Bahasa Cermin Diri


Tahukah kita bahawa Oktober adalah Bulan Bahasa Kebangsaan?

Betul, Oktober sudah berada di hujungnya. Detik itu akan datang dan pergi. Pokoknya, sejauh mana kita menghayati dan menyantuni Bahasa Malaysia (BM) sebagai Bahasa Kebangsaan?

Beberapa hari lepas, saya tertarik dengan kempen seorang pembaca berita di hujung siarannya yang menyeru rakyat menggunakan BM 'sempurna' terutamanya dalam perbualan di dalam SMS dan laman sosial. Mesejnya ringkas, masanya memang kena. Cuma terserah untuk kita menilai akan apa tujuan iklan tersebut.

Hari ini mudah sekali kita ditemukan dengan pengguna-pengguna laman sosial (seperti Facebook dan Blog) yang mencampur adukkan bahasa (BM + bahasa asing + dialek) tanpa menghormati nilai makna dan tatabahasanya. Ya, memang tidak dinafikan bahasa percakapan lebih mudah difahami berbanding bahasa penulisan. Tapi itu tidak bermakna bahasa percakapan boleh menjadi bahasa penulisan.
Apa guna guru-guru BM mengajar subjek itu kalau anak-anak murid masih berblog menggunakan bahasa rojak?

Sungguh, saya terpaksa membaca petikan di atas berkali-kali untuk memahami maksudnya.

Pengalaman mengajar setahun yang lalu benar-benar mendekatkan saya dengan generasi kontemporari, moden dan muda ini. Biarpun sekolah itu terletak di sebuah desa kecil, namun kerajaan negeri telah mengiktiraf sekolah tersebut sebagai sekolah terbaik di daerah itu atas pencapaian akademiknya.
Saya pernah terbaca sebuah karangan olahan pelajar tingkatan 3 sekolah tersebut. Aduh! Bahasa sempurna dan sangat matang. Apabila ditanya apa yang menjadikan karangannya sebaik itu, dia menjawab- "Emak saya belikan saya bahan bacaan lebih dari barang mainan."

**************************
Saya sendiri pun bukanlah seorang blogger dan penulis yang konstan dengan BM. Tetapi saya selalu berpegang pada prinsip 'buat yang terbaik'. Apabila menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, saya sangat mementingkan kesempurnaan strukur ayat dan tatabahasanya. (terkadang salah juga~) Apabila dua aspek ini terjaga, saya yakin mesej yang ingin disampaikan akan dapat difahami dengan tepat.

Sempena Oktober Bulan Bahasa Kebangsan dan bulan-bulan seterusnya, marilah kita menulis dan berkarya menggunakan BM (Atau Bahasa Inggeris) yang betul, bukan yang bercampur aduk antara bahasa. Kasihan guru BM kita di sekolah dahulu!

p/s: Siapa nama guru BM anda sewaktu di sekolah dahulu?- Cikgu Othman, Cikgu Haza dan Cikgu Wan serta Cikgu Norhizan.

Sabtu Bekerja


Bismillah

Masih adakah pembaca blog Dari Diri Dhiya ini?

Maaflah. Minggu ini agak sibuk. Bukan setakat perlu banyak belajar, tetapi sudah mula diberikan tugas-tugas 'hebat'. Insya Allah, Dia memberi atas kemampuan saya. Insya Allah.

Khamis lepas saya berada di pejabat hingga jam 9.30 malam, meeting punya hal. Oh Allah saja yang tahu betapa susah hati dan gelisahnya saya ketika itu. Mujurlah semuanya baik hati dan prihatin hingga ada yang menawarkan diri untuk menghantar saya pulang. Terima kasih, kalian!

Lebih istimewa, hari ini- Sabtu adalah Sabtu Saya Bekerja (SSB). Jadi atmosfera ketika keluar pejabat pada hari Jumaat semalam tidaklah segah mana kerana saya tahu, saya masih ada satu hari yang perlu hadir ke pejabat. (TT)

Sabtu Saya Bekerja (SSB)

Insya Allah bermula dari minggu ini dan seterusnya, pengunjung Dari Diri Dhiya akan terbiasa dengan terma di atas. Saya akan lebih kerap menulisnya daripada menulis kerinduan saya terhadap Baby-K dan Elis. Betul, tak tipu. (-.-)

Saya ke pejabat seperti biasa hari ini. Suasana agak tenang kerana tak ramai orang. Mungkin juga Sabtu begitu sinonim dengan suasana rehat dan santai serta TIDAK BEKERJA. Erm, patutlah sunyi. Saya sahaja yang bekerja. (Itulah yang 'mengejek-ejek' saya sepanjang perjalanan tadi agaknya~)

Di pejabat, saya sambung semua kerja-kerja yang tersadai semalam. Sungguh penuh bersemangat walaupun ruang yang luas itu hanya dihuni oleh 2-3 orang yang senasib dengan saya. Tolong kesian.
Tetapi saya tidaklah sedih sangat. Optimis masih ada. Kerja itu mungkin satu ALAT untuk mencapai MATLAMAT. Daripada ia kering dan layu hanya semata-mata sebagai alat, saya dengan berlapang dada menjadikannya juga sebagai sebahagian daripada IBADAT. Itu lebih menguntungkan, Insya Allah. Sifirnya mudah: Perlu ada IKHLAS. Itulah yang saya ulang setiap hari ketika menyusun langkah ke tempat kerja. Doakan semoga kita semua istiqamah dalam menjalankan tugas. Insya Allah.

