Ideal Life


Bismillah

Tak sihat.

Jadi nak tolak tepi dunia sebenar dan nak duduk dalam dunia impian, yang dipanggil ideal life.

Berkahwin dengan suami saya ni memang impian yang nyata. Alhamdulillah. Soal rezeki keluarga kami tak akan banyak cakap. Apa yang ada sekarang pun syukur, lebih dari cukup. Rezeki anak masih belum, tapi kami tahu Allah sedang membelai kami dengan rezeki lain.
Rumah kami di Sungai Buloh masih dalam senarai menunggu. Tengoklah, lepas pilihanraya nanti baru kami akan gegar pejabatnya. Kalau ikutkan hati, kami lebih mahu membeli tanah dan bina rumah idaman sendiri. Rumah di kawasan kampong, banyak pokok merendang dan meriah dengan bunyi unggas. Dapatlah kami bercucuk tanam pokok buah-buahan dan saya nak bina pagola yang dikelilingi pokok bunga kecil yang rimbun, dan tak lupa juga taman herba!
Tapi nak beli tanah, bukannya ada kemudahan pinjaman 'tanah'. Pinjaman perumahan adalah. Kalau nak buat pinjaman untuk beli tanah, kenalah guna pinjaman peribadi~
Kami ingin sangat berjalan ke dalam dan luar negara sambal melihat tempat orang. Bak kata pujangga:
Bermusafirlah, supaya engkau faham mengapa engkau harus pulang.
Sekarang pun kami dah bermula dengan hobi ni. Dulu masa bujang manalah nak buat kerja ni. Tambah pula saya ni anak bongsu yang selalu kena ada depan mata mak abah. Jadi sebaik kami bernikah, memang Alhamdulillah merata jugalah kami sudah berjalan, cuma masih belum direzekikan ke luar negara. Insya Allah, tahun depanlah agaknya. Saya nak bawa suami saya kembali ke Daejeon untuk dia lihat sendiri kehidupan saya di sana ketika saya belajar di sana dulu. Saya sendiri pun rindu Daejeon, kalau boleh masa musim bunga atau musim luruh.
Apa yang mengekang kami adalah masa. Cuti banyak, tapi kadang-kadang tak boleh nak ambil sekali banyak, lebih-lebih lagi kerja suami saya yang menuntut banyak masa berurusan dengan orang lain. Marilah kita berdoa supaya Allah beri rezeki masa yang lebih untuk kita spend masa untuk diri kita sendiri.

Bercakap tentang soal kekangan masa dan kesibukan kerja, saya berharap agar suami saya segera direzekikan dengan jawatan J41 di mana-mana sahaja. Macam saya cakap dulu, ke mana saja dia pergi, saya akan ikut dan saya akan jadi WAHM menjahit dan menjadikan hobi saya sebagai sumber pendapatan. AMIN!
Tak ideal mana pun sebenarnya kehidupan yang saya tulis tu. Ia lebih kepada impian keseimbangan kehidupan. Saya tak mahu anak-anak saya 'hilang' emak dan ayahnya kerana komitmen kerja. Saya membesar dengan emak yang sentiasa berada di depan mata. Saya tak pernah duduk dengan orang gaji atau apa saja gelarannya melainkan emak saya. Saya makan masakannya, dan begitulah saya mahu untuk anak saya juga kelak.
Kerana itu saya mahu settle down di rumah, biar anak-anak di depan mata.

Siapa kawan-kawan saya yang bercita-cita nak jadi WAHM juga? Takpe. Mengaku je, sambil berdoa semoga Allah tunaikan niat suci murni kita tu. Tak ada dosa dan tak hina kalau kita memilih jalan hidup begitu, dan semoga rezeki kita dan suami kita dimurahkan atas asbab niat ini demi anak-anak dan keluarga. AMIN!

Ideal life
Dhiya

No comments