Random


Bismillah

Ogos sedang berjalan pantas. Macam tahun lepas, kami menyambut anniversary sehingga hujung Ogos (kemain kau!). Maklumlah, nikah hujung Julai, bersanding awal bulan Ogos- Haruslah sambutannya selama dua bulan!
Tapi berbeza tahun ini. Kami berdua sangat sangat sibuk dengan urusan kerja. Hujung minggu pun dua hari saja, memang tak cukup nak melayan kehendak berjalan, bercuti dan bergembira.

Tapi Insya Allah September nanti kami akan bercuti jauh sikit, sebagai self reward setelah sekian lama tak bercuti panjang. Kemudian sekali lagi bulan Oktober, Insya Allah nak naik kapal terbang!

Ok let's get back on track.

Minggu lepas kami balik ke kampung, rutin biasa yang sedikit terlewat kerana awal bulan haritu kami pergi bercuti. Suami saya ni suka betul balik ke kampung belah saya sebab it's a real kampung dengan tanah yang walau tak luas, tapi boleh bercucuk tanam. Jadi hobi baru dia sekarang adalah membeli anak pokok dan dia akan tanam di sekitar rumah.

Dulu dia ada beli anak pokok mangga jenis apa tahhh (lupa). Sekarang dah nak dekat setahun, saya tengok pokok tu membesar bagai juara. Daunnya panjang-panjang dan sudah rimbun dan tinggi. Tiap-tiap kali balik, dia akan tanya: "Bila nak berbuah?" Saya risau sangat. Risau kalau pokok mangga tu bercakap dan jawab soalan tu~ (Muaahahahhaah!)

Minggu lepas kami beli anak pokok kedondong dan kelapa matag. Mak saya geleng kepala. Katanya malu sebab menantu dia lagi rajin dan lagi pandai bercucuk tanam dari dia. Nak buat macam mana, mak. Menantu mak tu kan anak orang kampung, anak petani agung. Jadi mendapatlah sedikit sebanyak baka rajin berkebun tu dalam darah dia. Mak kena bangga!

Kalau panjang rezekinya, dapatlah kita menuai hasil makan buah-buahan tempatan setiap kali balik ke kampung. Durian? Belum lagi kut. Saya tengah fikir macam mana nak pagarkan rumah mak dan abah ni supaya tak dimasuk babi dan menyondol habis anak-anak pokok yang ditanam di tepi rumah. Kemudian barulahhhhh kita fikir nak tanam durian, manggis, bakau, balak dan sebagainya~

Itu hidup di kampung. Masya Allah kehidupan di kampung saaaaaaangat indah. Bila balik ke KL semula, terasa hidup berjalan pantas. Bangun tidur, pergi kerja, balik kerja, tidur. Hidup macam robot. Saya sangat takut dan saya tak pernah bercita-cita untuk selamanya menjadi robot.

Jujurnya, cita-cita saya sudah bertukar sejak beberapa tahun yang lepas. Percaya atau tidak, saya pernah beritahu suami saya:
"Abang, kalau abang dapat J41 nanti, D nak berhenti kerja boleh? Abang relocate ke mana pun, D boleh ikut. D nak jadi WAHM. Nak jadi tukang jahit. Nak jaga anak."
Dia diam.
Kemudian menyambung:
"Anything is possible. Tapi sekarang abang belum J41, dan D belum pergi kelas menjahit"
Lawak dia, hanya saya yang faham.

That's life. Kadang-kadang, kita dok struggle kat dalam dunia ni sampai kita lupa apa matlamat hidup kita. Yes, matlamat hidup di dunia ini adalah mati! Dan kehidupan dunia ini bukan suka-suka. Semuanya adalah komitmen.
Dan atas sebab matlamat hidup untuk mati, saya betul-betul mahu komited dengan tanggungjawab kehidupan. Semoga ia dibawa sebagai saham selepas mati. Pilihan saya, biarlah kehidupan saya untuk keluarga. Kerana itulah, saya bercita-cita untuk menjadi WAHM.

Doakan!

Tapi kerjaya sekarang pun sungguh menggembirakan. Saya direzekikan bekerja di sini sudah hampir setahun lebih. Superior and subordinate semuaaa baik-baik belaka Ya Allah! Kadang-kadang saya pelik, orang kita (Melayu), ada pangkat besar, ada company besar- Terus rasa hebat. Bos saya, dengan gelaran Dato' , masih boleh datang ke pejabat dengan seluar biasa, T shirt dan selipar sambil memegang secawan kopi Starbucks dan tak mahu dipanggil dengan gelaran Dato'. Tak ada protokol. Tak ada formaliti. Dia bagaikan emak. Kami semua berebut nak jumpa dia atas pelbagai urusan.

Dan saya selalu tertanya-tanya, bagaimana dia boleh membina hubungan dengan pekerjanya sebaik ini? Anak-anak buah sikit pun tak mengeluh: "Ala...bos masuk lah hari ni" Malah sebaik dia masuk ke bilik, kami semua sudah beratur untuk berjumpa dengan dia!
Sifat yang saya nampak: Respect and trustworthy. Tiada siapa yang nak caras sesiapa, tiada isu mengejar gaji dan bonus. Environment di sini sangat sihat dan bos saya benar-benar membawa nilai Islam ke dalam pejabatnya. Saya malu tapi bangga.

Random ini terlalu random dah. Jauhhh menyimpang dari cerita anak pokok kelapa matag sampailah ke watak bos saya yang bergelar Dato'. Inilah penyakit menulis blog. Kalau tak ada idea, bukan main kering kontang. Tapi kalau dah mula ada idea, inilah dia~

Banyak lagi ceritanya.

Doakan penulisan ini bermanfaat, walaupun sedikit. Rasanya perlu letak noktah dulu di sini kerana ada komitmen lain yang perlu diselesaikan sebelum menjadi WAHM. Eh~?

Dhiya

No comments