Jam 12.30, saya bersama Kak Ru ke auditorium. Ada satu kos yang berlalu sebelumnya, meninggalkan banyak makanan menu tengahari. Kalau yang berdaftar untuk hadir seramai 30 orang tetapi yang tunjuk muka hanya 12 orang, haruslah kami yang menghabiskan makanan tu! (ha, buat muka lapar~)
Syukurlah. Tak cukup makan di situ, Kak Ru dengan baik hatinya tapaukan untuk saya. Katanya kesian Dhiya. Duduk sendiri sangat tak berbaloi untuk memasak. Maka dapatlah saya satu set menu hebat itu. Alhamdulillah. Terima kasih, Allah!

Tepat jam 1 petang, loceng pulang sudah berbunyi. Saya tak akan berkompromi dengan masa. Saya tutup semua fail dan komputer, terus ke surau untuk solat Zuhur. Usai solat, saya terus menapak pulang. Ok, tamat kerja minggu ini!

Tren Saya Terlajak !

Itu memang disengajakan. Saya sengaja memilih untuk ke destinasi membeli-belah yang satu itu untuk mencari sesuatu untuk Emak, Abah dan Akak.
Seronok juga sekali sekala 'terlepas tali' seperti ini. Senang rasanya hati untuk singgah di mana-mana kedai yang dirasakan menarik. (^^).
Untuk Emak dan Akak, saya belikan kesukaan mereka. Untuk Abah pula tak ketemu. Maka saya berjanji pada diri yang Abah akan dapat bahagiannya apabila saya pulang nanti. Untuk saya? Oh. Mestilah. Saya berjaya menggoda kakak kedai tu untuk menjual dua pasang blaus dengan harga yang sangat tak boleh diterima akal. Saya tak bersalah. Itu semua skil tawar menawar yang menjanjikan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak. Hehe

Masuk Asar, saya sudah kepenatan. Kaki mula melangkah pulang. Itu pun saya maklum yang ada Pesta Buku Islam di Stesen Sentral. Ulat buku Dhiya memang sudah luak buku. Perlu stok-stok baru. Tetapi saya sudah tak larat lagi untuk menapak. Kalau ada rezeki, adalah peluang saya ke sana nanti. Oh ya, untuk yang berminat boleh ke sana berpandukan maklumat di bawah:

EKSPO BUKU ISLAM

Tarikh : 26 Oktober- 1 November 2011
Masa : 9.00 pagi- 9.00 malam
Tempat : Tingkat 2, Stesen Sentral Kuala Lumpur (berhadapan eskalator)

Antara aktiviti yang dijalankan:
1. Jualan buku dengan rakan majalah rasmi Anis, Asuh dan Solusi- diskaun hingga 50%*
2. Pelancaran buku
3. Kuiz Trivia
4. Pertandingan mewarna

* untuk buku-buku terpilih sahaja.

Tiba di rumah, saya tak terus duduk. Selesai solat Asar, rumah perlu dikemas serta baju perlu dibasuh. Sakit sungguh mata melihat mana-mana yang pincang di dalam rumah ini. Bercakaplah saya seorang diri ditemani televisyen comel itu. Tak apalah. Saya gembira begini. Makan malam saya awal. Lauk yang Kak Ru bekalkan saya panaskan dan selesai sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang.

Malamnya lebih santai. Saya malas tengok rancangan 22 orang berebut sebiji bola yang bulat itu. Saya yang penat.
Lebih baik saya menulis dan penuhi minat saya yang hanya ada ruang seminggu sekali ini. Maka terhasillah sebuah jalan kisah hidup seorang Dhiya yang bekerja di hari Sabtunya!

Berhentilah dulu. Masa untuk berehat. Esok saya menulis lagi. Janji!

p/s: Lepas gian menulis.

Entri Lambat

22 Oktober 2011

Alhamdulillah.

Berpeluang juga balik ke rumah. Asal perancangan memang begitulah. Tetapi semua itu agak melencong sedikit apabila ada yang minta saya hadir untuk urusan Sabtu. Namun di hujung-hujung detik petang Jumaat tu, akhirnya beliau mengubah keputusan. Maknanya saya tak perlu bekerja hari Sabtu. Apa lagi... Baliklah!

Pagi-pagi Sabtu, saya sudah keluar mengejar bas paling awal. Apa boleh buat. Sejak kebelakangan ini saya sangat berkira tentang masa apatah lagi masa yang diperuntukkan untuk keluarga. Syukurnya kerana tak ramai yang beratur membeli tiket. Saya sempat mengejar bas jam 9 pagi. Emak dan abah segera dimaklum- Anakanda pulang ke desa!

