Entri Lambat

22 Oktober 2011

Alhamdulillah.

Berpeluang juga balik ke rumah. Asal perancangan memang begitulah. Tetapi semua itu agak melencong sedikit apabila ada yang minta saya hadir untuk urusan Sabtu. Namun di hujung-hujung detik petang Jumaat tu, akhirnya beliau mengubah keputusan. Maknanya saya tak perlu bekerja hari Sabtu. Apa lagi... Baliklah!

Pagi-pagi Sabtu, saya sudah keluar mengejar bas paling awal. Apa boleh buat. Sejak kebelakangan ini saya sangat berkira tentang masa apatah lagi masa yang diperuntukkan untuk keluarga. Syukurnya kerana tak ramai yang beratur membeli tiket. Saya sempat mengejar bas jam 9 pagi. Emak dan abah segera dimaklum- Anakanda pulang ke desa!

Tiba saja, abah dan emak sudah menunggu. Kami tak terus pulang ke rumah. Saya dibawa ke jemputan kenduri kahwin salah seorang pegawai di kejiranan kami. Oh berat juga hati untuk hadir kerana saya tidak berbaju kurung. Tapi untunglah baju itu masih dikatakan 'manis' dipandang. Itu pun masih menjadi perhatian mata-mata yang pelik akan saya yang (mungkin) dikatakan tak tahu adat~ (><)

Apa aktiviti saya di rumah- Itu tidak penting. Apa yang bernilai adalah bilamana kita diraikan dan dihargai. Emak dan akak (serta saya juga) sudah pastinya menjadi lady di dapur memasak yang sedap-sedap untuk saya. Abah pula banyak ceritanya. Begitu juga saya. Kata emak, saya macam tak pernah penat bercakap, sejak kecil lagi. Tak menang nak cerita semua perkara. Kadang-kadang belum habis satu topik, sudah beralih ke topik lain. Oh!

Yang pasti, walaupun saya hanya pulang untuk sehari semalam, banyak perkara yang saya kecapi. Tenang dapat berjumpa keluarga (tak mahu huraikan lebih. Boleh jadi menitis air mata.) serta dapat berehat di desa di samping melihat keletah anakanda-anakanda bertiga.

Benarlah. Jauh itu mendekatkan!

p/s: Pulang petang Ahad dengan adegan seperti biasa. Uwa!

No comments