Kota Mega


Assalamualaikum...

Saya telah berada di Kuala Lumpur sejak Khamis lagi. Lama sungguh cuti rehat saya. Ewah~! Terasa kekok pula memijak bumi penuh sesak ini.

Mid Valley tanpa kenangan

Sabtu, Nurul telah sudi keluar menemani saya mencari barang keperluan. Maka keluarlah kami berdua ke Mid Valley. Itu sahaja yang paling hampir dengan rumah dan paling mudah dek adanya pengangkutan awam.

Teringat ketika zaman belajar di ASASI UM dulu, rakan-rakan sebilik saya akan sibuk bersiap-siap ke Mid Valley usai kelas petang Jumaat. Bukan mereka tidak pernah mempelawa saya, tapi saya sendiri yang tidak minat dan 'takut' untuk ke sana. Entah apa yang ditakuti pun saya tak pasti. Seingat saya, hanya sekali saya ke sana sewaktu ASASI: dengan Nurul jugalah, membeli telefon bimbit menggantikan yang amat usang waktu itu.

Empat tahun lagi pengajian ijazah di UM, saya tidak pernah teringin untuk ke Mid Valley samada membeli barang keperluan atau saja-saja berjalan. Saya sangat selesa membeli keperluan di dalam kampus dan menghabiskan cuti hujung minggu saya di bilik atau pulang ke kampung. Nama kata untuk jejak tempat itu, memang tak!
Hanya di tahun ke-3 dan ke-4 barulah saya berani-berani mengikut Fadh dan kawan-kawan lain ke sana. Itu pun mesti berkepit dengan mereka, atau saya akan kesesatan di dalam bangunan besar itu. Sungguh saya terlalu 'kolot' untuk ke tempat yang ramai orang seperti itu. Bikin kepala pening~
Pernah seorang rakan mengusik:

"Dhiya ni kalau nak kenakan dia senang je, hantarkan aje ke Mid Valley. Mesti dia tak pandai cari jalan balik" - Kejam ok~

Oh itu bertahun dahulu. Kini walaupun masih tak pernah teringin untuk saja-saja ke sana, paling tidak saya ingat sedikit-sedikit navigasi kedai dan lokasi saya. Tapi maaflah, kebarangkalian sesat masih ada (kut).

Benar. Mid Valley megah tanpa kenangan!

Isu kasut

Inilah pencarian saya sebenarnya. Secara peribadinya, ini adalah isu sukar dalam hidup saya. Mencari kasut yang selesa, dan tahan lama serta berpatutan harganya agak rumit pada saya. Selalunya elemen pertama dan kedua memang senang didapati, tetapi elemen ketiga pasti terkorban.

Saya perlukan kasut yang menepati ketiga-tiga elemen itu kerana saya mengalami sedikit masalah pada kaki saya. Tapi itu bukanlah penghalang hidup saya sangat. Syukurlah masih ada kaki~ Kelak saya mampu nanti, saya pasti merujuknya dengan mana-mana perunding ortopedik. Insya Allah.

Kasihan Nurul. Lama juga dia menunggu saya memilih kasut tanpa berbuat apa-apa. Cadangnya ini, saya menolak. Cadangnya itu, saya menolak juga. Menolak bukan apa, ada yang berpatutan tetapi tidak selesa. Ada yang selesa bagai berjalan di atas angin, tapi harganya melepasi bajet peribadi. Aduh!

Tiada keputusan

Akhirnya apa? Akhirnya tiada keputusan dibuat. Tiada yang berkenan di hati, tiada yang berkenan di kaki. Begitulah susah dan cerewetnya saya. Bukan untuk cantik semata-mata, apa yang lebih penting keselesaan dan kesihatan kaki saya. Jenuh juga mahu mengumpul dana untuk berjumpa doktor sambil berperang dengan masa! Lebih baik jaga kesihatan dulu. (^^)

Tiada keputusan bukan ertinya saya kecewa. Kami berdua seronok di bahagian alat tulis di Jusco. Masing-masing dengan minat dan misi masing-masing. Ehe. Itu biar simpan jadi rahsia dulu. Belum masanya lagi untuk diuar-uarkan. Kelak ada keputusannya, kami berdua akan keluar dengan hasilnya. Doakan.

p/s: Nurul, bila nak mula nih? Huhu!

No comments