Tiba saja, abah dan emak sudah menunggu. Kami tak terus pulang ke rumah. Saya dibawa ke jemputan kenduri kahwin salah seorang pegawai di kejiranan kami. Oh berat juga hati untuk hadir kerana saya tidak berbaju kurung. Tapi untunglah baju itu masih dikatakan 'manis' dipandang. Itu pun masih menjadi perhatian mata-mata yang pelik akan saya yang (mungkin) dikatakan tak tahu adat~ (><)

Apa aktiviti saya di rumah- Itu tidak penting. Apa yang bernilai adalah bilamana kita diraikan dan dihargai. Emak dan akak (serta saya juga) sudah pastinya menjadi lady di dapur memasak yang sedap-sedap untuk saya. Abah pula banyak ceritanya. Begitu juga saya. Kata emak, saya macam tak pernah penat bercakap, sejak kecil lagi. Tak menang nak cerita semua perkara. Kadang-kadang belum habis satu topik, sudah beralih ke topik lain. Oh!

Yang pasti, walaupun saya hanya pulang untuk sehari semalam, banyak perkara yang saya kecapi. Tenang dapat berjumpa keluarga (tak mahu huraikan lebih. Boleh jadi menitis air mata.) serta dapat berehat di desa di samping melihat keletah anakanda-anakanda bertiga.

Benarlah. Jauh itu mendekatkan!

p/s: Pulang petang Ahad dengan adegan seperti biasa. Uwa!

Ehem!


Wah. Blog kebiru-biruan ini sudah bertukar warna menjadi kelabu pucat lesu. Seminggu saya tidak menulis gara-gara rutin hidup yang sedikit berubah. Ada pertambahan komitmen yang berkadar silang ( inversely proportional) dengan peruntukan masa.

Ok ok saya tahu ada yang rindu penulisan saya. (Kenapa begitu perasan, Dhiya?) Tapi ketahuilah saya lebih-lebih lagi merindui rakan-rakan pembaca dan minat menulis saya ini. Setiap hari (bekerja), saya hanya akan tiba ke rumah jam 6 petang. Itu pun kalau tak ada kerja yang tertunggak.
Minggu ini sahaja ada beberapa kali yang saya perlu berada lebih lama di pejabat. Makan pun dijamakkan sahaja~

Masa semakin singkatkah?

Tidak. Ia kekal 24 jam sehari sejak dahulu lagi. Bezanya adalah bagaimana kita mengurus masa (baca= mengurus nyawa) kita. Saya akui saya juga bukanlah seorang yang sempurna dari aspek yang satu ini. Justeru marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita pada nilai masa.

الوقت كا السيوف في القطع
Masa itu ibarat pedang. Ia boleh memotongmu!

Masih banyak yang saya tak sempat laksanakan. Ibadah pun terasa kurang dan tiris di mana-mana. Aduh! Ya, pengurusan masa saya masih di peringkat saya-budak-baru-belajar. Semoga ada peningkatan seiring dengan usia. Amin.

Setahun berlalu, saya masih gagal untuk menafikan dunia belajar memang yang paling menggembirakan berbanding dunia realiti yang sedang saya hadapi kini. Saya masih menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian. Bukan sekarang, tapi nanti. Peluang yang ada sekarang terpaksa dipinggirkan dahulu memandangkan saya ada fokus jangka masa pendek yang perlu diutamakan.
Mohon doa dari semua agar jalan juang saya dimudahkan urusannya. Amin.

Cukup dulu untuk sekarang. Jam berdetik saat demi saat hingga saya tak sedar sudah lewat pagi. Esok mesti bangun awal, saya mahu pulang ke desa!

p/s: Nak tulis panjang-panjang lagi!

17 Oktober 2011


Alhamdulillah

Hari pertama. Semuanya baik-baik belaka.

Rasanya elok kalau hal kerja merja saya disimpan sebagai hal diri. Tak perlu ditulis teliti dan mendalam di sini. (^^) Semua perkara ada cabarannya sendiri. Susah payah, suka duka itu semua adatlah.

Mohon doa semua agar ini yang terbaik.

Memetik kata seorang teman:

" Harap-harap ini yang terbaik untuk Dhiya. Ha, kumpul duit elok-elok. Cukup tahun nikah, tau! " - Ish la~! ( Tengok...Dah blushing!)

p/s: Masih gementar dengan tugas

Kota Mega


Assalamualaikum...

Saya telah berada di Kuala Lumpur sejak Khamis lagi. Lama sungguh cuti rehat saya. Ewah~! Terasa kekok pula memijak bumi penuh sesak ini.

Mid Valley tanpa kenangan

Sabtu, Nurul telah sudi keluar menemani saya mencari barang keperluan. Maka keluarlah kami berdua ke Mid Valley. Itu sahaja yang paling hampir dengan rumah dan paling mudah dek adanya pengangkutan awam.

Teringat ketika zaman belajar di ASASI UM dulu, rakan-rakan sebilik saya akan sibuk bersiap-siap ke Mid Valley usai kelas petang Jumaat. Bukan mereka tidak pernah mempelawa saya, tapi saya sendiri yang tidak minat dan 'takut' untuk ke sana. Entah apa yang ditakuti pun saya tak pasti. Seingat saya, hanya sekali saya ke sana sewaktu ASASI: dengan Nurul jugalah, membeli telefon bimbit menggantikan yang amat usang waktu itu.

