!!!!!!!!!!!!!!! ada satu banglo tu 11 bilik..boleh buat bbq skali..kita ajak gegurl2 nnti ye..ko plan..aku tlg cari tmpt k..yeay!

    ReplyDelete
  2. oliN! akhirnya rintihan aku didengari~ hahaha
    aku plan? boleh2. nanti tgu 2-3 bulan lepas aku dapat gaji ni ok. baru masyuk sket.

    ReplyDelete
  3. hahahaha..ko seru nama aku..mmg aku dtg..hahaa.. haa..ok la cmtu..sempat aku kmpul duit..hehhee..besnye..konpem kecoh..

    ReplyDelete
  4. insya allah ye. aku pun tgh gigih ni utk kamera idaman. kalau tak cane nak pi CH, kalau takleh enterprem!

    ReplyDelete