Semua orang, tolong ucapkan tahniah pada saya. (Dhiya, tamaknya kamu!)
Alhamdulillah. Saya sedang menulis entri yang ke 200 dalam Dari Diri Dhiya. Mungkin sedikit pada hitungan orang lain. Tapi inilah kegembiraan saya.
Bukan nama atau drama yang ingin saya cipta dalam lapangan ini. Saya sekadar menulis atas nama minat dan bakat. Percaya atau tidak, tak semua orang ada bakat menulis. Saya sendiri pun bukanlah minat sangat menenun ayat sempurna sebelum ini, tetapi setelah diasah dan dibelasah teruk oleh guru Bahasa Melayu saya ketika di sekolah menengah dahulu: Cikgu Wan dan Cikgu Norhizan, jadi adalah usaha untuk menyayangi bahasa ibunda ini. Rindu cikgu berdua!
Di entri yang ke 200 ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti rakan-rakan pembaca terutamanya blogger yang sangat menyokong antara satu sama lain. Tanpa pembaca, pasti saya tak punya semangat untuk menulis. Memang perhatian dari orang lain bukanlah matlamat utama, tetapi tetap ada baiknya kerana dengan itu, kita sedang membina jiwa dan motivasi.
Minggu depan saya akan kembali berjuang lagi. Harapnya kali ini yang paling ampuh untuk saya meneruskan hidup. Dari Diri Dhiya juga semoga tak terpinggir sepi lagi. Sibuk itu kadang-kadang membawa kita jauh dari beberapa elemen khususnya yang kurang prioriti seperti berblog ini. Tapi saya tetap berjanji, Dari Diri Dhiya akan saya sayangi setiap detik. Saya pasti akan menulis!
200 entri itu sedikit, tapi ia sentiasa bertambah dan tak pernah berkurang. Saya tanpa henti menulis, tapi tak pernah memadamkan walau satu coretan pengalaman saya di sini. Kerana itu, kelak Dari Diri Dhiya akan 'dewasa' juga.
p/s: Terima kasih kerana membaca.
tahniah!!
ReplyDelete