Empat tahun lagi pengajian ijazah di UM, saya tidak pernah teringin untuk ke Mid Valley samada membeli barang keperluan atau saja-saja berjalan. Saya sangat selesa membeli keperluan di dalam kampus dan menghabiskan cuti hujung minggu saya di bilik atau pulang ke kampung. Nama kata untuk jejak tempat itu, memang tak!
Hanya di tahun ke-3 dan ke-4 barulah saya berani-berani mengikut Fadh dan kawan-kawan lain ke sana. Itu pun mesti berkepit dengan mereka, atau saya akan kesesatan di dalam bangunan besar itu. Sungguh saya terlalu 'kolot' untuk ke tempat yang ramai orang seperti itu. Bikin kepala pening~
Pernah seorang rakan mengusik:

"Dhiya ni kalau nak kenakan dia senang je, hantarkan aje ke Mid Valley. Mesti dia tak pandai cari jalan balik" - Kejam ok~

Oh itu bertahun dahulu. Kini walaupun masih tak pernah teringin untuk saja-saja ke sana, paling tidak saya ingat sedikit-sedikit navigasi kedai dan lokasi saya. Tapi maaflah, kebarangkalian sesat masih ada (kut).

Benar. Mid Valley megah tanpa kenangan!

Isu kasut

Inilah pencarian saya sebenarnya. Secara peribadinya, ini adalah isu sukar dalam hidup saya. Mencari kasut yang selesa, dan tahan lama serta berpatutan harganya agak rumit pada saya. Selalunya elemen pertama dan kedua memang senang didapati, tetapi elemen ketiga pasti terkorban.

Saya perlukan kasut yang menepati ketiga-tiga elemen itu kerana saya mengalami sedikit masalah pada kaki saya. Tapi itu bukanlah penghalang hidup saya sangat. Syukurlah masih ada kaki~ Kelak saya mampu nanti, saya pasti merujuknya dengan mana-mana perunding ortopedik. Insya Allah.

Kasihan Nurul. Lama juga dia menunggu saya memilih kasut tanpa berbuat apa-apa. Cadangnya ini, saya menolak. Cadangnya itu, saya menolak juga. Menolak bukan apa, ada yang berpatutan tetapi tidak selesa. Ada yang selesa bagai berjalan di atas angin, tapi harganya melepasi bajet peribadi. Aduh!

Tiada keputusan

Akhirnya apa? Akhirnya tiada keputusan dibuat. Tiada yang berkenan di hati, tiada yang berkenan di kaki. Begitulah susah dan cerewetnya saya. Bukan untuk cantik semata-mata, apa yang lebih penting keselesaan dan kesihatan kaki saya. Jenuh juga mahu mengumpul dana untuk berjumpa doktor sambil berperang dengan masa! Lebih baik jaga kesihatan dulu. (^^)

Tiada keputusan bukan ertinya saya kecewa. Kami berdua seronok di bahagian alat tulis di Jusco. Masing-masing dengan minat dan misi masing-masing. Ehe. Itu biar simpan jadi rahsia dulu. Belum masanya lagi untuk diuar-uarkan. Kelak ada keputusannya, kami berdua akan keluar dengan hasilnya. Doakan.

p/s: Nurul, bila nak mula nih? Huhu!

Ahad Dhiya


Ahad di kota mega sangat klise. Suasananya sunyi, tenang dan terasa aman. Semuanya dek kerana mind set seluruh warganya berkata bahawa Ahad adalah hari untuk berehat. Saya sendiri pun bermalas-malas di rumah. Huu!

Esok mula kerja!

Sebetulnya saya sangat gementar. Suasana tempat kerja baru, tugas baru, serta rakan sekerja baru semuanya merisaukan. Tapi Insya Allah, semuanya akan baik-baik sahaja. Allah Maha Membantu! Membina motivasi gemilang memang payah. Perlu ada inspirasi dan semangat sebagai pemangkin. Mujurlah doa emak dan abah sentiasa di sisi. Apa pun, saya akan mula bekerja esok!

Misi diteruskan

Masih ingat misi mencari kasut yang saya ceritakan sebelum ini? Hu. Biarlah kasut murah pun. Asal nampak elok dan selesa, saya perlu membelinya. Perlu!

Pencarian diteruskan petangnya hingga ke Jusco kegemaran saya. Nasib badanlah~ Dah tumpang ada di kota mega ni, pastilah seluruh pelosok kota saya jelajah. Terima kasih Elis, Baby-K masih di desa. Kelak Baby-K kembali, kamu pasti akan gembira.

Akhirnya, - Apa yang dicari kedapatan juga. Nautifit saiz saya. Alhamdulillah. Setakat yang dicuba, rasanya selesa. Insya Allah tahan lama walaupun harganya agak tinggi. (Selalunya begitulah). Barang mahal wajarnya ada kualiti. Biarlah melabur sikit. Kata orang, alah membeli, menang memakai~

Malamnya, semua sudah sedia. Tidur perlu lena. Apa yang hadir esok, itulah tugas dan tanggungjawab saya.

Doakan!

p/s: (^^)

Relaks sekejap~


Jom rehatkan mata~ Maklumlah, seharian tak terkawal di Mid Valley. (Tunggu cerita nanti.) Melihat telatah manusia. Mungkin boleh dibuat tauladan.


Bagus juga gambar ni. Tapi awas, sesiapa yang pening boleh baca entri saya yang lain.

p/s: Terjumpa di fb. Pinjam lah~

Ke Bandar


Selasa, 11 Oktober 2011

Sudah dua hari saya berjanji dengan Ani, kawan baik saya yang seorang ini untuk dia temankan saya ke bandar. Usai solat Zuhur, saya bersama Biha Babana anak saudara yang comel itu memandu Baby-K ke rumahnya dan kami terus ke bandar.
Bersembang dengan Ani buat saya tak sedar jalan-jalan kampung yang saya lewati untuk ke bandar. Tahu-tahu saja sudah sampai ke destinasi. (Kamu ingat ini cerita magika ke, Dhiya?)

Ani ini tinggal sekampung dengan saya. Walaupun rumah kami agak jauh, tapi kami bersekolah di sekolah rendah yang sama. Kami rapat sejak di Tahun 1 persekolahan. Dia sangat baik dan lemah lembut, seperti ibunya. Biarpun kami terpisah apabila menginjak ke sekolah menengah, tapi kami tetap rapat seperti sebelumnya. Kalau musim cuti persekolahan, Anilah yang saya hubungi untuk kami berjumpa dan bertukar cerita. Inilah namanya sahabat, bukan sekadar kawan. Ajaib, sukar diterjemahkan!

Di bandar, saya uruskan segala urusan yang perlu. Kalau boleh tak mahu buat kerja dua kali. Iyalah, bandar itu memang dekat. Tapi untuk ulang-alik atas perkara-perkara kecil, itu bukan saya.
Siap urusan di kedai gambar, Biha sudah merengek-rengek mahukan sate. Uh. Tahu-tahu saja hari Selasa ada pasar tani. Hampir 3-4 bulan juga saya tak ke sana. Tanpa lengah, kami ke sana. Sate punya hal~

Pasar Tani

" Akak, saya nak sate sepuluh ringgit ya. " Saya bersuara sambil mengusap kepala Biha.
" Adik, sepuluh ringgit dah tak dapat 20 cucuk sate ye. Sekarang dah jatuh enam puluh sen secucuk. " Kakak itu menerangkan.
" Oh ye ke? Sejak bila naik harga ni? "
" Baru minggu ni, dik. Ayam mahal. "
" Hm, tak pe lah akak. Saya nak sepuluh ringgit. "

Tangkas saja tangan kakak itu menyiapkannya untuk saya.

" Mintak maaf ye dik, akak terpaksa jual enam puluh sen. Tak boleh elak. " Katanya seperti kecewa.
" Eh tak apa kak. Adat berniaga begitulah. Tak apa. Akak jangan bimbang, sate akak tetap sedap~ "

Wang dan sate bertukar tangan. Dapatlah saya sate idaman Biha dengan harga yang lebih tinggi daripada biasa. Tak apalah. Sekurang-kurangnya kakak itu bersikap jujur. Saya kagum dengannya~

Kami teruskan berjalan. Biha berhenti di satu gerai air. Saya arif benar perangainya. Dengan saya, dia tak berani meminta apa-apa melainkan jika ditanya. Tapi tindakannya itu saya faham apa ertinya.

" Biha nak air? "

Biha mengangguk comel. Saya tak boleh menolak hasratnya. Sebab dia memang comel!
Biha menalakan telunjuknya ke arah air yang dia mahu. Saya pun meminta air itu dan menghulurkan wang kertas RM1.

" Er, akak. Air ni seringgit setengah. " Adik yang menjual tu bersuara. Masam mencuka.

Ewah. Sombong ya? Saya terkejut. Sangat terkejut. Air biasa dalam bekas cawan plastik saiz biasa harganya RM1.50. Ini betul-betul buat saya baran. Tapi nak buat macam mana. Saya berikan dia lagi sehelai wang kertas RM1.

" Eh, baru 3-4 bulan saya tak ke sini, air minuman dah naik harga ye? " Lantang pun lantanglah. Janji saya berterus terang.

Tiba-tiba adik tu di'siku' oleh kakaknya (mungkin) di sebelah. Katanya membetulkan air itu harganya cuma seringgit, bukan seringgit setengah. Dia memulangkan kembali baki wang saya dan meminta maaf sambil tersenyum. Okey selesai. Saya gembira.

" Lain kali hati-hati, dik. Kalau awak tak betulkan tadi, fikirlah berapa ramai pelanggan yang teraniaya. "

Saya terus ke belakang. Tinggallah dua beradik penjual air itu merenung dan menginsafi khilaf itu. Small matter, girls. You are not doing wrong but you are learning!

Ani? Ani menghilang. Dari jauh kelihatan dia menjinjit banyak beg plastik. Cis. Dia membeli belah lebih daripada saya~

KFC

Lepas ni dah tak tahu bila akan jumpa Ani lagi. Masing-masing akan terikat dengan haluan sendiri. Jadi saya bawa Ani ke KFC dan saya raikan dia di sana. Saya gembira melihat kami semua gembira. Walaupun bukanlah makan menu yang mahal-mahal pun, tapi saya gembira kerana dapat menggembirakan Ani dan Biha juga.

************
Sudah pukul 5 petang. Abah sudah dua kali menelefon dek anak daranya tak balik-balik 'merayap' ke bandar. Uhu! Maaf abah. Inilah namanya girls' day out meraikan kembalinya saya kelak ke Kota Mega sebagai seorang wanita berkerjaya. Heh!

Untuk Ani (dan Biha), terima kasih kerana sudi menemani saya. Ada rezeki, kita jumpa lagi. Maaf salah dan silap di mana-mana isi percakapan dan perbuatan.

p/s: Oh! Banyak lagi cerita!

Meraikan 200 entri


Semua orang, tolong ucapkan tahniah pada saya. (Dhiya, tamaknya kamu!)

Alhamdulillah. Saya sedang menulis entri yang ke 200 dalam Dari Diri Dhiya. Mungkin sedikit pada hitungan orang lain. Tapi inilah kegembiraan saya.

Bukan nama atau drama yang ingin saya cipta dalam lapangan ini. Saya sekadar menulis atas nama minat dan bakat. Percaya atau tidak, tak semua orang ada bakat menulis. Saya sendiri pun bukanlah minat sangat menenun ayat sempurna sebelum ini, tetapi setelah diasah dan dibelasah teruk oleh guru Bahasa Melayu saya ketika di sekolah menengah dahulu: Cikgu Wan dan Cikgu Norhizan, jadi adalah usaha untuk menyayangi bahasa ibunda ini. Rindu cikgu berdua!

Di entri yang ke 200 ini, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti rakan-rakan pembaca terutamanya blogger yang sangat menyokong antara satu sama lain. Tanpa pembaca, pasti saya tak punya semangat untuk menulis. Memang perhatian dari orang lain bukanlah matlamat utama, tetapi tetap ada baiknya kerana dengan itu, kita sedang membina jiwa dan motivasi.

Minggu depan saya akan kembali berjuang lagi. Harapnya kali ini yang paling ampuh untuk saya meneruskan hidup. Dari Diri Dhiya juga semoga tak terpinggir sepi lagi. Sibuk itu kadang-kadang membawa kita jauh dari beberapa elemen khususnya yang kurang prioriti seperti berblog ini. Tapi saya tetap berjanji, Dari Diri Dhiya akan saya sayangi setiap detik. Saya pasti akan menulis!

200 entri itu sedikit, tapi ia sentiasa bertambah dan tak pernah berkurang. Saya tanpa henti menulis, tapi tak pernah memadamkan walau satu coretan pengalaman saya di sini. Kerana itu, kelak Dari Diri Dhiya akan 'dewasa' juga.

p/s: Terima kasih kerana membaca.

9.10.11


Sembilan Sepuluh Sebelas. Sembilan Oktober, 2011.

Hari ini hari Ahad. Hari malas sedunia. Hari boleh bangun lambat sambil mak dan abah akan bebel panjang-panjang. Hehu!

Walaupun tak banyak aktiviti yang dilakukan, tapi saya gembira dengan orang-orang tersayang. Sakit kepala melayan orang emo dan ego terubat apabila dapat senyum dan ketawa bersama mereka terutamanya adik Biha Babana. Ni yang buat tak nak balik KL nih! (Bos, saya nak tukar ke cawangan Temerloh, ada?) - ok, mengada.

Ahad saya dihabiskan dengan membaca dan meraikan hobi baru saya ini. Maaf saya bukan seorang yang minat menonton tv sangat. Maka saya sikit pun tak heran bilamana akak melanggan Astro yang punya rancangan berderet-deret tu sambil alat kawalan jauh tu jenuh direbut seisi rumah. Sungguh. Saya tak kisah!

Di saat panas-panas begini, saya teringin betul nak makan ais krim. Ada yang nak datang dan bawakan ais krim tak? Tolonglah! Uhu. Terperap di dalam bilik sambil menghabiskan bacaan adalah satu kepuasan dalam hidup saya. Terbaru, saya sudah beli Solusi isu 36. Walaupun lambat seminggu, tapi saya tak kisah. Asal ada bahan, saya akan duduk diam dan tak kacau orang. Cuba kalau tak ada buku: Mesti hidup tak terkawal.

Esok Isnin. Banyak isu yang kena diselesaikan. Selasa saya nak ke bandar dengan Cik Ani. Girls' day out kononnya. Kita tengoklah nanti apa yang out nya~ Hek!

Tepat 10 malam. Hidup kena ada disiplin dan rutin. Dah, pergi tidur!

p/s Penat menangis. Bencilah. Bencilah sepuas hati!

Malam minggu


Masih dalam mod bercuti. Uh.

Malam yang sungguh biasa-biasa, tetapi amat berharga.
Tapi saya tak boleh berlama-lama di dalam zon selesa ini. Ada 'perang' besar yang sedang menanti di sana.

Saya tak nampak bila lagi saya akan bercuti lama macamni. Mungkin. Mungkin cuti kawen kut~ Eh.

Untuk yang menanti di Kota Mega, harap bersabar. Lambat laun saya akan pulang juga. Sila sediakan semuanya di sana ok. Dan ya, saya sangat merindui Elis yang pasti semakin hitam berdebu dek kurangnya perhatian. Saya tahu itu.

Malam minggu yang tenang. Tapi tolong jangan cari gaduh dengan saya. Soal siang malam pun jadi isu untuk bergaduh. Kelakar pun ada. Sakit jiwa pun ada. Grr! (Nurul! Waaaa!!!)

p/s: (^^)

Ya, Itu saya!

Baru selesai menjalani ujian personaliti. Ini baru sebahagian. Banyak lagi yang menunggu. Huu!

Bagus juga. Dengan mengetahui personaliti sendiri, kita boleh memperbaiki kekurangan dan meningkatkan nilai dan prestasi serta keyakinan diri. Langkah terbaik untuk membitarakan diri adalah melalui muhasabah- menghitung diri. Kekurangan yang ada diperbaiki, dan potensi yang ada harus dioptimumkan implementasinya.

p/s: Motivasi diri.
Er, tapi saya memang agak gagal dalam berfesyen. Saya senang berbaju kurung sambil cukup dengan sedikit bedak nipis di wajah. Nurul pasti tahu saya bagaimana. Berani dia calit apa-apa di muka saya? Ya, dia berani. Tapi selalunya perlu bersilat keliling bilik dulu. Aha!

Plat apa selepas WYY 9999?


Baby-K saya perlukan adik. Eh.

Beberapa ketika di kota mega, saya dapati peningkatan kenderaan di jalanraya adalah selari dengan meningkatnya abjad pada plat kenderaan. Kalau tak silap sebelum saya bercuti dulu, Kuala Lumpur sudah mencecah WVU. Dalam tempoh dua minggu sahaja, tadi saya berselisih dengan sebuah Perodua Viva bernombor pendaftaran WVV. Ramainya orang beli kereta ye~

Mengikut satu sumber, nombor plat kenderaan berhuruf WYY 9999 dijangka boleh dilihat di jalan raya pada penghujung 2013. Tapi apakah huruf plat seterusnya? Nombor plat kenderaan Kuala Lumpur dikatakan akan mengalami perubahan pantas ke nombor seterusnya dalam tujuh hingga lapan hari sahaja.
Tanda tanya huruf apa selepas WYY kini masih dalam pertimbangan JPJ.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Nadzri Osman berkata, perubahan plat huruf berkenaan yang biasanya memakan masa paling tidak dua minggu ke nombor seterusnya, kini semakin pantas ekoran penggunaan kenderaan yang semakin meningkat.

Apa yang anda bayangkan? Saya membayangkan WYY 9999 seterusnya akan disusuli oleh WAA 9999 A. Tak mustahil kan?

Er. Adik Baby-K mungkin WBA 9999 Y kut. Pakai dulu yang ada ni. Alang-alang kalau nak angkut yang baru, saya akan pastikan ianya yang paling puas hati dan boleh balik Temerloh macam naik jet. Tak payah nangis-nangis lagi lalu Lebuhraya Karak tu. Uhu!

p/s: Saya sayang Baby-K dan Elis gemok debab. Er...jom Golf lah.

Buddy's Convocation Day


6 October 2011.

Today is Azly's convocation day. He is my buddy during his first year life in Biomed University of Malaya. The buddy system is one of the tradition in the department uniquely initiated not by the Biomed admin, but it's our own student initiative.

I still remember, they (first year students at that time) were distributed randomly among the second year seniors (my batch) and I was at first felt quite sad as I get a guy buddy. For me, it's seems to be difficult to communicate and to pass all the notes. I do believe that a guy (whoever as long as they are guys) can't take good care of my stuffs- books and notes and they don't have motivations to study. Yes, I was so cruel at that time. Azly was my victim of a stupid and narrowed thinking discrimination. Pity you, boy!

However, I still give him all my notes and particular books as he showed his interest towards this course. He keep on sms and calling me if he has any inquiries regarding the studies. I was not so excellent in my study too at that time, however I started to built up my own motivations and good role model as well as to study hard in order to help him.

On the first semester, during our semester break after examination, he was calling me telling that his result was too bad until he was put under observations by the department. I felt sorry and what can I do was to motivate and advice him. He started his first journey with a quite bad steps. But I strongly believe that he can wake up and do better for the next semesters.

Since that, I can see he works very hard. He never stop asking me about the books, notes and all the tips about the subjects taken. I know he's 'cedoking' (what a term, Dhiya!) my experience to be used in his life! But it's not a big problem for me. I was willingly give everything he need as he shows his passion and hardworking. My first impressions to him years ago were totally delpeted. Ii was wrong. He's not the one that I thought.

Now after four years of his study, he told me a surprise: He's the only Malay guy who managed to get >3.00 pointer in the course. It's amazing. He used to fail and felt demotivated in his study before. After a while he's a high achiever and today is the day to celebrate it! Well done, bro! You did it!

Now we know, : It is not how deep you fall, but how high you bounce back!

However, I felt very disappointed as I couldn't attend his convocation day. I did realize the day but I really couldn't make it since I am currently not in Kuala Lumpur. His session will be this evening and hopefully he will be happy with the celebration of the achievement. I'm pretty sure that he still got his colleagues and families to celebrate him. It's still okay if I'm not around. But I'll try my best to hand in my present to him later. Promise.

Dear Azly, Congratulations!

p/s: I need my second convocation!

Sibuk


Ok, dah mula sibuk sekarang ni.

Harinya semakin hampir, tapi tak ada satu pun persiapan besar yang dibuat. Semuanya biasa-biasa saja. Tapi kan, tak dinafikan gemuruh ada, gembira ada, tak kurang juga sedikit dukacita!
Ya, saya akan kembali ke kota mega sebagai seorang yang bersemangat baru!

Banyak isu yang terbincang tadi. Dari hal kerja hinggalah cadangan yang satu itu. Insya Allah stabil semuanya nanti, saya berhajat untuk mencari sedikit zon selesa untuk diri. Itu janji saya.

Tadi saya ada sedikit urusan di bandar. Uh, memandu di dalam hujan lebat sambil membawa dua orang anak kecil sungguh mencabar jiwa. Sekarang saya dapat rasa, betapa sukarnya akak suatu masa dahulu memandu kereta sambil meriba Biha untuk ke pusat jagaan sedang orang lain masih asyik dibalut selimut tebal lupa untuk bangun pagi. Kasihan!
Urusan saya ada kaitan dengan perjuangan keluarga. Sejak dua tahun yang lalu, inilah tugas saya. Inilah yang saya boleh sumbangkan memandangkan saya tak berkemampuan dari segi wang ringgit. Hanya kudrat dan pendapat yang termampu, saya tak akan berhenti berikhtiar. (^^)

Esok dan lusa masih ada banyak perkara yang perlu diisi dengan tanggungjawab dan tugas. Nama je cuti, tapi saya tetap sibuk! Biasalah. Saya kan superlady. Jangan tak tahu, saya sangat rajin. Tapi ada satu tahap yang sukar dielak, seluruh isi dunia ini akan jadi milik saya sambil diulit rasa malas. Hahah! Eh tak. Saya memang rajin. Betul. Tak tipu. Malas tu semua manusia ada. Tapi saya tak malas melampau.

p/s: Dah pukul 10 malam. Selamat malam, Dhiya!

Hikmah Kembara

Bismillah

Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, saya telah dipelawa oleh akak untuk mengikutnya ke Cameron Highland. Ewah~ Mestilah seronok dua ronok kan? Rehlah anjuran jabatan HD akak ni disertai staf dan pesakit. Er, ramai lah juga kan. Memang meriah.
Acaranya mudah. Trip sehari suntuk itu tidak banyak kerenah melainkan perlu menjadi mata-mata kepada anak saudara yang bertiga itu.

Kami bertolak ke HD selepas solat subuh 2 Oktober 2011. Meredah kabus pagi seawal 5.45 pagi memang satu cabaran. Maklumlah, jalan masih sunyi, Ahad pula tu!
Selesai semuanya, kami bergerak ke destinasi. Ah. Perjalanan yang boleh tahan panjang. Aduh sakit pinggang!

Ringkasnya, di sana kami anak beranak memang 'tak berapa nak terkawal'. Akak menggila dengan sayur-sayurannya, anak-anak pula dengan toys yang bermacam warna, saya? Saya hanya memerhatikan mereka. Takut-takut jatuh di luar kawalan~
Tak cukup sehari di sana rupanya. Banyak yang tak tersinggah dan tak tersentuh. Saya berazam mahu menyendeng dengan Olin supaya dia boleh bawakan saya ke sana sekali lagi. Saya mahu bermalam di sana. Oh Olin, tolong dengar rintihan sahabatmu ini!

Untuk pengetahuan, ini kali kedua saya ke sana selepas 12 tahun yang lepas. Kesian kan? Kesian ok~ Suasana banyak berubah. Kalau dulu, memang tak boleh tak berbaju sejuk. Tapi sekarang kami dah tak kisah lagi di mana letaknya baju itu. Suhu tak sedingin dulu, mungkin. Saya sangat berharap untuk ke sana sekali lagi dalam masa terdekat, kalau boleh bersama kawan-kawan pula. Mungkin Olin tahu di mana hot spot yang terbaik untuk dilawati. Hu!

Terdetik juga, trip sehari suntuk ini ada kurangnya. Kami tak dapat menikmati pagi dan malam di sana sedang kami berada di dalam kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik masing-masing. Sungguh, saya berazam untuk kembali lagi!

Namun apa yang menyedihkan, saya masih gagal untuk merakamkan momen indah buat tatapan peribadi sejak kematian Nikon saya beberapa bulan yang lalu. Masih belum mampu membeli yang baru. Mungkin angkut yang diimpikan terus nanti. Tunggu!
Buat masa sekarang, Dari Diri Dhiya pasti kontang dengan gambar-gambar koleksi peribadi saya. Memang menyedihkan. Lihatlah betapa dry nya entri ini kerana tidak ada gambar yang menghiasi. Macam tak ada bukti. Hee~ Tapi apa boleh buat. Tak ada buat cara tak ada. Itu lebih menenangkan hati.

Apa pun, terima kasih kepada penganjur terutamanya akak yang sudi menaja adik akak yang jelita ini untuk turut serta mengikuti perjalanan itu. Walaupun singkat, tapi saya tetap bersyukur kerana dapat mencedok hikmah kembara kali ini. Banyak tempat sudah saya lawati. Alhamdulillah, semua ada nilainya sendiri dalam jiwa saya. Inilah hikmah kembara.

p/s: Maaf tak ada gambar. Sedih ok~

Hilang momentum


Asyik menulis. Setiap patah kata yang terlakar ikhlas benar datang dari hati.













Panjang juga saya mengarang.












Bila tiba masa menekan butang publish post, semuanya tiba-tiba hilang, selain tajuk entri dan sebaris ayat mukaddimah.

Oh. Semangat terus merudum!

p/s: Jom mencipta momentum. Insya Allah saya akan ke Cameron Highland esok. Berjalan sambil berfikir dan melihat agungnya ciptaan Tuhan.